Monday, November 16, 2009

Love Allah First, Then He Will Love You More.,



Sesungguhnya hidup ini penuh dengan onak dan duri. Allah s.w.t. menurunkan ujian kepada hamba-Nya tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, tinggi atau rendah. Lazimnya, kita menganggap ujian Allah berbentuk musibah, tetapi seringkali kita terlalai apabila Allah menurunkan ujian berbentuk kesenangan yang membuatkan kita berasa sungguh selesa. Tanpa kita sedari, kesenangan dan kemewahan itu juga merupakan dugaan daripada Allah s.w.t. menguji tahap keimanan hamba-Nya dan sekadar hendak menguji adakah hamba-Nya bersyukur atau tidak dengan nikmat Allah yang melimpah-ruah.


Sesungguhnya Allah Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bagi umat Islam yang beriman dengan Qadak dan Qadar, ujian yang diberikan bukan tanda Allah benci tetapi merupakan tanda KASIH SAYANG Allah. Sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya.


Firman Allah S.W.T yamg mafhumnya berbunyi :

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran."

(Al-Baqarah 2 : 186)


Doa ialah senjata orang mukmin. Jangan berhenti berharap dengan pertolongan dan petunjuk daripada Allah. Hanya Allah tempat kita mengadu. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa-apa yang baik dan buruk untuk kita. Hanya keredhaan-Nya yang kita dambakan. Jom bercinta dengan Allah., =)


Aizat Zainudin,

>>SWSA<<




Sunday, November 15, 2009

Damai Bersama-Mu.,



Aku termenung di bawah mentari,
Di antara megahnya alam ini,
Menikmati indahnya kasih-Mu,
Kurasakan damainya hatiku.

Sabda-Mu bagai air yang mengalir,
Basahi panas terik di hatiku,
Menerangi semua jalanku,
Kurasakan tenteramnya hatiku.

Jangan biarkan damai ini pergi,
Jangan biarkan semuanya berlalu,
Hanya pada-Mu Tuhan,
Tempatku berteduh,
Dari semua kepalsuan dunia.

Bila ku jauh dari diri-Mu,
Akan kutempuh semua perjalanan,
Agar selalu ada dekat-Mu,
Biar kurasakan lembutnya kasih-Mu.


Friday, November 13, 2009

Yang Lebih Indah Dari Cinta!.,



(Karya Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)

Telah ku katakan sebelumnya, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Dan itulah juga ungkapan yang kerap diulang-ulang oleh mereka yang arif tentang cinta. Ramai yang kurang bersetuju dengan kata-kata ini. Masakan begitu, detik hati kita.

Teringat kembali detik mengetahui cinta kita telah diterima oleh si dia… Ah, gembiranya saat itu. Dunia ini seakan tersenyum. Bulan, mentari dan bintang seakan turut bersama kita meraikan detik yang sangat indah itu. Bukankah dicintai lebih utama daripada dipercayai? Hati kita berkata-kata.

Musim berlalu. Alam rumah tangga yang kita bina bersamanya menongkah arus ujian. Pelbagai suka duka, pahit manis diharungi bersama. Kata orang, semakin tinggi pokok yang kita panjat, semakin kuat pula angin yang menggoyang. Maksudnya, semakin tinggi puncak kehidupan ini kita daki maka semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati. Warna sebenar (true colours) kita dan pasangan kita akan terserlah. Pada ketika itu segala yang pahit, masam, busuk akan terserlah…

Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggung jawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. “Perasaan” adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan “bekerja” untuk kita, bukan sebaliknya.

Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggung jawab dan tanggung jawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumah tangga, tanggung jawab akan datang menyelamatkan “pertunjukan” dengan peranan yang lebih berkesan.

Cuba bayangkan, ketika isterimu hamil, muntah-muntah, rambut kusut dan badannya tidak terjaga lagi kerana menanggung derita tempoh mengandung, ketika mulutnya mula becok mengasuh dan mengelolakan anak yang berderet selang setahun, atau ketika suamimu termenung memikirkan belanjawan rumah yang semakin meningkat atau keceriaannya semakin menurun gara-gara sibuk mengejar tugasan yang bertali arus… Bagaimana? Masih berserikah wajah sidia seperti yang kita lihat pada malam pertama?

Atau lebih menguji lagi apabila umur perkahwinan semakin lanjut dan kita sudah mencecah usia senja. Pada saat itu darah tinggi, diabetes, tahap kolesterol, obesiti dan malam-macam penyakit mula bertamu. Mungkin kita selamat, isteri pula yang menghidapnya. Bagaimana? Sanggupkah kita menjaganya dengan setia? Membawanya ke hospital memenuhi rutin rawatan, memastikan segala ubat-ubat dimakannya menepati jadual, atau lebih “ekstrem” lagi terpaksa menyuap makan-minumnya ketika dia sudah terbaring kesakitan serta menukar kain lampin kerana dia sudah tidak mampu mengurus diri?

Cinta memang hebat, tetapi ia tidak dapat menandingi tanggung-jawab. Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tangung jawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima. Lafaz, “aku terima nikah,” oleh kita sebagai suami musim lalu bukan bererti kita menerima sebaliknya untuk memberi. Kita memikul tanggung jawab untuk memberi kasih-sayang, perhatian, pembelaan, didikan dan segalanya…

Pun begitu bagi si isteri… penerimaan mu sebagai pasangan hidupnya bukan ertinya untuk kau menerima tetapi untuk memberi – memberi kesetiaan, kepatuhan, pembelaan dan seluruh jiwa raga mu untuknya. Kau telah membuat satu aku janji yang paling suci dan tinggi dalam hidup mu, bukan untuk seseketika tetapi untuk selama-lamanya. Bukan hanya ketika suami mu bertubuh kekar, tetapi sehinggalah dia terlantar. Bukan hanya ketika rambutnya hitam tersisir rapi, tetapi hingga rambutnya putih dan mungkin tidak tumbuh-tumbuh lagi!

Itu baru ujian luaran. Belum lagi ujian dalaman yang berbentuk cemburu, jemu, marah, curiga dan lain-lain “virus” perhubungan. Berapa banyak hubungan yang terputus atau tinggal nyawa-nyawa ikan kerana hilangnya kepercayaan.
“Aku cintakannya, tetapi aku curiga apakah dia setia dengan ku?”
“Tergodakah dia bila di belakangku?”
Itulah contoh dialog hati yang merasuk bila ada cinta tetapi kurang ada percaya. Fobia dan trauma ini sering melanda rumah tangga. Ia akan menyebabkan hilang bahagia.

Pernah anda lihat si suami yang “diganggu” panggilan telefon oleh isterinya setiap selang 15 minit sekali? Aduh rimasnya. Betulkah itu kerana cinta atau kerana curiga. Pada hal cinta itu membebaskan bukan mengawal. Jika kita benar cintakan suami atau isteri, dan cinta itu ditunjangi oleh kepercayaan, kita tidak akan mengawalnya bahkan kita akan membebaskannya. Terbanglah ke mana kau suka, insya-Allah kau akan kembali jua. Justeru hati mu… tetap di sini, di hati ku!

Ada si suami yang curi-curi memeriksa “inbox” dan “sent” telefon bimbit isteri kalau-kalau ada SMS yang mencurigakan? Ada pula isteri yang menyelongkar setiap inci kereta suami takut-takut ada “kesan-kesan” tinggalan perempuan lain. Pernah saya dengar ada suami yang memusnahkan segala resit, bil, surat-surat kecil, dan apa jua dokumen-dokumen picisan dalam poket dan beg duitnya sebelum pulang ke rumah takut “disoal siasat” oleh isterinya?

“Ini bil makan, abang makan dengan siapa?”
“Lain macam sahaja mesranya SMS ini, ada apa-apa ke ni?”
“Eh, banyak yang abang beli ni. Tetapi kenapa nampak sedikit sahaja yang dibawa pulang ke rumah?”

