Friday, December 25, 2009

Akan Ada.,



Akan ada yang datang,
Dan akan ada yang berlalu pergi,
Manusia itu akan datang dan pergi,
Harta benda itu akan datang dan pergi,
Kesedihan itu akan datang dan pergi,
Masalah itu akan datang dan pergi.

Tapi ...
Ada juga yang datang,
Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi,
Siapa?

"ALLAH"

Allah akan tetap di situ,
Sekalipun kamu melupakannya,
Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu,
Allah akan terus memerhatikan.

Ya!
Allah akan terus memerhatikan,
Setiap gerak gerimu,
Setiap ucap kata dari bibirmu,
Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,
Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu.

Allah ada untuk setiap masa,
Kapan sahaja yang kamu mahu,
Kembali padaNya ya sayang,
Allah sedang menantimu.

Allah S.W.T. berfirman yang mafhumnya berbunyi :
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah DEKAT.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berDOA apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka berIMAN kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam keBENARan."

[Al Baqarah: 186]

'jangan biar sampai Allah murka pada kita'

Monkey Icons Yoyo
Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<


Thursday, December 24, 2009

Tahniah SEMESTA!!!.,



Tadi selepas usai solat Maghrib, sempat aku mengikuti perkembangan isu semasa di Buletin Utama. Kebetulan hari ini, result PMR 09 diumumkan. Macam-macam cerita diutarakan, dan secara puratanya pencapaian tahun ini ada peningkatan dari tahun sebelumnya. Di penghujungnya, ditunjukkan nama-nama sekolah terbaik dalam PMR 09. Dan tanpa disangka-sangka aku terlihat kelibat perkataan sekolah lamaku, Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA). "SEMESTA antara 5 sekolah asrama TERBAIK PMR 2009". Bangga rasanya, walaupun sekadar x-SEMESTArians. Syukur Alhamdulillah, ku ucapkan. Moga ianya terus berkekalan. Tahniah buat yang berjaya, begitu juga cikgu-cikgu ku. Tahu di mana sekolah nie? Siapa-siapa yang balik KL dari Kelantan, mesti lalu dekat Raub , Pahang kan? Dekat situlah sekolah nya. Hari ini, aku juga turut gemibira atas kejayaan adikku. Tahniah!!!.,

Monkey Icons
Aizat Zainudin,
>>Sampaikan walau satu ayat<<


Wednesday, December 23, 2009

Iftar Jamai'e & Ceramah Hijrah "Menjemput Berkat Dalam Study".,



IFTAR JAMAI'E
&
CERAMAH HIJRAH

"Menjemput Berkat Dalam Study"

Tarikh : 28 Disember 2009 (Isnin)
Masa : 6.45 ptg - 9.00 mlm
Tempat : Masjid Pusat Islam
Disampaikan oleh : Ustaz Abdul Fatah

SEMUA WARGA KAMPUS DIJEMPUT HADIR!!!!

*Jamuan berbuka puasa disediakan
*Sebarang maklumat atau pertanyaan, hubungi:
Firdaus - 0194508502
Auji - 014517969


Saturday, December 19, 2009

Solat @ Baca Buku??.,



Sabda Rasulullah s.a.w. mafhumya :
“Seandainya seorang (lelaki) itu tidak pergi ke masjid padahal dia mendengar azan tanpa uzur syar’i yang kuat, maka solatnya (di rumah) TIDAK AKAN DITERIMA.”
(Hadith Riwayat Abu Daud & Ibnu Majah)

Exam pun, exam jugak.,
Tapi, solat jangan dilupa.,
Jangan sebab dek takutkan ujian manusia,
Kita gagal dengan ujian-Nya,
Banyak dari kita,
Bila exam mesti stress,
Study je memanjang,
Bila azan je.,
Dalam hati kita,
"Ala, satu bab je lagi. Tak apalah, dah habis nanti boleh solat",
"Alang-alang kita habiskan jela study group nie, bukan senang nak jumpa selalu",
"Kali nie, je, nanti tak lewat2 solat dah",
"Macam tak sempat je nak pi berjemaah, tak apalah boleh solat kat bilik",
Dan berbagai-bagai lagi,
Dek terkejar satu perkara, yang lebih penting dan fardhu dikorbankan,
Nasihat ini untuk diriku yang sering alpa,
Dan juga buat sahabat-sahabat di luar sana,
Moga kita dapat muhasabah,
Dan memperbaiki diri kita sebaiknya,
Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita,
Tak kira kita lapang mahupun sibuk sekalipun,
Allah, jangan sekali dilupa,
Lagi kita ingat pada-Nya,
Lagi sayang Dia pada kita,
Teruskan berusaha sahabat-sahabatku,
Moga dikau capai apa yang dihajati,
InsyaAllah, dengan izin-Nya,
Amin....
Salam Maal Hijrah 1431H.,

