Thursday, May 7, 2009

Berakhirnya Agenda Zionis.,

Mari sertai beramai-ramai


brochure
For those who care!! for those who realize!! For those who want to know more!!

AMAN PALESTIN BERHAD, IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) & PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)

presenting:

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

at :

PWTC

on the:

9th of May 2009 (Saturday)

at:

8.00 am - 5.00 pm

with only:

10 MYR

No Telefon : 03-89267019

SMS : 019-6077372

(Sila Nyatakan )



Wednesday, April 29, 2009

Sutrah dalam Solat.,


Sutrah dalam Solat




Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang bersolat itu mengetahui apa jenis dosanya, nescaya untuk BERHENTI selama 40 TAHUN adalah lebih baik baginya dari meneruskan lalu di hadapan orang solat ini.” Berkata perawi : “Aku tidak pasti sama ada Nabi menyebut 40 hari atau bulan atau tahun.” (Hadith Riwayat al-Bukhari)


Sutrah : Antara Hikmah dan Falsafah

- Sutrah adalah suatu objek yang dijadikan sebagai sempadan kawasan solat, dan diletakkan dihadapan arah qiblat seperti tongkat, sapu tangan, sejadah, kunci, langsir, kipas, tiang, garisan dan sebagainya.

- Bertujuan untuk MEMUSATKAN FIKIRAN orang yang sedang solat, memBERI TANDA orang itu sedang solat, tanpa diGANGGU orang yang lalu-lalang.

- Jarak antara kaki-sutrah adlah kira-kira 3 HASTA (siku sampai hujung jari tengah), termasuk ruang untuk sujud.

- Disyariatkan untuk solat berjemaah, solat sendirian, solat fardhu, mahupun solat sunat.

- Dalam solat berjemaah, sutrah adalah di HADAPAN IMAM. Sutrah makmum mengikut sutrah imam, maka dibolehkan melintasi makmum apabila ada keperluan (contohnya batal wudhuk).

- Para ulama bersepakat bahawa meletakkan sutrah (penghadang/sempadan di hadapan ketika solat) adalah SUNAT. Namun jika dilihat kepada tujuan meletakkan sutrah, ternyata ianya suatu bentuk perkara SUNAT YANG DITUNTUT.


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

Apabila seseorang daripada kamu ingin bersolat, hendaklah ia meletakkan dihadapannya sesuatu. Sekiranya tiada, letaklah tongkat. Sekiranya tiada, buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudharat sesiapa yang lalu di hadapannya.” (Hadith Riwayat at-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibn Hibban)


Apa tindakan anda seterusnya?

- Jangan lupa letak sutrah bila solat. Kalau tiada sebarang objek untuk dijadikan sutrah, bolehlah solat (terutama solat sunat) di sebalik langsir, tiang, kipas dan sebagainya.

- Sebarkan ilmu ini kepada sahabat yang lain, agar dapat dimanfaatkan bersama.

- Kalau ada sahabat kita yang bersolat tanpa sutrah, cuba elakkan diri dari terlintas di hadapannya. Kalau perlu juga melintas di hadapannya, letakkanlah sesuatu (seperti sejadah) dihadapannya terlebih dahulu sebelum melintasinya.

- Pada permulaannya, mungkin agak sukar untuk mempraktikkannya. Tetapi, insyaAllah dengan usaha yang berterusan, kita dapat melaziminya dengan mudah pada masa hadapan.

- Akhir kata, jom beramal !!!.,

Aizat Zainudin,

2307, 29 April 2009,

>>aizatzainudin103.blogspot.com<<

>>SOLUSI Isu 4<<


Wednesday, April 22, 2009

All The Best Untuk Abang dan Kakak Semua!!!




All The Best Untuk Abang dan Kakak Semua!!!