Itulah soalan-soalan isteri yang menyebabkan suami terkial-kial menjawabnya. Pada suami semua itu remeh temeh, tetapi tidak pada isteri yang tidak percaya, semua itu boleh dijadikan modal “perang besar”. Kalau si suami disyaki ada di tempat yang tidak sepatutnya ada atau pada waktu yang tidak sesuai, siap sedialah menghadapi hukuman jika gagal memberikan “alibi”!

Itulah gara-gara sama ada isteri tidak mempercayai suami atau suami tidak mempercayai isteri atau kedua-duanya sudah saling tidak mempercayai! Bukan kerana tidak ada cinta tetapi kerana hadirnya sebuah curiga akibat hilang rasa percaya. Sebab itu mengikut kajian, penceraian banyak berlaku bukan sahaja pada pasangan yang sudah kehilangan cinta tetapi pada pasangan yang terlalu cinta.

Tidak percayakan seseorang disebabkan dua faktor. Pertama, kita belum benar-benar mengenalinya. Kedua, kerana kita telah benar-benar mengenalinya. Jika disebabkan faktor yang pertama, jalan terbaik ialah kenalilah pasangan anda dengan lebih mendalam. Berkenalan kali pertama dahulu (seawal usia perkahwinan) adalah untuk menumbuhkan bibit-bibit cinta. Tetapi perkenalan kali kedua, ketiga dan seterusnya yakni setelah usia perkahwinan meningkat adalah untuk menyuburkan bibit-bibit percaya. Adalah salah sekali kalau kita beranggapan yang kita telah kenal pasangan kita dan terus menghentikan proses perkenalan. Sedangkan proses perkenalan dalam rumah tangga adalah “on going” (berterusan) sifatnya.

Kenal itu sangat berkait dengan rasa cinta. Dan cinta sejati dalam sebuah rumah tangga adalah dibina atas perkenalan bukan sahaja dengan kebaikan pasangan kita tetapi juga dengan keburukannya. Ya, kita sanggup menerima bukan sahaja yang indah tetapi juga yang hodoh pada wajah batin pasangan kita. Keburukannya akan kita cuba sama-sama atasi dan jika tidak, kita terima seadanya kerana kita sedar kita berkahwin dengan manusia bukan malaikat.

Kita akan terus mempercayainya walau apa pun keadaan. Kita mengingatkan bila dia terlupa dan membantunya sewaktu dia ingat. Jangan sekali-kali hilang kepercayaan. Selagi kita bertekad meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat, pupuklah kepercayaan. Kepercayaan itu akan melahirkan tanggung jawab dan tanggung jawab adalah oksigen cinta. Oksigen itulah yang akan memberi stamina kepada cinta untuk terus kembara dari dunia hingga ke syurga.

Jika anda bertanya bagaimana memupuk kepercayaan? Jawabnya, kembalilah kepada kepercayaan-kepercayaan yang asas dan teras. Apa lagi jika bukan Rukun Iman? Binalah semua jenis percaya di atas enam kepercayaan itu. Jika suami dan isteri percayakan Allah, dan sama-sama berpegang kepada kehendak-Nya, maka mereka akan saling mempercayai antara satu sama lain. Percayalah kepercayaan kepada Allah itu adalah simpulan yang mengikat kepercayaan sesama manusia.

Sebab itulah kepercayaan juga disebut sebagai akidah – ertinya simpulan. Simpulan yang mempertautkan segala kebaikan. Ya, kepercayaan kita kepada Allah akan menyebabkan pasangan kita mempercayai kita.
“Ah, suami ku jauh. Tetapi aku percayakannya. Dia adalah mukmin yang teguh agama.”
“Aduh lamanya kita berpisah. Namun isteri ku, iman akan menjaga mu…”

Bila hancur sebuah cinta bererti hancurlah satu kepercayaan. Bila hancur kepercayaan bererti hancurlah iman. Wahai suami, wahai isteri… sekali lagi ku tegaskan inilah oksigen cinta. Dan bagi semua yang masih belum mengenal cinta (antara lelaki dengan wanita), burulah sesuatu yang lebih indah daripada dicintai… itulah dipercayai!

Bukankah nabi Muhammad itu lebih dahulu mendapat gelar ”Al Amin” (dipercayai) sebelum menemui srikandi cintanya Siti Khadijah?

Tuesday, November 10, 2009

Rindunya!!!.,



"Tidak akan diketahui keSABARan seseorang,
Sehingga tibanya masa dia patut marah",
"Tidak akan diketahui keBERANIan seseorang,
Sehingga tibanya waktu berperang",
"Dan tidak akan diketahui keCINTAan seseorang,
Sehingga tibanya saat dia berpisah".

AZM,
>>SWSA<<


Saturday, November 7, 2009

Kucing Meoww.,



video

Melihat gelagat kucing-kucing,
Rasa terhibur hati ini,
Tak tahu macam mana nak describe,
How beautiful and unique Allah created this wonderful creature,
Sesiapa pun dari kita,
Pasti ramai yang begitu suka akannya,
Nabi Muhammad s.a.w. pun suka kucing,
Betapa kasih dan sayangnya Baginda padanya,
Sehinggakan Baginda sanggup menggunting jubah,
Dari menggerakkan kucing yang lena tidur di atasnya,
Jadi, bagi penggemar kucing,
Mungkin ini salah satu sunnah baginda yang dapat kita amalkan,

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat Nabi,

Bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing,

Yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya,

Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi,

Berasa kasihan kepada anak kucing itu,

Lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Sesampainya di masjid,

Baginda bertanya Abdul Rahman,

Apa dalam bajunya?

Dia menjawab “Anak kucing yang kehilangan ibu,

Aku mengambilnya kerana kasihan padanya.”

Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan

Abu Hurairah (bapa kucing).

Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman,

Malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut,

Kerana Nabi sendiri yang memberi gelaran itu.


Ini kucingku,
Kucing yang tidak bernama,
Ramai orang suka beri nama pada kucing mereka,
Tapi padaku,
Cukuplah dengan memanggilnya Meoww,
Uniknya pada kucingku ini,
Walau sejauh mana ia pergi merayau,
Tidak pernah sekali ia tidak menemui jalan pulang ke rumah,
Lagi satu uniknya,
Ia pandai naik tangga setinggi 5 tingkat,
Dan sering berada di pintu rumahku jam 10 malam,
Sehinggakan kami sekeluarga boleh mengagak kepulangannya,
Asal jam sudah menunjukkan 10 malam,
Pasti ada bunyi 'Meoww' di pintu,
Tanda ia punya untuk makan malamnya,
Yang peliknya,
Macam mana ia boleh mengira tingkat tangga,
Tanpa pernah sesat ke tingkat lain pun,
Walaupun pernah diajar menaiki lif,
Tetapi jelas itu bukan kesukaannya,
Ia begitu manja dengan semua ahli keluargaku,
Tetapi apabila terserempak dengan ayahku,
Ia akan menjadi terlalu takut,
Sebolehnya ia ingin menjadi sesumpah,
Agar ayahku tidak menyedari kehadirannya,
Kerna ayahku bukanlah seorang penggemar kucing,
Walau apa sekali pun perihal kucing,
Masing-masing dari kita punya sebab tersendiri untuk menyayanginya,
Akhir kata,
Sayangi Kucing Anda.,

Aizat Zainudin,
>>SWSA<<
(p/s: Mesti comel masa Abu Hurairah letak kucing tu
dalam poket baju dia kan? Nak jadi 'Abu Hurairah' jugak la.,)



Wednesday, November 4, 2009

La Tahzan ~ Don't Be Sad.,



Allah S.W.T. berfirman, yang bermaksud :
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah al-Imran, ayat 139)

