Friday, April 16, 2010

Tak Tahu Masak? Ish3.,



Memasak? Sesuatu yang amat sinonim dengan wanita. Ada yang pandai memasak, dan ada yang tidak. Ada yang semulajadi pandai memasak, ada juga yang tekun belajar dari guru terhebat iaitu ibu mereka. Mesti juga kita pernah dengar cerita bilamana seorang lelaki ingin mencari pasangan hidupnya, kriteria pandai memasak ini menjadi salah satu pilihan mereka. Kata mereka, lebih beruntung dapat isteri yang sebegini. Emm, cerewet juga lelaki ni kan? Dalam diri perempuan itu, mereka mahu macam ini lah, macam itu lah. Apa salahnya, kalau seorang perempuan itu tak pandai memasak. Betul tak. Saya cuma mahu bangkitkan kesedaran di sini, terutama buat kaum muslimin, ada perkara yang lebih penting dari itu iaitu diri kita sendiri. Kita mahukan yang cantik, yang baik, yang baik agamanya, tetapi bagaimana dengan diri kita sendiri. Adakah cukup kriterianya jika mahu dipilih sang muslimah. Cuba fikir-fikirkan?.

Dalam mencari bakal pasangan hidup, muslimin contohnya, kaedah mencari itu bukan sekadar 'mencari' sahaja. Ada lagi satu kaedah lagi, yang mungkin tidak ramai dari kita terfikir. Kaedah itu ialah mencari dengan 'dicari'. Macam mana mahu 'dicari', senang sahaja iaitu pupuk diri dengan ciri-ciri seorang MUKMIN SEJATI, seorang MUSLIM yang SOLEH.

Berikut saya senaraikan antara ciri-ciri lelaki SOLEH yang dimaksudkan di dalam al-Quran dan al-Hadith :
i) Sentiasa TAAT kepada ALLAH dan RASUL-Nya
ii) JIHAD FISABILLAH adalah matlamat hidupnya
iii) Mati SYAHID adalah cita-cita hidup yang tertinggi
iv) SABAR dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah s.w.t.
v) IKHLAS dalam beramal dan beribadah
vi) Kampung AKHIRAT menjadi tujuan utama hidupnya
vii) Sangat TAKUT kepada Allah dan ancamannya
viii) Selalu memohon AMPUN atas segala dosa-dosanya
ix) ZUHUD dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya
x) SOLAT MALAM (tahajjud/qiamullail) menjadi kebiasaannya
xi) TAWAKKAL kepada Allah Taala dan tidak berkeluh-kesah kecuali kepada Allah semata-mata
xii) Selalu berINFAK (menderma) samada dalam keadaan lapang mahupun sempit
xiii) Menerapkan nilai KASIH SAYANG sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka
xiv) Sangat kuat AMAR MA'RUF dan NAHI MUNGKAR
xv) Sangat kuat memegang AMANAH, JANJI, dan RAHSIA
xvi) Seorang peMAAF dan berLAPANG DADA dalam menghadapi kejahilan manusia
xvii) Sentiasa salng mengINGATI antara sesama saudara
xviii) Sentiasa TAWADDHU' (merendah diri, tidak sombong) kepada Allah s.w.t.
xix) Memberi KASIH SAYANG pada keluarga
xx) Sentiasa dahagakan UJIAN dari Allah, menghadapi dengan hati yang tabah dan tetap teguh serta TIDAK MUDAH MENYERAH KALAH

Dari kita sibuk pertikai kan orang itu boleh ini, orang itu tak boleh ini. Apa kata kita cuba buat sedikit refleksi ke dalam diri kita sendiri. Sukakah kita jika orang lain suka mengadili kita, tanpa tahu hakikat yang sebenarnya dan diri mereka sendiri tidak tentu lagi mahu berbuat yang serupa. Lebih baik kiranya saya fikir jika kita 'sibuk'kan diri untuk menyempurnakan diri sendiri. Terutama kita yang muslimin, peranan dan tanggungjawab nanti perlu kita pelajari. Yang paling utama, adalah menerapkan ciri-ciri pemimpin dalam diri kita. Suami kan PEMIMPIN dalam sebuah keluarga. Jadi untuk memimpin ke arah yang betul, dan ke arah jalan yang mendapat redha-Nya, kita perlu belajar. Berikut beberapa perkara yang dapat kita praktikkan untuk ke arah muslimin sempurna :

