Friday, May 15, 2009

"Setitis Airmata Ibu".,




Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah datang ye. Especially, for those Selangorian tue.
Ade Ustaz Hasrizal pula tue. Mesti best kan? Jemput-jemputlah ye datang. Ajak
kawan-kawan lain sekali.,


Firman Allah, bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya."
(Surah al Ankabut : 8)


Hadith Rasulullah S.A.W di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada baginda dan bertanya,
"Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya."


“Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka menyayangi kami ketika kami masih kecil.”

Jom kita sama-sama doakan. InsyaAllah., (^-^)



Tuesday, May 12, 2009

Walimatul 'Ursy.,



Walimatul 'Ursy/Undangan Pernikahan


Akhi Aarifin & Ukhti Aini
(29 Mei & 01 Jun 09, Klate)

Rusdi M3 (Sedi) & Zubaidah N3
(04 Jun 09, Tanah Merah)

Akhi Hazizul (Abg Jijo) & Ukhti Norazillah
(06 Jun 09, KT, Ganu)

Syazwan Abu Hassan M3 & Sabeelah Begum M3
(28 Jun 09, Alor Star)


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan bagimu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa TENTERAM kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa KASIH SAYANG. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Ar-Rum 30 : 21)


*Bagi yang berkesempatan dan berkeinginan untuk hadir. Sila2lah datang ye. Jangan malu2. Nanti melepas makan nasi minyak. Rugi. Sedi, tak sangka betul. Hang lagi awal ye. Ngalahkan ex-roomate sendiri. Ish3. Apapun, moga semua sahabat, zauj2 beserta zaujah2 nya berbahagia dunia dan akhirat. Moga Allah memberkati kalian semua. InsyaAllah.,



Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
"Sesiapa yg berkahwin maka telah sempurna setengah imannya, maka bertakwalah untuk menyempurnakan setengah iman lagi."
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda lagi, yang bermaksud:
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kerana kecantikannya atau
kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama
supaya dirimu selamat."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


InsyaAllah, mudah-mudahan., =)



Friday, May 8, 2009

Ketika Cinta Bertasbih.,




Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi ria,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA.,

Nantikan karya terhebat ke-2 Habiburrahman el-Shirazy,
KETIKA CINTA BERTASBIH,
Jun ini.,



Hijab.,



Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (dari memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(an-Nur 24:31)








Hijab is Freedom, not Oppression.,
More Veil, More Value.,

Seorang Muslimah lebih indah bila berhijab,
Cuma mungkin ramai yang tidak sadar,
Sayangilah diri anda.,


Aizat bin Zainudin,

1517, 08 Mei 2009

>>aizatzainudin103.blogspot.com<<


Thursday, May 7, 2009

Ku Cari Bahagia Itu.,



(Bahagianya otter-otter nie kan???)


Bahagia? Apa ya? Adakah kita bahagia dengan mendapat pasangan yang baik dan cantik? Duit banyak? Kereta besar? Perut kenyang? Dapat tidur puas-puas? Kejayaan sekadar lulus? 7A? 8A? 10A? 20A? Emm, masing-masing dari kita punya definisi tersendiri tentang bahagia. Dan kita punya sebab sendiri untuk bahagia.


Allah banyak menceritakan dalam al-Quran bagaimana untuk capai kebahagiaan di dalam hidup kita. Di sini ada 7 kaedah menggapai kebahagian itu, menurut al-Quran dan as-Sunnah :


i) Beriman & beramal soleh

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“Siapa yang beramal soleh baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.”

(an-Nahl : 97)


ii) Banyak mengingat ALLAH

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.”

(ar-Ra’d : 28)

iii) Bersandar@bertawakkal pada ALLAH

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“Siapa yang bertawakkal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.”

(at-Thalaq : 3)


iv) Senantiasa mencari peluang untuk berbuat baik

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. Barangsiapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan kepadanya pahala yang besar.”

(an-Nisa’ : 114)


v) Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpamu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata : ”Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah : “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” kerana sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.”

(Hadith riwayat Muslim)

(‘seandainya’ juga dapat disamaertikan dengan ‘kalau’)


vi) Melihat ‘kelebihan’ bukan kekurangan diri

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)


vii) Jangan mengharap ucapan terima kasih manusia

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“Sesungguhnya kami member makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.”

(al-Insan : 9)

(‘kami’ di atas merujuk kepada golongan manusia yang berbuat kebajikan)


Aizat bin Zainudin,

0053, 08 Mei 2009.

>>aizatzainudin103.blogspot.com<<

>>SOLUSI Isu 6<<





Related Posts with Thumbnails