Adakala tiba saat,
Kita rasa sangat tertekan,
Dek kerana masalah yang melanda,
Ada tikanya kita hinggakan mahu berputus asa,
Pesanku, buat diri dan sahabat-sahabat,
Sabarlah,
Tabahkan diri dalam mujahadah ini,
Kerna kau sememangnya seorang yang KUAT,
InsyaAllah, bantuan-Nya akan tiba kelak,
Percayalah.,

Aizat Zainudin,
>>SWSA<<


Sunday, October 25, 2009

Solusinya adalah SOLUSI !!!.,





Assalamu'alaikum w.b.t.,

Entri kali ini cuma mahu me'recommend' pada sahabat-sahabat semua, terutama pada yang tercari-cari majalah Islami yang serba lengkap, sebuah majalah yang diberi nama SOLUSI. Namanya sudah cukup menggambarkan gimana ianya mampu menjadi solusi pada setiap permasalahan yang berlaku. Apa yang dapat saya katakan mengenai majalah SOLUSI ni, ianya memang BEST. Pada saya, ianya begitu unik jika mahu dibandingkan dengan mana-mana majalah Islami kontemporari yang berada di pasaran sekarang. Buat makluman semua, majalah ini kini sudah sampai ke edisi yang ke-12. Mulai diterbitkan pada Ogos 2008, dan diterbitkan setiap bulan. Saya kini berjaya mengumpul kesemua edisi, kecuali edisi Perdana (edisi 1). Puas dicari, tapi tidak di ketemuin. Sesiapa yang ada terjumpa beritahu ya, saya betul-betul mahu melengkapkan koleksi saya. Sesiapa yang terasa mahu membeli, tapi mahu mencubanya dahulu, saya mengalu-alukan jikalau ada yang mahu meminjam. Demi manfaat bersama. Majalah ini dijual dengan harga RM9.00 (Semenanjung), dan RM11.00 (S&S). Mungkin ada yang merasakan nilai RM9.00 terlalu besar. Tapi saya ingin ingatkan manfaat yang bakal anda dapat dari SOLUSI jauh lebih besar. Kertas yang diguna berkualiti, dipenuhi dengan grafik yang menarik. Walaupun sebuah SOLUSI dijual pada harga RM9.00, sebenarnya kita cuma membelanjakan RM0.30 sahaja sehari untuknya. Betul tak?.,

Majalah SOLUSI ni memang best. Kalau tak percaya, cuba beli dan baca. InsyaAllah, banyak ilmu yang boleh diperoleh dan dimanfaatkan. Banyak penulis-penulis yang mantap menyumbang karya mereka di dalam majalah SOLUSI ni. Antaranya Ustaz Pahrol Mohd Juoi (penulis favourite), Ustaz Hj. Zahazan, Dr. Hj. Mohd Fadzillah Kamsah, Ustazah Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Fatimah Syarha Mohd Noordin, Dr. Abdul Basit Abd. Rahman, Dato' Ismail Kamus, Ustaz Rohidzir Rais, dan banyak lagi. Akhir kata, jom solusikan masalah kita dengan SOLUSI. Jangan lupa hebah-hebahkan pada sahabat-sahabat yang lain. Bagi yang menuntut di USMKK, anda boleh dapatkan majalah ini di Kedai Buku Banggol Mall, SMO dan juga Jafar Rawas.,

Firman Allah s.w.t. yang mafhumnya berbunyi :
"Dan mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkan Kami (Allah) nescaya Kami berikan kepada mereka jalan-jalan Kami."
(Surah al-Ankabut 69 : 29)

Monkey Icons
Aizat Zainudin,
'Lama dah simpan niat nak promote buku ni, tapi asyik tertangguh. Alhamdulillah, hari ini Allah beri kesempatan jua.'
>>SWSA<<


Friday, October 23, 2009

Wahai ADAM.,



Wahai Adam...
Sememangnya Hawa adalah kaum yang lemah...
Kerana emosinya mudah berubah-ubah...
Mengikut perasaan, kurang berfikir
Hanya kerana perkara yang menyentuh perasaan...
Airmatanya mudah mengalir...
Hatinya mudah tersentuh...
Jiwanya mudah berkecamuk...

Namun begitu... Hatinya mudah dibentuk...
Patuh mendengar kata...
Disuruh melakukan kebaikan diikutnya...
Diajak ke arah kejahatan tidak mustahil juga dia menurutinya...
Kerana... sesungguhnya iman wanita setipis rambutnya...
Mudah putus apabila ditarik
Cair apabila dibakar...

Wahai Adam...
Bukan sukar untuk membawa Hawa melangkah Jannah...
Untuk meniti titianNya...
Hanya sepantas kilat atau merangkak-rangkak
Tetapi mungkin juga Hawa tersungkur dari titian...
Lantas terdampar di dalam bara apiNya yang membara...

Wahai Adam...
Sesungguhnya Hawa tidak memerlukan janji manis...
Mahupun harta...
Ataupun intan berlian...
Hanya yang didambakan adalah...
Bimbingan... Kasih yang ikhlas Lillahi Ta'ala
Agar dia dapat mengumpul kekuatan dan keseimbangan
Untuk meniti titianNya itu...

Tetapi wahai Adam...
Tanyalah dirimu...
Apakah kau mampu melaksanakan impian Hawa
Yang tulus lagi suci
Kerana Hawa juga manusia biasa
Yang penuh sifat kasih sayang...

Mempunyai naluri untuk dicintai dan disayangi...
Oleh insan bernama Adam
Yang juga mencintaiNya setulus hati
Agar dapat dikongsikan rasa cinta itu...
Bersama-sama Hawa...
Demi mendapat keredhaanNya...
Juga nikmatNya yang tiada terhingga...

Wahai Adam...
Sedarlah akan tanggungjawabmu...
Luaskanlah ilmu untuk mengejar cinta Illahi nan satu
Memimpin Hawa mencapai impian itu...

Wahai Adam...
Setiap Hawa mempunyai fitrah dan fikrah yang berbeza...
Yang juga mempunyai beza hala tuju...

Wahai Adam...
Sekiranya benar katamu...
Cinta tidak mengenal rupa...
Begitu juga bagi dirinya...
Cinta baginya hanyalah untuk mendapat keredhaanNya...
Dan juga secebis kasih sebagai manusia darimu...

Wahai Adam...
Dia bukanlah Rabiatul Adawiyah...
Yang gah dengan cinta illahi nan satu
Hasratnya hanya satu...
Agar dapat bertemu denganmu...
Seorang insan bernama Adam...
Dan secebis kasih yang hakiki...
Mendorong keredhaanNya...
Yang menjanjikan syurgaNya...
Aminnn..


Wahai Adam,

Renung-renungkan bingkisan ini,

Moga jadi pedoman dan kekuatan,

InsyaAllah, dengan izinNya.,


Aizat Zainudin,

>>SWSA<<




Grateful Is Everything.,



Some would be happy when good things happened,
But when things do not seems to be right as we hope for,
Many of us will turns down,
From others, and sometimes even from Allah,
There are also people that remember Allah,
When facing hardship from Him,
But later when his condition turns better,
He forgot about Him as if nothing had happened before,
Supposely,
Do remember Him at any cost,
Anytime, anywhere,
Because He never ever forgot about His slave,
Whenever you are being tested by Him,
Do lean to others,
Ask help from them,
And also do ask help from Him,
InsyaAllah,
All the problems will be solve later on,
Bad things or good thing,
Do not ever hesitate to be grateful,
Be grateful of your family and friends,
There is nothing to be lost then,
Remember,
Grateful is a very great act that a human can do,
Because,
GRATEFUL is everything.