i) Lazimi membaca buku-buku ilmiah, hadith-hadith, hukum hakam (sekarang sangat mudah didapati, di mana-mana. Jangan berdolak-dalih dalam memenuhi ilmu di dada. Belajar bukan ketika muda sahaja, tetapi bermula keluar dari rahim ibu sehingga kita ke liang lahad)
ii) Rajinkan diri untuk menghadiri majlis-majlis ilmu (lagi di Kelantan ni, tersangat lah banyak peluang itu. Rugi kalau tak rebut peluang ni)
iii) Rebut peluang untuk jadi imam dan mu'azzin (ini yang paling penting. Bila sudah menikah, kita adalah IMAM dalam keluarga. Kalau tak bermula dari sekarang, bila lagi. Betul tak? Dapat peluang, tunai kan sahaja. Kalau tak berlatih, nanti siapa nak imamkan isteri kita? Azan pun kena rebut peluang juga. Besar pahala orang yang melaungkan azan, tentu ramai orang akan berpusu-pusu menjadi mu'azzin)
iv) Bersungguh-sungguh dalam beribadah (tepati waktu solat, jangan melengah-lengahkan, jangan sengaja meninggalkan solat, panjangkan masa berdoa, solat si saff pertama, melazimi bacaan dan tadabbur/terjemah al-Quran, rajin berpuasa sunat)
v) Dan banyak lagi

Sama-samalah kita muhasabah diri dan berazam untuk terus memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Moga Allah membantu kita dalam mujahadah ini. Kalau semua ini menjadi, bukan kita sahaja yang beruntung, si 'dia' dan 'Dia' pun akan suka. InsyaAllah, dengan izin-Nya.

Buat muslimat yang membaca entri saya yang ini, maafkan saya sekiranya tajuk entri dan sebahagian isi entri ini mengguris hati anda. Itu mungkin kebetulan, tetapi percayalah itu bukan niat saya. Samada pandai ataupun tidak, itu boleh dipelajari kan? Life is a learning process. Yang utamanya, saya nak tekankan pada muslimin peranan yang perlu mereka sedar akan disandarkan pada bahu mereka kelak. Tetapi, apa salahnya, nanti kalau sudah pandai memasak, insyaAllah, akan lebih disayangi pasangan masing-masing. Jadi, nanti selepas ini boleh rajin-rajin belajar memasak ya., =)

Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<



Sekadar Berkongsi Cerita Dari Anak Tok Guru.,



Malam Khamis minggu lalu, slot kuliah Maghrib di Majis Pulau Melaka tidak diisi oleh Tok Guru, tetapi digilirkan kepada anaknya. Namanya saya kurang pasti, barangkali mungkin kerna pertama kali melihatnya. Malam itu Tok Guru ke tempat lain, ada slot pengisian yang dijadualkan untuknya saya kira. Saya cuma sempat mengambil sedikit point, kerna lewat sampai di sana. Sedikit pun tak mengapa kan, saya cuba kongsikan juga di sini :


i) Dikisahkan bagaimana hebatnya Nabi Muhammd s.a.w. dalam memuliakan isterinya. Walaupun sibuk dalam tugasnya sebagai khalifah, pendakwah, panglima tentera, pemimpn ummat, namun tidak sekali Baginda melupakan peranannya sebagai seorang SUAMI. Berikut antara beberapa kisah betapa 'romantik'nya Baginda :


a - Pabila makan, Nabi lebih senang makan bersuap dengan isteri. Lebih mesra.


b - Pabila minum, Nabi tidak minum dari bekas minuman yang berasingan, malah dikongsi bersama isterinya. Lagi pula, Nabi akan minum betul-betul di atas kesan bibir isterinya.


c - Nabi akan melayan isterinya sebegini, walaupun ketika mereka haid. Saya agak hairan pada mulanya kenapa pula Baginda perlu melayan isterinya dengan cara yang lain ketika haid. Kemudian dijelaskan penceramah bahawa ketika zaman Arab Jahiliyyah, taraf wanita adalah sangat rendah. Ketika para wanita haid, mereka dikira hina. Perlu diasingkan. Namun, kedatangan Baginda dengan membawa Islam telah menaikkan taraf wanita sama seperti kaum muslimin. Ini dibuktikan dengan kisah di atas di mana Nabi tidak mengasingkan isterinya walau tika mereka datang haid. Bagusnya Islam kan.