Keputusan awal exam Professional 3 baru sahaja keluar. 5 orang yang bertuah berjaya menjadi calon viva distinction, manakala 13 orang lagi kurang bernasib baik bila diumumkan sebagai calon viva borderline. Test viva mereka akan bermula pagi ini, 22hb April 09. Kita sama-sama doakan kejayaan mereka semua. Untuk abang-abang dan kakak-kakak final year MEDDEN, sama ada yang termasuk sebagai calon viva atau tidak, moga semuanya berjaya dengan cemerlang ('flying colours ok'). Semoga semuanya berjaya di masa ini dan masa hadapan. Towards a GOOD MUSLIM PROFESSIONAL in the future. InsyaAllah, dengan izin-Nya.,



Tuesday, April 21, 2009

MENCINTAI @ DICINTAI???.,


MENCINTAI @ DICINTAI?.,

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan bagimu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa TENTERAM kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa KASIH SAYANG. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Ar-Rum 30 : 21)

Siapa saja di dunia ini yang tidak mahu dirinya dicintai dan pada masa yang sama mencintai seseorang yang lain. Lumrah manusia yang mahukan dan inginkan kasih sayang. Kata orang, itu 'sense of belongings'. Ingat lagi tika berbicara mengenai isu ini ketika di matrikulasi dulu bersama teman-teman.,

Rezeki, jodoh dan pertemuan segalanya terletak pada ketentuan-Nya. Yang pasti, dua manusia yang berlainan tidak akan memperoleh nikmat Tuhan yang sama. Adakala, kita beruntung kerana setiap ruang hidup kita dilimpahi dengan nikmat-Nya. Kita bersyukur akannya dan kemudian ditambah lagi kenikmatan-Nya. Adakalanya juga, kita tidak begitu bernasib baik bilamana kita hanya berpeluang merasai sedikit sahaja nikmat-Nya. Kita begitu berharap, namun apa daya kita. Mungkin itulah jalan yang terbaik dalam hidup kita yang telah ditentukan-Nya (seringkali aku lupa akan perihal ini).,

Menjangkau usia 20-an memang amat mencabar, kalau hendak dibandingkan dengan zaman persekolahan dulu. Banyak perkara baru yang perlu dipelajari, banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi.,

Begitu juga jadinya pada perasaan yang dinamakan CINTA ini. Bukankah bilamana kita jatuh cinta, makan lebih enak, tidur lebih nyenyak, bibirnya senyum terus, jalan pun semacam tidak jejak tanah, seperti terbang melayang. Sungguh indah dan bahagia rasanya. Ada insan yang beruntung kerana punya insan untuk dicintai dan juga mencintai dirinya pada masa yang sama. Ada juga sebilangan daripada kita tidak berpeluang untuk merasai yang demikian. Ada yang hidupnya hanya berasa dicintai orang, tidak kurang juga pada mereka yang hanya mampu untuk mencintai tetapi tidak dicintai. Apa helah kita, semua ini ketentuan-Nya. Mungkin itulah yang terbaik untuk kita.,

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya :

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Al-Baqarah : 216)

Fitrah manusia yang senantisa inginkan lebih dari yang ada. Diberi betis, mahukan peha pula. Kita sering meminta-minta yang tiada, sedangkan apa yang kita ada tidak dimaanfaatkan sepenuhnya, apatahlagi disyukuri. Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang. Apa saja yang Allah beri, baik ataupun buruk, kita terima seadanya. Kerna apa, kita sering meminta apa yang kita MAHU, tetapi kita seringkali alpa Allah lebih tahu apa yang kita PERLU. Sedangkan kebiasaannya yang kita MAHU itu selalunya kita suka, dan yang kita PERLU itu kita tidak menyukainya.,