Monkey Winks Yoyo
Aizat Zainudin,
>>SWSA<<



Sunday, October 18, 2009

Perlukah Kita Menangis?.,



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul
dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka :

Rasulullah saw bersabda : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s :

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan
sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda :

"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

(Hadith riwayat At-Tirmidzi)

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari Qiamat "seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a, Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Air mata tanda rahmat Tuhan, Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


Monkey Emoticons
Aizat Zainudin,
>>SWSA<<

"Janganlah malu untuk menangis,

kerna tangisan itu suatu nikmat dan kepuasan. InsyaAllah.,"




Saturday, October 17, 2009

Tat Nenas Oo Tat Nenas.,


Kali ini cuma nak cerita sikit. Baru-baru ini bila saya buka email saya, terkejut bila dapat satu emel dari kawan saya yang seorang ini. Nak tahu apa yang dia emelkan? Haa, kalau nak tahu dia emelkan gambar tat nenas (macam dekat atas nie) pada saya. Bukan apa, pernah ada satu hari nak pergi beraya di rumahnya, tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa saya batalkan hasrat saya kerana dia tiada di rumah pada hari tersebut. Apa yang special pada tat nenas nie? Emm, mungkin pada orang lain, biskut raya yang ini biasa sahaja.Tapi, bagi saya selain ianya satu jenis biskut raya yang saya suka, ada suatu cerita yang mengembalikan nostalgia lama tatkala berpuasa ketika masih kecil dahulu.

Nak dijadikan cerita, ketika itu saya masih disekolah rendah, dan masih belajar-belajar untuk berpuasa. Lagi pula, untuk berpuasa penuh satu hari, kerna kebiasaannya cuma larat melakukannya selama setengah hari. Tika itu, memang agak sukar dan perit nak puasa satu hari (saya rasa semua orang pun macam tue kan???). Sampailah satu hari tu, selepas pulang dari sekolah, saya merasa begitu lapar. Kebetulan ketika itu raya sudah hampir tiba. Selain membuat biskut raya, mak sudah membeli terlebih dahulu beberapa jenis biskut raya sebagai back-up, dan kesemuanya disimpan di dalam almari. Jadi dengan perut yang lapar, ditambah pula dengan godaan nafsu yang makin tak boleh dikawal, akhirnya saya nekad untuk mengambil sedikit biskut tat nenas yang disimpan mak dan saya curi-curi jamah sedikit.

Akibat tak puas dengan kuantiti yang sedikit, cubaan kali kedua dibuat. Namun, kali ini nasib tidak menyebelahi diriku. Ayahku berada di situ, and i am caught RED-HANDED (ditangkap dengan bukti kesalahan masih di tangan). Alamak, masa tue hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku. Ditangkap ayah sendiri akibat ponteng puasa. Selepas dimarah ayah, ayah suruh pergi mengaku pada mak pula. Sudahlah ponteng puasa, dapat bonus dimarah mak dengan ayah pula. Ish3. Taubat tak nak buat lagi. Kadang-kadang bila teringat balik kisah lama, nak tergelak sorang-sorang dibuatnya. Apapun, terima kasih diucapkan buat kawan saya yang menghantarkan saya gambar ini.,

Monkey Icons Yoyo
>Aizat Zainudin<



Saturday, October 10, 2009

Sahabat.,



Sahabat,
Semua dari kita punya definisi tersendiri terhadapnya,
Ada orang sahabatnya baik,
Ada orang sahabatnya nakal,
Walaubagaimana rupa atau akhlak sahabat anda,
Hargailah mereka seadanya,
Bantu mereka tatkala mereka susah,
InsyaAllah, sahabat yang sebenar akan membalasnya kembali,
Tatkala kita pula ditimpa musibah,
Bukankah itu indah,
Ada saat kita tertawa bersama,
Ada saat juga kita menangis bersama,
Sampai suatu saat,
Bila kita tidak lagi bersama sahabat,
Kita akan rasa terusik,
Akan saat kita menangis bersama,
Namun, saat kita tertawa bersama dahulu,
Akan membuatkan kita mengalirkan air mata,
Bile terkenang kisah lampau,
Sebaiknya,
Cubalah menjadi teladan yang baik pada sahabat,
Mudah-mudahan,
Apa yang baik akan terlekat padanya,
InsyaAllah,
Ukhwah itu INDAH,
Bila kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH.,

Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. yg bermaksud :
"Bagaimana ciri-ciri seorang sahabat yang patut aku dampingi untuk dijadikan teman?"
Nabi bersabda
"Sahabat yang patut kamu dampingi ialah yang apabila kamu melihatnya kamu ingat akan ALLAH , apabila mendengar kata-katanya bertambah ilmumu dan apabila melihat amalan-amalannya, lalu kamu teringat akan akhirat..."

Monkey Icon
Aizat Zainudin
>>SWSA<<
'Selepas seharian membakar jagung bersama sahabat2,
tapi tak tersempat nak jamah sedikit.'



Monday, October 5, 2009

Be STRONG.,



Anas ra telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya besar pahala mengikuti pada besarnya cubaan. Sesungguhnya Allah apabila menCINTAi suatu kaum, pasti Dia menimpakan CUBAAN-Nya kepada mereka. Barangsiapa yang REDHA, dia akan mendapat keREDHAan-Nya dan barang siapa yang MARAH, maka dia akan mendapat MURKA-Nya.”

Mesti ada satu ketika dalam hidup ini, saat duka di mana kita jatuh dan hampir-hampir berputus harap. Kita sedih akan dugaan yang datang sambil hati sering mempersoalkan kenapa kita, bukan orang lain yang diduga dengan cabaran ini. Tika itu, kita merasakan begitu rendah diri seakan-akan segalanya telah berakhir. Walaupun adakala kita berputus harap dengan sesama manusia, tapi JANGAN SEKALI_KALI BERPUTUS HARAP DARI-NYA. Allah s.w.t dan makhluk itu lain. Sungguh berbeda. Allah tidah pernah, dan tidak sekali-kali akan melupakan hamba-Nya, tidak seperti manusia. INGAT TU.

Fitrah hidup, ada masa kita naik, ada masa kita jatuh. Bukan ketika kita jatuh sahaja Allah uji, tetapi juga ketika kita naik. Tiba masa kita jatuh, kita berasa begitu lemah. Namun, ingatlah sahabat-sahabatku sebenarnya anda adalah seorang yang KUAT dan mampu hadapi ujian yang diberi. Allah uji kita, sekadar mampu kita. Selain menunjukkan tanda kasih-Nya pada kita. Janganlah kita bersikap lemah. Tunjukkan yang anda kuat, bukan lemah. Allah begitu suka pada hamba-Nya yang kuat, tetapi bukan yang lemah. Anda mesti yakin yang anda mampu. Kalau orang lain boleh, kenapa tidak kita. Jadi cubalah sedaya mungkin. Mungkin kita tidak mampu menjadi yang TERBAIK, tetapi cubalah dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi yang TERBAIK bagi diri kita. InsyaAllah, ada sesuatu yang menunggu anda di akhirnya. Nak tahu apa, JOM KITA CARI. Keep Moving Forward.,

Monkey Icon Cici
Aizat Zainudin
>>SWSA<<


Saturday, October 3, 2009

Hari Ini Sama Dengan Semalam?.,



Saidina Umar r.a. pernah berkata :
“Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dan hari esoknya lebih buruk dari hari ini.”

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."