Monkey Icons
Aizat Zainudin,
>>Sampaikan walau satu ayat<<

Tuesday, December 15, 2009

Tabahkan Hatimu Teh Afifah.,



Aku tidak dapat membayangkan betapa hancur dan luluhnya hati Teh Afifah Shahirah apabila suami yang baru empat jam dinikahinya itu pergi dan tidak akan kembali lagi buat selama-selamanya

malam tadi ketika menonton Buletin Utama, aku dapat melihat dengan jelas jari-jemari Teh Afifah yang masih bersalut inai merah itu berdoa sambil menitiskan airmata melihat jenazah suaminya

aku yakin akan ada ungkapan…’ Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup ni kena teruskan perjuangan’…tetapi itu adalah kata, kata lebih mudah untuk dilafazkan tetapi tidak semudah untuk diangkat menjadi nyata

sebenarnya aku sangat hiba, ya bukan aku saja, semua orang akan merasa hiba dengan peristiwa tragis ini tetapi aku bukan Teh Afifah, insan yang terpaksa melalui semua ini, insan yang terpaksa memikul semua ini, bersendiri!

betul lah kata orang, kadangkala kita rasa ujian yang Tuhan berikan pada kita sudah terlalu berat, rupanya ada lagi ujian yang lebih berat diturunkan kepada hambanya yang lain

jika pagi tadi Teh Afifah mencium tangan suaminya selepas selesai akad nikah, siapa sangka di sebelah petangnya dia terpaksa menatap wajah suaminya itu dibilik mayat dan disebelah malam pula menabur bunga di pusara kekasih yang sangat dicintainya itu

semoga Allah memberikan kekuatan untuk Teh Afifah menjalani kehidupan yang sungguh mencabar ini…ini harinya, hari kita belum tentu bila

arwah (bersongkok) akad nikah beberapa jam sebelum menemui ajal

ingatlah, walaupun cuma hanya empat jam bergelar isteri, namun itu bukan bermakna kau hilang segala-galanya

dia tetap suamimu dik walau yang tinggal cuma pusara, dia tetap suamimu dik walau yang ada cuma kenangan, dia tetap suamimu dik walau yang tinggal cuma tangisan

dia akan terus hidup dalam nafasmu, dia akan terus berjaga dalam mimpimu, dia akan terus bernyawa dalam impianmu

malam tadi aku sempat Google nama Teh Afifah, dari sana aku bertemu laman Friendsternya, kata Teh Afifah;

ya Tuhan kami,berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempunakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami…[18:10]

aku terkedu.

SAK: Teh Afifah Shahirah adalah isteri kepada Allahyarham Mohd Ariff Abdul Kadir yang meninggal dunia bersama-sama ibu, bapa dan rakannya dalam satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta dan bas di kilometer 7, Jalan Kangar- Padang Besar. Kejadian berlaku kira-kira empat sejam selepas mereka berdua diijabkabulkan. Al- Fatihah.


credit to http://syahrilkadir.wordpress.com/2009/12/11/tabahkan-hatimu-teh-afifah/

Monkey Emoticons

Aizat Zainudin,

>>Semoga Allah tabahkan hati mereka atas dugaan ini, terutamanya Teh Afifah. InsyaAllah<<