Ada di antara kita di dunia ini, yang hanya ditakdirkan hanya untuk mencintai, tetapi bukan dicintai. Walaupun sedar hanya itu semampunya, dia terus setia kepadanya. Dia tahu di penghujungnya mungkin barangkali bukan itu takdirnya, namun hari demi hari dia terus berdoa pada-Nya agar
diperkenankan hajat yang tersemai sejak sekian lama di hatinya. Kalau memang apa yang dihajatinya sudah tertulis dalam Lauh Mahfuz, insyaAllah kebahagiaan bakal menjadi miliknya. Namun, andai yang sebaliknya yang terjadi, apa daya kita untuk menolak atau mengubahnya kerna itu sudah menjadi ketentuan-Nya. Bukankah Allah itu lebih mengetahui.,

Mungkin dalam hidup ini kita tidak akan terus dapat apa yang kita PERLU. Mungkin Allah datangkan seseorang yang salah dahulu untuk kita. Hanya untuk menguji sambil mentarbiyah/melatih hamba-Nya supaya lebih cekal dalam kehidupan yang mendatang. Hatinya kecewa bila menyedari apa yang dihajati tidak kesampaian. Namun, dipujuk juga hati untuk menerima kenyataan ini dan terus tabah. Dipohon pada Yang Esa, moga dipertemukan dengan pilihan-Nya kelak.,

Apa yang pasti, setiap seorang dari kita mempunyai jodohnya masing-masing. Sama ada kita menemuinya dahulu ataupun sebaliknya. Mungkin jodoh kita cepat, tapi mungkin juga lewat hadirnya. Jodoh kita dapat diibaratkan sebagaimana seseorang yang mahu melintasi sebuah jambatan. Ada orang cepat sungguh menyeberang kerna dia berlari, ada pula yang lambat kerna dia hanya berjalan. Ada orang seberangannya cukup mudah, ada pula yang terpaksa mengharung onak duri. Ada yang mencari jalannya, namun ada juga yang hanya menanti. Kita pasti dapat menyeberangnya melainkan maut dahulu menjemput kita, tanda Allah lebih cinta pada kita.,

Apa jua perjalanan cinta anda, pasti ada manis dan pahitnya. Apa yang kita perlu lakukan, teruskan berharap untuk yang terbaik. Kerna kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi esok hari andai kita menyerah di hari ini. Oleh itu, sentiasalah BERSANGKA BAIK kepada Allah. Walaupun apa yang diimpi tidak kesampaian, percayalah Allah adalah sebaik-baik perencana. Tentu perancangan-Nya lebih sempurna. Jika kita bersangka baik pada-Nya, insyaAllah itulah juga sangkaan-Nya buat diri kita. Firman Allah s.w.t, maksudnya :
“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini.”
(Hadis Qudsi)

Firman Allah s.w.t. lagi, yang bermaksud :

"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BAIK adalah untuk LELAKI-LELAKI YANG BAIK, dan LELAKI-LELAKI YANG BAIK untuk PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BAIK. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(An-Nur 24 : 26)

'If you want to establish a long-term relationship, make sure you do it with someone that is REALLY NICE'. Siapa yang tidak mahu mempunyai seorang teman hidup yang 'REALLY NICE' kan? Semua insan pasti mahukan begitu. Mahukan seseorang yang baik untuk berkongsi hidup dengannya. Kalau mahu yang baik, diri juga mesti mahu baik. Tidak kira dari segi luaran mahupun dalaman. Firman Allah s.w.t. seperti di atas sudah membuktikan seseorang yang BAIK pasti hidupnya akan ditakdirkan dengan seseorang yang BAIK juga, dan begitulah juga sebaliknya. Jika karat-karat jahiliyyah masih bertapak di dalam diri, sama-sama kita berusaha untuk perbaikinya. Semoga kita akan sentiasa berusaha untuk menjadi LEBIH BAIK di masa hadapan. Kalau diri sudah baik, sudah pasti 'si dia' juga orang yang baik-baik. Yakinlah, janji Allah itu PASTI !!!.,

Aizat bin Zainudin,
2351, 21 April 2009.
>>aizatzainudin103.blogspot.com<<



Related Posts with Thumbnails