Monkey Emoticons
Aizat Zainudin,
>>SWSA<<




Friday, September 25, 2009

Nasib baik, SYUKUR.,



Jam 3 pagi semalam (24hb September 2009) pasti akan kekal dalam ingatanku. Bas ekspres yang dinaiki telah bertembung dengan sebuah bas yang membrek dengan mengejut akibat mahu mengelak segerombolan kawanan lembu yang melintas jalan. Situasi cemas memenuhi ruang udara bas yang kami naiki. Terasa momentum perlanggaran tersebut sehinggakan kami semua hampir-hampir tercampak ke bahagian hadapan. Mujurlah, ditakdirkan pemandu bas kami tidak memandu dengan laju dan masih peka walaupun sudah di awal pagi. Bas kami sempat diberhentikan. Walaubagaimanapun, pertembungan dengan bahagian belakang bas di hadapan kami masih tidak dapat dielakkan. Syukur, perlanggaran yang berlaku cuma minimum dan tiada sebarang kecederaan yang berlaku. Itulah kata orang, 'Mujur tidak berbunyi, Malang tidak berbau'. ALHAMDULILLAH, syukur sangat-sangat pada-Nya. Dia masih sayang padaku.,

Firman Allah s.w.t yang mafhumnya berbunyi :
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih."
(Surah Ibrahim: 7)

Monkey Emoticons
Aizat Zainudin
>>SWSA<<



Satu Rasa, Dua Hati.,



Sebelum ini, kawan saya recommend saya untuk beli dan baca buku ini. Tapi, kali ini setelah puas membacanya, saya pula nak recommend buku ini pada kawan-kawan semua. Buku ini nukilan Ustaz Pahrol Mohd Juoi, seorang penulis yang sememangnya hebat. (Saya memang suka dengan tulisannya. Betul). Beliau juga adalah sifu kepada Ustaz Hasrizal (SaifulIslam.com). InsyaAllah, buku ini banyak memberi penjelasan tentang tanggungjawab, cinta dan juga panduan berumahtangga. Diharap ianya dapat menjadi manfaat bersama. Harga cuma RM22.50. Kalau beli di Jafar Rawas, ada dapat diskaun sikit. (Saja promo Jafar Rawas, sebab biasa beli buku kat sana. Harga murah). Cover buku ini yang latest berwarna pink dan berbunga-bunga sikit. Yang kat atas ini, edisi yang lama. Akhir kata, JOM BACA.,

Icon Monkey Yoyo
Aizat Zainudin
>>S.W.S.A<<



Thursday, September 24, 2009

Syawal Dirai, Ramadhan Dirindui.,


Sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya berbunyi :
"Sesiapa yang berPUASA pada bulan RAMADHAN dan diikuti dengan PUASA 6 HARI dalam bulan SYAWAL, maka seumpama ia berPUASA SEPANJANG TAHUN."
(Hadith Riwayat Muslim)

Kini sudah 5 Syawal. Cepat sungguh masa berlalu. Tika ini, Ramadhan sudah hampir seminggu meninggalkan kita di saat seluruh umat manusia sedang asyik meraikan kedatangan Syawal. Syawal dirai, tanda kemenangan bagi umat Islam setelah berjaya dengan ujian Ramadhan. Kini, hati semakin sayu dan semakin merindui Ramadhan lalu. Apakah diri ini dan sahabat lain bakal mempunyai peluang yang sama di masa yang akan datang? Wallahu'alam, hanya Allah yang tahu jawapannya. Daya yang mampu diusaha, hanya doa di bibir. Mudah-mudahan sinar itu masih ada untuk kita.

Kalau diamati hadith di atas, kita dapat lihat kebijaksanaan dan kehebatan ilmu hisab (matematik) yang Allah ciptakan. Kalau ditanya pada Pn Azida (pensyarah matematikku di KMPP dulu), 30 ditambah dengan 6 jawabnya berapa, tentu dijawabnya 36. Sesiapapun pasti begitu, tetapi bagi Allah :

'30 + 6 = 365'

Hebat kan? Begitulah pemurahnya Tuhan kita mengganjari hamba-Nya yang ikhlas berbuat kebajikan. Jadi, selagi kita masih mampu, jom ramai-ramai kita cuba usaha untuk amalkannya. Bukan senang nak dapat tau, setahun sekali ini ja. Jadi, manfaatkan sebaiknya. Akhir kata, JOM BERAMAL.,


Monkey Icon Cici
Aizat Zainudin,
1747, 24 September 2009,
>>Sampaikan walau satu ayat<<




Thursday, September 17, 2009

Salam Eid ul Fitri.,



Assalamu'alaikum semua,
Hari ini dah 27 Ramadhan 1430H kan?,
Tinggal 2 hari je lagi Ramadhan tahun ni nak bersama kita,
Tahun depan dan tahun-tahun berikutnya,
Tidak siapa yang tahu,
Adakah dia bakal memperoleh peluang sama,
Untuk berjumpa Ramadhan yang berikutnya,
Sama-sama kita berdoa,
Mudah-mudahan Allah kurniakan kita peluang itu,
Sudah nak hampir sebulan Ramadhan ni,
Jom kita fikir-fikirkan sejenak,
Adakah kita telah berusaha untuk merubah diri menjadi yang LEBIH BAIK,
Dari sebelum Ramadhan dahulu,
Atau adakah kita ini masih berada di takuk yang lama,
Ataupun telah menjadi lebih teruk,
Nauzubillah,
Mohon dijauhkan Allah s.w.t dari yang ini,
Sama-sama kita muhasabah diri,
Alhamdulillah,
Kiranya kita berjaya manfaatkan Ramadhan ini,
Jika tidak,
Bersama beringat agar tidak mengulangi kesilapan yang sama,
Bagai orang yang dipatuk ular yang sama, dari lubang yang sama,
Kan tak molek tue,
Lain kali kita cuba improve kan nya ok?,
Apa sahaja kebaikan yang berjaya diperoleh sepanjang Ramadhan ini,
Moga ianya yang terbaik buat diri kita,
Teruskan istiqamah,
Walau hanya mampu solat sunat sekali sehari,
Teruskan,
Walau hanya mampu baca sepipih muka dari al-Quran,
Teruskan,
Walau 1 ringgit sahaja kita dermakan satu hari,
Teruskan,
Itu lebih baik,
InsyaAllah,
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit,
Betul tak?,
Biar sedikit, asal ikhlas dan istiqamah,
Allah laaaaaaagi suka,
Dari banyak tapi kurang ikhlas,
Nanti penat badan je,
Alang-alang dibuat biar ikhlas,
Moga tidak merasa rugi di akhirnya,
Itu peringatan buat diri dan yang lain,
Sempena Syawal yang bakal menjelang tiba,
Saya dengan ini,
Menyusun 10 jari ini,
Memohon kemaafan dari sahabat-sahabat semua,
Dan juga dari pembaca-pembaca setia blog saya ini,
Andai ada,
Terkasar bahasa,
Terjelik perbuatan,
Terhutang apa perkara,
Minta dihalalkan dan di maafkan ya,
Kira 0-0 la ye,
Salam Eid ul Fitri dari saya,
Aizat bin Zainudin.,

Chicken Icons

(Apa la yang ayam nie buat. Ke hulu, ke hilir dari tadi. Maybe tengah melarikan diri kot. Takut kena buat rendang ayam nanti. Maklumlah, raya kan =)

Monkey Icons
(Selamat ari ghayee...)


(p/s: Ini kad raya untuk anda semua. Diharap sudi terima ya.,)




Ibu, Kaulah Wanita Terhebat.,



Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh Ibu


“Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanyanya lagi. “Ibumu,” jawab beliau. Kembali orang itu bertanya, “Kemudian siapa?” “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya orang itu lagi. “Kemudian ayahmu,” jawab Rasulullah....
(HR. Al-Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 6447)



Allah Sedang Menunggu Kita.,



Meniti cabaran hari demi hari,
Membuatkan kita lebih mengerti,
Akan erti pada hayat ini.

Jatuh bangun, suka duka,
Itu lumrah adat kehidupan,
Yang tidak siapa mampu nafikan.

Hanya kita di akhirnya,
Yang punya kudrat,
Membawa kita ke daerah kegemilangan,
Mahupun kegelapan,
Semua bergantung pada tekad diri.

Niat, usaha, doa yang baik,
Demi diri dan juga saudara yang lain,
Bakal menemui pertolongan-Nya,
InsyaAllah, dengan izin-Nya,
Itulah nikmat hidup yang sebenarnya.

Namun,
Di sepanjang perjalanan kita di hayat ini,
Bakal diuji dan dicabar,
Dengan pelbagai mehnah dan juga tribulasi,
Yang bakal menguji sekuat mana,
Setabah mana, seyakin mana,
IMAN kita.

Adakala kita berjaya,
Dan adakalanya juga kita kalah.