Sunday, December 13, 2009

Kata Orang, 'Give and Take'.,



Kata orang, kalau nak gembira, kena gembirakan orang lain dulu.
Kalau nak bahagia, kena bahagiakan orang dulu.
Kalau nak disayangi, kena sayang orang lain dulu.
Kalau nak orang senyum kat kita, kita kena senyum kat orang dulu.
(Nabi Muhammad s.a.w. dah cakap dulu : "Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah satu sedekah" HR at-Tirmizi)
Kalau nak dihormati, kenalah hormat orang lain dulu.
Apapun perkara di dunia ini,
Memang Allah dah jadikan semuanya berpasangan,
Tidak kira yang hidup ataupun bukan,
Kalau mahukan sesuatu, kenalah beri sesuatu dulu,
Bak kata orang yang kulitnya lagi putih dari kita yang sawo matang ni,
We should 'GIVE AND TAKE',
Kalau direnung-renungkan dan difikir-fikirkan,
(termasuklah diri sendiri ni),
Kita nie terlebih MAHU, tetapi terkurang BERI,
Terasa tamak untuk memiliki segalanya,
Tanpa menghiraukan disekeliling kita,
Yang juga punya hasrat untuk MAHUkan sesuatu,
Depa dok bagi, tapi kita dok terima jah,
Kita terima, terima, dan terima,
Tak pernah terfikir nak memberi pada yang selalu memBERI pada kita,
Erti hidup ini pada memBERI,
(mesti ramai yang tahu saya quote dari mana ayat nie kan),
Mungkin bila dilihat secara realitinya,
Sesuatu benda atau perkara bila diberi mestilah berkurang kan?,
Tetapi hakikatnya lagi banyak yang kita BERI, lagi banyak Allah akan balas.
Apa sahaja yang kita miliki di dunia adalah pinjaman semata-mata dari Allah,
Yang hanya bersifat sementara,
Justeru, apa sahaja kurniaan-Nya kita mesti bersyukur dengannya,
Selain mengucapkan Alhamdulillah,
Berkongsi nikmat dengan yang lain juga adalah satu tanda kesyukuran kita padanya.
Allah ada menyebut dalam al-Quran,
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan;
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu,
dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku),maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
(Surah Ibrahim : 7)

Sabda Rasulullah s.a.w. mafhumnya :
"Barangsiapa membelanjakan hartanya di jalan Allah, nescaya Dia akan membalasnya dengan 700 kali lipat"
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasai)

Monkey Icon Cici
Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<


Friday, December 11, 2009

Wacana Perdana : ‘Islam Di Malaysia: Realiti dan Harapan’



Program : Wacana Perdana bertajuk ‘Islam Di Malaysia: Realiti dan Harapan’
Tarikh : 12 Disember 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Konvesyen Kelantan Trade Centre (berdekatan stadium Kota Bharu)
Panel : i) Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco kerajaan negeri)
ii) Afandi Yusof (Exco Pemuda Umno Malaysia)
iii) Datuk Mohd Nakhaie Ahmad (mantan Setiausaha Agung PAS)
iv) Dr Mohd Asri Zainul Abidin - MAZA (mantan Mufti Perlis)
Moderator : Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusof (Pensyarah kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM)
Anjuran : Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)
Siaran langsung : http://www.mykelantan.tv.

* Jom beramai-ramai datang ke KTC malam ini. InsyaAllah, ianya satu pengisian yang sangat bermanfaat buat kita semua. Bukan senang hendak tengok ahli politik dan ahli akademik duduk semeja. Jadi, rebutlah peluang ini. Ajak sahabat-sahabat yang lain sekali.,

Monkey Icons
Aizat Zainudin,
>>SWSA<<

Thursday, December 3, 2009

Simposium Fiqh Perubatan., (p/s: Maaf, program dipostpone kepada 27-28 Februari 2010 disebabkan ramai speaker tidak dapat hadir. Harap Maklum.)



(Sila klik pada gambar untuk lebih jelas)

Assalamu'alaikum.,
Kali ini cuma hebahan mengenai satu program iaitu Simposium Fiqh Perubatan yang akan diadakan di UIAM, Kuantan. Berikut adalah details program tersebut :

Program : Triple-I Medicine Symposium 2009
Tempat : UIAM, Kuantan, Pahang,
Tarikh : 12-13 Disember 2009 (Sabtu&Ahad)
Yuran : RM100 (RM2o untuk pendaftaran, RM80 untuk penginapan di hotel dan makanan untuk 2 hari 1 malam)
Penganjur : PPIM
Maklumat lanjut : http://tripleiiium09.blogspot.com/
Pengangkutan : Bas @ Coaster USM (Disediakan)
Insurans : Disediakan
Elaun RM20 : InsyaAllah akan diusahakan
Pengecualian hari akademik (Ahad) : InsyaAllah akan diusahakan

Sesi-sesi yang bakal diadakan :
Session 1: Launching & Keynote Address
Session 2: Maqasid as Shariah: Securing the Property
Session 3: Rukhsah Ibadah in Daily Clinical Practice
Session 4: Professional Muslim Daie: Ketegasan Aqidah, Keluasan Fekah
Session 5: Nurturing Future Professional Muslim Daie