d- Pabila mahu memanggil isterinya, Nabi lebig senang dengan ungkapan kata-kata manis dan manja. Diriwayatkan, Nabi pernah memanggil Aisyah, dengan panggilan Aisy sahaja. Kadangkala juga dipanggil Humairah yang membawa maksud warna putih merah. Barangkali ini cara Nabi memuji mereka.


e- Salah satu sunnah Baginda adalah membawa isteri makan di luar. Diriwayatkan pernah seorang sahabat Nabi mahu mengajak Nabi ke majlis makan di rumahnya. Namun Baginda pada awalnya menolak dan hanya akan bersetuju jika diajak orang yang disebelahnya (isterinya). Sahabat tersebut berulang-alik ke rumah beberapa kali sebelum bersetuju mengajak kedua-duanya ke majlis di rumahnya.


ii) Dijelaskan dalam setiap insan, memang punya suatu fitrah semulajadi yang mana setiap dari kita ingin saling memiliki dan dimiliki. Ingin saling dicintai dan mencintai. Perasaan dan fitrah ini perlu diraikan. Pabila tiba masa yang sesuai, dan masing-masing sudah kenal erti tanggungjawab serta amanah, bolehlah dilanjutkan ke peringkat yang seterusnya, iaitu nikah yang menyatukan hati dua insan serta melengkapkan iman seseorang. Barulah nanti akan terpupuk dan terbina sakinah (tenteram), mawaddah (cinta), wa rahmah (kasih sayang).


iv) Dalam hidup berkeluarga, tidak selamanya akan aman dan harmoni. Pasti dan pasti akan diuji di pertengahanya. Insan semulia Nabi pun tidak terlepas dari dijui. Mesti kita masih ingat kisah Aisyah tika mana dia difitnah membuat hubungan bersama seorang sahabat Nabi usai pulang dari satu peperangan. Disebabkan perkara ini, Nabi bersedi selama hampir 20 hari. Akhirnya, Allah menurunkan ayat yang menerangkan keadaan yang sebenar. Ini menenangkan kembali hati Baginda. Allah punya cara dalam mendidik hamba-Nya gimana untuk menghadapi permasalahn dan pergolakan.


v) Peranan suami sebagai seorang PEMIMPIN (leader) sebuah keluarga dan isteri sebagai PENGURUS (manager). Jika betul seorang pemimpin menerajui keluarganya disampingkan ketelusan si isteri mengurustadbir urusan keluarga, insyaAllah dengan izin-Nya, akan bahagia dunia akhirat.

Itu dulu setakat ini, mahu bersiap ke kuliah Tok Guru. Assalamu'alaikum.,


Firman Allah s.w.t. yang mafhumnya :

"Di antara tanda- tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu pasangan dari jenismu sendiri, sehingga kamu merasa tenteram (sakinah) dengannya, dan dijadikan-Nya diantara kalian rasa cinta dan kasih sayang (mawaddah wa rahmah). Dan di dalam itu semua terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"

(Ar-Ruum:21).


Aizat Zainudin,

>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<



Monday, April 5, 2010

Sekadar Renungan.,



"Pabila hati kita berasa senang dan suka pada seseorang, janganlah kita menyukainya berlebih-lebihan, kerna mungkin suatu hari nanti kita akan terguris dek kerana dia menyakiti hati kita. Dan pabila hati kita berasa susah dan benci pada seseorang, janganlah kita terlampau membencinya, kerna mungkin suatu hari nanti dialah orang yang paling kita suka."

1234,
05 April 2010


Friday, April 2, 2010

Kenapa Nak Sambut April Fool's Day?.,




Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu .....rawahuttirmizi Illal Liqaq


Thursday, April 1, 2010

Denyut Kasih Medik.,



Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman) . Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu - isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita -cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.

Sebuah perkongsian yang sangat bermanfaat dan sangat berguna, terutamanya bagi bakal-bakal graduan doktor perubatan. Harga di pasaran cuma RM 23.00. Buku ini adalah tulisan Dr Farhan Hadi, suami kepada novelis terkenal Fatimah Syarha Mohd Noordin. Jangan ketinggalan. Sebar-sebarkan pada sahabat-sahabat yang lain.,


Related Posts with Thumbnails