Menang kalah,
Itu semua ada di tangan-Nya,
Yang lebih tahu,
Apa yang hamba-Nya MAHU,
Dan apa yang hamba-Nya PERLU.

Sebagai hamba-Nya,
Teruskan memikul tanggungjawab kita,
Sebagai khalifah-Nya di muka bumi yang indah ini,
Terus menegakkan yang MAKRUF,
Dan berterus-terusan menegah yang MUNGKAR.

Allah itu Maha Adil,
Yang baik akan dibalas dengan yang sama,
Bahkan lebih baik lagi,
Begitu juga dengan yang kurang baik.

Jadi,
Jangan pernah rasa jemu,
Rasa lelah, rasa penat,
Berbuat kebajikan,
Samada untuk diri sendiri,
mahupun untuk yang lain.

Ingatlah,
Di penghujungnya kelak,
ALLAH SEDANG MENUNGGU KITA.,



Tuesday, September 8, 2009

Bantuku Ya Allah.,



Ya Allah, Kau damaikanlah hatiku ini yang berbolak-balik ini. Sesungguhnya, Kaulah Pemilik semua hati-hati di muka bumi. Bantuku jauh dari resah ini. Bantuku keluar dari kesulitan ini. Bantuku mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Aku butuh kasih dan sayang-Mu. Kaulah segalanya tika ku lemah. Aku tak punya sesiapa yang lebih layak untuk ku mohon pertolongan, untuk ku dambakan kasih dan sayangnya melainkan Engkau. Aku percaya, Engkau sahaja sudah cukup bagiku. Bantuku ya ALLAH.,


Saturday, September 5, 2009

Allah Lebih Mengetahui.,


كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ
(216) وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu memBENCI sesuatu, padahal ia AMAT BAIK bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menYUKAI sesuatu, padahal ia AMAT BURUK bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(al-Baqarah : 216)

Setiap perjalanan dalam hidup kita, sebolehnya kita cuba untuk rancang sebaik yang boleh. Kalau kita gagal merancang, bermaksud kita merancang untuk gagal. Dan semestinya sesiapa pun kalau diberi peluang memang taknak begitu kan? tapi, kita sebagai manusia, cuma mampu merancang. Kita merancang, Allah juga merancang dan akhirnya Allah jualah yang akan menentukannya kelak. Daya kita sebagai hamba, kita cuba rancang dan atur sebaik boleh, yang kita mampu. Selepas merancang, apa yang boleh kita lakukan adalah berDOA dan mengHARAPkan yang terbaik dari-Nya. Kadangkala, apa yang kita rancang menjadi, dan itu ALHAMDULILLAH. Namun, ada tika hajat kita tidak kesampaian. Pedih dan perit hati ini bila mahu menerima hakikat sedemikian.
Walaupun begitu,berSABARlah sahabatku. Jangan pernah kau putus harapan mendambakan sesuatu dari-Nya. Teruskan berharap dan berharap. Jangan biar sesuatu apapun mengugat prinsipmu itu. Setiap yang tercipta di muka bumi Allah ini mempunyai permulaan dan perjalanan hidup yang berbeda. Namun, di akhirnya kita semua mempunyai pengakhiran yang sama. Iaitu, bertemu Alllah di hari akhir kelak. Mungkin kita bukanlah orang yang paling berjaya, paling bertuah, paling pandai, paling kaya, ataupun mempunyai segalanya yang diimpikan manusia, namun yang membezakan antara kita dan yang lain, adalah IMAN dan TAKWA yang tersemat di dada.
Mungkin hari ini kita senang, namun kita sering alpa. Bila tiba waktu susah, baru kita mahu mencari-Nya. Kita sering lupa pada-Nya yang tidak pernah sekalipun melupakan kita. Pesan saya pada diri dan juga sahabat-sahabat semua, INGATlah Allah tidak kira di mana dan pada bila-bila masa sahaja. Dan tetaplah mengharap pada-Nya walau sesusah mana kehidupan yang melanda anda pada tika ini. Allah itu senantiasa bersama orang-orang yang bersabar dan yang berbuat kebajikan. Mungkin pada helah kita, kita adalah orang yang paling tidak bernasib baik, namun mesti diingat di luar sana begitu ramai lagi insan-insan yang begitu susah dan lebih memerlukan pertolongan daripada kita. Teruskan berHARAP dan berSABAR. Dan JANGAN sekali-kali cuba untuk MENGALAH dan bersikap LEMAH. Tunjukkan anda adalah serang yang KUAT dan TABAH kerna Allah begitu suka dan sayang pda hamba-Nya yang KUAT. Ingatlah, pesan Allah di dalam al-Quran :
"Sesungguhnya sesudah KESULITAN itu ada KEMUDAHAN."
(Al-Insyirah :6)
Mesti diingat, ALLAH ITU LEBIH MENGETAHUI.,
Aizat bin Zainudin,
1055, 08 September 2009
>>Sampaikan walau satu ayat<<

Untungnya kan?.,


Hadith-hadith Rasulullah s.a.w. mengenai WANITA :

i) Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat PENYAYANGnya yang lebih kuat. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenainya, jawab baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

ii) Apabila seseorang perempuan MENGANDUNG janin di dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya. Allah s.w.t. mencatakan baginya setiap hari dengan 1000 KEBAJIKAN dan mengHAPUSkan 1000 kejahatan daripadanya.

iii) Apabila seseorang perempuan mulai SAKIT hendak BERSALIN, Allah s.w.t akan mencatatkan bagunya PAHALA orang yang berJIHAD pada jalan Allah.

iv) Apabila seorang perempuan meLAHIRkan anak, maka KELUARlah dia daripada DOSA seperti keadaan ibunya yang melahirkannya dahulu.

v) Apabila anak yang lahir diSUSUi, setiap tegukan susunya itu akan diberi SATU KEBAJIKAN.

vi) Apabila semalaman si ibu tidak tidur menjaga ANAK yang SAKIT, Allah s.w.t. akan memberinya PAHALA seperti meMERDEKAkan 70 orang hamba dengan ikhlas bagi membela agama Allah s.w.t.

vii) Tiap-tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. akan meMASUKkan dia ke dalam SYURGA lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun lebih awal).

viii) Perempuan yang SOLAT 5 waktu, PUASA pada bulan Ramadhan, meMELIHARA keHORMATANnya serta TAAT kepada SUAMInya, masuklah dia dari pintu SYURGA yang dikehendaki.

ix) Wanita yang SOLEHAH itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang SOLEH.

x) "Apabila kedua-dua ibubapa memanggilmu, jawablah panggilan IBUmu terlebih dahulu."

xi) Wanita yang TAAT kepada SUAMInya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit serta matahari dan bulan akan berISTIGHFAR kepadanya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga SOLATnya dan PUASAnya.

xii) SYURGA itu terletak dibawah telapak KAKI IBU.

xiii) "Wanita yang TINGGAL bersama anak-anaknya akan tinggal bersama-sama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga."

Banyak sungguh dalil-dalil yang berkait dengan golongan wanita ini. Bila difikir-fikirkan, sesungguhnya mereka ini golongan yang betul-betul bertuah. Begitu mudah mendapat ganjaran yang hebat-hebat dari Allah sendiri. Beruntungnya mereka ini kan?. Tapi bukan mudah nak menjadi seorang wanita, betul tak? Pengalaman posting di jabatan Obstetrik & Ginekologi sudah cukup menggambarkan perit maung yang perlu mereka tempuh. Belum lagi dicampur dengan kesusahan memikul tanggungjawab membesarkan khalifah-khalifah di muka bumi Allah ini, dari kecil sampailah besar. Mudah-mudahan kita bersyukur dengan segala kurniaan yang masih Allah s.w.t berikan kepada kita sehingga ke hari ini.,


Wednesday, September 2, 2009

Renungan.,


Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengELAK dari meMINTA-MINTA dan dengan tujuan menjaga ANAK ISTERInya dari memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menJAGA HUBUNGAN dengan JIRAN tetangga, dia akan bertemu ALLAH di akhirat kelak dengan WAJAH yang BERSERI-SERI umpama bulan purnama. Mana-mana yang mengejar dunia dengan cara yang halal tetapi semata-mata untuk mengumpul harta dengan tujuan berMEGAH-MEGAH, dia akan bertemu dengan Tuhannya di akhirat kelak dalam keadaan Tuhan TIDAK REDHA kepadanya."