# Program ini, terutamanya pengisian mengenai Fiqh Perubatan sememamngnya sesuatu yang sangat bermanfaat dan berguna terutamanya bagi pelajar2 perubatan. Jadi saya menyeru kepada sahabat2 semua yang bakal menjadi seorang professional Muslim, kepada mana yang berkelapangan agar dapat turut serta dalam program ini, kerana sememangnya program sebegini tidak terdapat di USM. Jadilah, rebutlah peluang ini. Jangan dilihat pada mahalnya yuran, tetapi lihatlah pada manfaat yang bakal diperoleh. Tempat terhad kepada 20 PENYERTAAN SAHAJA (USM). Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya secepat mungkin. Aizat Zainudin : 013-9789678. Tarikh tutup penyertaan pada hari Selasa depan, 8 Disember 2009. Wallahu'alam.,




Hidayah.,




Wednesday, December 2, 2009

Macam Mana Ya Solat Kita?.,



Tiga perkara yang Allah tidak suka dilengah-lengahkan :
i) Solat, apabila telah masuk waktunya
ii) Jenazah untuk dikebumikan, apabila telah siap dimandikan dan dikapankan
iii) Seorang wanita untuk dinikahkan, apabila telah didatangi dengan jodoh yang sesuai

Banyak dari kita dengar azan. Tiap hari, tiap masa, 5 kali sehari. Ramai juga yang tahu menjawab azan pabila ia dilaungkan. Tapi, adakah kita tahu 'maksud' sebenar menjawab azan. Tujuan azan adalah untuk memanggil segala umat manusia bahawa sudah tibanya waktu solat mereka, diperdengarkan pada semua, tidak kira di dalam apa urusan sekalipun. Tetapi, adakah kita benar-benar tiap kali men'jawab' sahutan itu. Renung-renungkan.,

“Seandainya seorang (lelaki) itu tidak pergi ke masjid padahal dia mendengar azan tanpa uzur syar’i yang kuat, maka solatnya (di rumah) TIDAK AKAN DITERIMA.”
(Hadith Riwayat Abu Daud & Ibnu Majah)

Ramai orang tahu solat di masjid lebih baik. Ramai tahu meng'imarahkan rumah Allah suatu amalan yang mulia. Tapi, adakala tiba masa kita merasakan lebih senang solat di bilik atau di rumah sahaja. Tidak perlu bersusah-payah. Betulkah pemikiran kita begitu?.,

Kata Abdullah bin Mas’ud:
“Kalau kamu bersembahyang di rumahmu, maka kamu sudah MENINGGALKAN SUNNAH Rasulullah saw. Dan apabila kamu meninggalkan sunnah-sunnahnya maka SESATLAH KAMU”
(Hadith Riwayat Muslim & Abu Daud)

Ada orang rajin, dan ada orang malas. Ada orang alim, dan ada juga orang jahil. Agak-agaknya kita di golongan mana ya? Ada orang terkejar-kejar melakukan segala amal kebajikan kerana merasakan tidak mencukupi untuk menghadap hari Akhir kelah. Ada juga orang terlalu mudah berpuas hati dengan amal yang dirasakan sudah banyak. Tapi mesti diingat, riak sekali, hancur semuanya. Walaupun sedikit, tetapi jika betul caranya lebih baik dari banyak tapi kurang tepat jalannya.,

Orang bertanya kepada Ibnu Abbas:
“Bagaimanakah dengan seseorang yang berpuasa sepanjang hari dan mengerjakan solat sunat sepanjang malam, tetapi tidak pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan solat Jumaat?”
Jawab Ibnu Abbas:
“Dia ialah PENGHUNI NERAKA.”
( Hadith Riwayat At-Tirmizi)

Ramai daripada kita pasti tahu hakikat ini. Tetapi, sejauh manakah kita benar-benar mengejarnya?.,

“Solat berjemaah adalah 27 KALI LEBIH BAIK daripada solat secara bersendirian.”
(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim)

Niat itu kepala bagi setiap perbuatan kan? Niat baik, insyaAllah dapat pahala. Kalau dapat dilaksanakan, dapat pula lagi satu pahala. Betul tak? Walaupun kadangkala ada masa kita tersibuk atau mungkin terlalai, jangan biarkan niat kita hanya tinggal sebagai niat sahaja.,

“Seseorang yang berwudhuk dengan sempurna (di rumah) kemudian pergi ke masjid, dan didapatinya solat berjemaah sudah selesai, akan menerima PAHALA SAMA BANYAK dengan orang-orang yang solat berjemaah. Tidaklah kurang suatu apa pun daripada pahala orang-orang yang sudah solat berjemaah.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i & Al-Hakim)

Wallahu'alam.,

Aizat Zainudin,
>>SWSA<<



Related Posts with Thumbnails