Saturday, August 22, 2009

Tok Guru dan Isu Syurga Neraka.,



Macam-macam kan kita dengar kebelakangan ini pasal isu syurga neraka yang melibatkan Tok Guru Nik Aziz. Akhbar X kata gini, akhbar Y kata macam itu pula. Majlis Fatwa Kebangsaan keluar fatwa kata Nik Aziz seleweng dari ajaran Islam. Dr XY pula 'kagum' dengan kebolehan Tok Guru yang dikatakan mampu menentukan siapa masuk syurga, siapa masuk neraka. Emm, bila masing-masing mula beri pendapat, macam-macam boleh jadi kan?. Kenyataan yang asal pun diputarbelitkan, jadi yang mendengar bakal menerima pelbagai versi cerita. Ada yang dengar macam ini, ada yang dengar macam itu. Cuma bergantung pada diri masing-masing mahu menerima yang mana. Dulu pernah pihak yang sama memutarbelit kenyataan beliau. Penyelesaian yang pihak terbabit ambil cukup mudah, memohon maaf walau sekerat bicara. Namun, kali ini Tok Guru berhadapan cabaran yang lebih hebat. Kini, sebagai pengakhiran Tok Guru nekad berdiskusi dengan peguam untuk mengenakan saman ke atas pihak yang bertanggungjawab. Saya tahu saya bukanlah seorang yang begitu mengenali beliau, tetapi berdasar atas pengamatan saya setakat ini, saya yakin Tok guru punya niat dan hasrat yang murni atas kenyataan yang dikeluarkan tempoh hari. Cumanya, saya takut jika ianya disalahertikan atas tujuan-tujuan tertentu. Apapun, harapan saya supaya kita tidak terlalu terpengaruh dan juga terlalu cepat menilai tanpa mengetahui hakikat yang sebenarnya. Biar kita nilai dengan MATA HATI, bukan sekadar mengikut hati semata-mata. Selidik dahulu, teliti, kemudian baru menilai. Mudah-mudahan kita tidak membuat nilaian yang salah. Kata sahabat saya, betul atau tidak cerita itu belakang kira. Cumanya jangan kita terlalu cepat mempertikaikannya mahupun mempercayainya. Baik di pihak yang benar ataupun tidak, kita cuma manusia biasa. Bukan maksum. Masih tidak terlepas dari berbuat dosa. Mudah-mudahan Allah permudahkan kita dalam mencari kebenaran. Sama-sama kita berlapang dada untuk itu. Soal syurga neraka, pahala dosa, jodoh, rezeki, semuanya berbalik jua pada Tuhan kita, ALLAH yang MAHA ESA. Kita sebagai manusia tidak berhak apatahlagi mempunyai kuasa dalam membuat keputusan tersebut. Apa yang kita mampu buat sebagai hamba-Nya tidak lain hanyalah berusaha sedaya upaya meningkatkan ibadah, beramal dengan yang MAKRUF, berjauhan dengan yang MUNGKAR, disamping berDOA pada-Nya agar kita tergolong dalam golongan umat manusia yang MENANG, dan mempunya PENGAKHIRAN yang BAIK di hari akhir kelak. Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. bersama kita tingkatkan amal serta cuba memperbaiki diri yang serba kekurangan untuk manfaat di hari akhir kelak. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Ramadhan Kareem.,


Aizat Zainudin,
1534, Petang yang hening,
22 Ogos 09 (1 Ramadhan 1430H),
>>Sampaikan walau satu ayat<<



Andai Kau Tahu.,



Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...
paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami
di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha.... bersedia. ..meminta belas-NYA


Andai benar ini Ramadhan terakhir buat diriku,
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN





Wednesday, August 19, 2009

'Ward Round' atau 'Walk Around'?.,




Tertarik dengan kata-kata Dr. Che Anuar petang tadi sewaktu sesi teaching dengan beliau. "Kamu ward round ataupun hanya walk around?". Begitulah lebih kurang kata-katanya. Kami yang mendengar, hanya mampu menahan ketawa. Walaupun katanya ringkas, tapi ada maksud mendalam disebaliknya. Rasa terkena juga pada diri sendiri. Almaklumlah, baru hari ketiga masuk posting baru. Kami semua pun masih terkial-kial. Macam budak darjah satu tengah nak orientasi pula gayanya. Ish3. Banyak lagilah kami semua kena belajar lepas ini. Ya Allah, bantuku serta sahabat2ku supaya mudah kami menempuhi cabaran ini. Terangkan serta tenangkan hati-hati kami supaya mudah kami mempelajari sedikit ilmu-ilmuMu ya Allah. Berilah kami kemudahan untuk membina kefahaman keatasnya. Kawan-kawan, jom kita semua cuba improve diri kita masing-masing. Ok. Strive to be a Muslim professional. InsyaAllah, kita BOLEH!!!.,




Saturday, August 15, 2009

Jom WARM-UP untuk Ramadhan!!!.,


Tidak sampai tempoh seminggu lagi, Ramadhan yang mulia bakal kunjung tiba. Jadi, apa persediaan sahabat2 semua sebelum memasukinya? Kalau sebelum bersukan mahupun bersenam, kita perlukan WARM-UP kan? Supaya badan kita tidak terlalu 'shock' sebab tak 'prepare'. Jadi untuk Ramadhan nie, kita juga perlukan WARM-UP. Betul tak? Di sini, saya listkan persiapan-persiapan yang boleh diambil bagi menyiapkan diri sebelum bermulanya Ramadhan al-Mubarak ini :

i) Bersedia dengan melatih diri untuk berPUASA SUNAT, supaya nanti tidak terlalu 'terkejut' dengan perubahan menahan lapar dan dahaga di siang hari.
ii) Berusaha untuk BANGUN AWAL di pagi hari, seakan-akan kita mahu mengerjakan Qiamulail. Di samping bersedia untuk solat Subuh, mana tahu nanti ada rezeki kita berjumpa dengan Malam Lailatul Qadr (malam yang lebih baik dari 1000 bulan).

iii) Berusaha memBERI MASA yang lebih untuk bersama dengan Tuhan kita. Kalau sebelum ini kita hanya berdoa sebentar sahaja, apa kata kalau kita lebihkan dan panjangkan doa-doa kita, Bukan sahaja dendoakan kesejahteraan diri kita, tetapi juga untuk orang lain, terutamanya ibubapa kita. (Doa tue kan senjata orang-orang mukmin. Betul tak?).
iv) MeLUANGkan MASA untuk mendalami dan menghayati perintah-perintah Tuhan kita melalui pembacaan al-Quran. Mungkin sebelum ini kita kurang berkesempatan untuk membaca al-Quran. Apakata kita latih diri ini supaya sekurang-kurangnya dapat membaca satu muka-surat dari al-Quran setiap hari. (Agar kita ini tidak termasuk di dalam golongan orang-orang yang lalai). Bagi yang dah sampai tahap ini, mungkin boleh ditambah bilangan mukasuratnya. Ya tak? Kan nanti dapat lagi banyak pahalanya. Ingat tak, Allah s.w.t. sendiri pernah cakap, satu huruf yang kita baca dari al-Quran akan diganjari dengan 10 pahala. Tak ke rugi kalau kita tak kejar? Mungkin untuk terus kita latih diri ini, mudah2an kita dapat mula memahami dam mentadabbur al-Quran yang kita baca. Cuba bayangkan kalau selama ini kita baca al-Quran, tak satu perkataan pun kita tahu maksudnya. Kalau maksud pun kita belum ketahui, bagaimana pula kita nak menghayatinya. Orang-orang yang beriman itu gementar hatinya bila mendengar ayat-ayat dari Tuhannya. Kalau kita sememangnya berbangsa Arab ataupun sudah mendalami bahasa Arab, mungkin mudah. Tapi, kebanyakan dari kita bukan sebegitu kan. Tak apa, perlahan2. InsyaAllah, berjaya jugak kelak.




To be continued...,

Siapa Amik???.,





Dua hari lepas, sebelum balik hostel sempat juga la membeli roti, coklat, dan air kotak buat jamah2 dekat bilik. Tapi, hari tue terkejar-kejar nak siapkan report. Dalam pukul 4 petang lebih baru siap. Lepas tue, terkejar-kejar nak pergi print report sebelum terkejar-kejar sekali lagi ke Jabatan Neurosains untuk hantar report tue sebelum office tutup. Maklumlah, dateline hantar report tue last nya hari tue jugak. Sebelum tue, terpaksa tinggalkan makanan yang dibeli tadi dekat kedai print tue dulu pasal susah nak bawak. Lepas tue, bila balik nak pergi ambil makanan2 tue, tengok-tengok dah lesap. Bukan satu dua je yang dikebas, satu plastik habis. Tapi, nak salahkan siapa. Salah sendiri jugak kan? Takkan nak tuduh2 orang. Tak baik. Kita bersangka baik je la. Mungkin orang tue tersalah ambil kot. Halalkan je la. Moral nya. mesti jaga barang persendirian elok-elok, walaupun ianya hanya sekadar makanan. Khamis lepas sudah diduga, pagi Jumaat aku diduga lagi. Laptop ade problem . Ada masalah dengan Window, dan mungkin kena format. Kerisauan dalam hati akan kehilangan data-data yang aku perlu. Mudah2an, data-data tersebut dapat diback-up. InsyaAllah. Kini, masaku bersama laptop makin berkurang. Mungkin kesempatan menulis di blog ini juga akan berkurang. Mudah2an Allah bantu agar selesai masalah ku ini. Kerna aku ingin sekali untuk terus menulis., =)





Sunday, August 9, 2009

Kasih? Jika MAHU, mesti BERI.,



Pernah suatu ketika dahulu, Rasulullah s.a.w. mencium Hasan bin Ali, dan di sisinya ada al-Akra' al-Tamimi, maka al-Akra' berkata : "Sesungguhnya saya ada 10 orang anak, tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka." Maka Rasulullah s.a.w. memandangnya dan kemudiannya berkata : "Sesiapa yang tidak MEMBERI kasih sayang, tidak akan DIBERI kasih sayang."
(Hadith Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan Abu Daud)

Seringkali kita, termasuk diriku ini tidak pernah sekali terlepas akan perihal ini,
Sering sahaja kita MAHUkan sesuatu, sedang dalam diri punya kepayahan memBERI sesuatu,
Bagi kita, menDAPAT sesuatu lebih bermakna dari meLEPASkan sesuatu,
Jika punya upaya, SEGALANYA mahu kita takluki dan miliki,
Sedang kita sering alpa, insan lain juga punya perasaan dan keinginan,
Yang saling tidak tumpah seperti kita,
Mungkin satu hari nanti ataupun mungkin pada tika ini juga,
Kita mula perlu mula FIKIR tentang orang lain,
Lebih dari kepentingan diri sendiri,
Mengenepikan kemahuan demi keBAHAGIAan mereka yang lain,
InsyaAllah, jika kita kurang mengHARAP dan lebih banyak menCUBA memberi,
Kelak akan kita lihat betapa INDAHnya hidup ini,
Hidup lebih beERTI dan berMAKNA jika kita mudah memBERI,
Berbanding jika hanya sekadar diBERI,
Kita cuba menjadi sehelah daya untuk menjadi TANGAN yang MEMBERI,
Tangan yang seringkali berada di ATAS, dan bukannya yang seringkali di BAWAH,
Walau yang diterima cuma sedikit,
BerSYUKURlah,
Kerna ianya lebih baik dari tiada,
Dan lebih baik dari riak akibat terlebih nikmat,
Mudah-mudahan Allah membantu kita dalam MUJAHADAH ini.,

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu BERSYUKUR, nescaya Aku akan MENAMBAH (NIKMAT) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat pedih."
(Surah Ibrahim 14:7)

MSN Onion Emoticons
Aizat Zainudin,
0013, 10 Ogos 09,
>>Sampaikan walau satu ayat<<



Friday, August 7, 2009

Tak Boleh Ke Nak Baca Yaasin 3 Kali Sempena Nisfu Sya'aban?.,



Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Sya'aban beerti setengah bulan Sya'aban. Malam Nisfu Sya'aban adalah malam ke-15 Sya'aban iaitu siangnya 14hb Sya'aban. Malam Nisfu Sya'aban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

"Rasulullah s.a.w. telah bangun pada malam (Nisfu Sya'aban) dan bersembahyang sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda s.a.w. dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda s.a.w. berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpd-Mu daripada-Mu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diri-Mu sendiri.” Setelah Baginda s.a.w. selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Sya'aban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu Sya'aban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Ulama kontemporari masa kini, Syeikh Dr. Yusof al-Qardhawi menyatakan di dalam fatwanya: `'Tentang malam Nisfu Syaaban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya (amalan-amalan khas di malam Nisfu Sya'aban seperti membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali,, doa-doa serta solat-solat sunat khas), kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Syaaban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi s.a.w. hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah.''

Beliau menambah lagi: `'Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya''. (Al-Qardhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383) Para ulama muktabar lain seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini.

Namun, ini bukanlah bererti malam tersebut tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis thabit yang menyebut akan fadilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al-Suyuti: `'Dan pada malam Nisfu Syaaban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah.'' (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba' wa al-nahyu an al-ibtida' (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61) b) Hadis tentang kelebihan puasa yang khas pada hari Nisfu Syaaban.

Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Syaaban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi s.a.w. yang memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Syaaban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Syaaban sahaja dengan menganggap ia adalah sunnah, maka inilah yang dilarang.

Menurut Dr Yusof al-Qardhawi: `'Di dalam kaedah syarak, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syarak kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata)).(Rujuk: Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah, 2/343) c) Hadis tentang amalan akan diangkat pada malam Nisfu Syaaban. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa segala amalan manusia akan diangkat pada malam Nisfu Syaaban. Justeru, kebanyakan umat Islam akan menghidupkan malam ini dengan membaca surah-surah tertentu dengan niat supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman. Pendapat ini adalah tidak tepat dan tidak terdapat hadis-hadis sahih yang menjelaskannya.

Demikianlah beberapa perkara yang sering dibincangkan di dalam bulan Syaaban ini. Semoga melalui beberapa hadis yang dibawa ini serta pendapat para ulama, jelaslah kepada kita tentang kedudukan hadis-hadis tersebut di sisi ulama hadis. Ketahuilah sesungguhnya segala perkara yang melibatkan soal pahala, keberkatan, fadilat dan kelebihan adalah hak milik kekal Allah s.w.t. Tidak ada seorang makhluk pun yang boleh mendakwa dan menjanjikan sebarang fadilat atau keberkatan tertentu dengan mereka-cipta amalan-amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.

Marilah sekali lagi kita menyemak dan memastikan segala amalan ibadah yang kita lakukan ini bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. untuk melayakkan amalan tersebut diterima di samping diiringi dengan keikhlasan kepada Allah s.w.t. Ayuhlah kita bersama-sama membanteras kegiatan penyebaran hadis-hadis palsu dan dusta di kalangan masyarakat kita. Semoga kita semua akan mendapat pertolongan dan diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t.

Credit to : Utusan Malaysia Sumber: Lelaman Web Negeri Johor Darul Takzim