Thursday, May 7, 2009

Ku Cari Bahagia Itu.,



(Bahagianya otter-otter nie kan???)


Bahagia? Apa ya? Adakah kita bahagia dengan mendapat pasangan yang baik dan cantik? Duit banyak? Kereta besar? Perut kenyang? Dapat tidur puas-puas? Kejayaan sekadar lulus? 7A? 8A? 10A? 20A? Emm, masing-masing dari kita punya definisi tersendiri tentang bahagia. Dan kita punya sebab sendiri untuk bahagia.


Allah banyak menceritakan dalam al-Quran bagaimana untuk capai kebahagiaan di dalam hidup kita. Di sini ada 7 kaedah menggapai kebahagian itu, menurut al-Quran dan as-Sunnah :


i) Beriman & beramal soleh

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Siapa yang beramal soleh baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.”

(an-Nahl : 97)


ii) Banyak mengingat ALLAH

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.”

(ar-Ra’d : 28)

iii) Bersandar@bertawakkal pada ALLAH

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Siapa yang bertawakkal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.”

(at-Thalaq : 3)


iv) Senantiasa mencari peluang untuk berbuat baik

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. Barangsiapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan kepadanya pahala yang besar.”

(an-Nisa’ : 114)


v) Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpamu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata : ”Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah : “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” kerana sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.”

(Hadith riwayat Muslim)

(‘seandainya’ juga dapat disamaertikan dengan ‘kalau’)


vi) Melihat ‘kelebihan’ bukan kekurangan diri

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)


vii) Jangan mengharap ucapan terima kasih manusia

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Sesungguhnya kami member makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.”

(al-Insan : 9)

(‘kami’ di atas merujuk kepada golongan manusia yang berbuat kebajikan)


Aizat bin Zainudin,

0053, 08 Mei 2009.

>>aizatzainudin103.blogspot.com<<

>>SOLUSI Isu 6<<





Berakhirnya Agenda Zionis.,

Mari sertai beramai-ramai


brochure
For those who care!! for those who realize!! For those who want to know more!!

AMAN PALESTIN BERHAD, IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) & PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)

presenting:

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

at :

PWTC

on the:

9th of May 2009 (Saturday)

at:

8.00 am - 5.00 pm

with only:

10 MYR

No Telefon : 03-89267019

SMS : 019-6077372

(Sila Nyatakan )



Wednesday, April 29, 2009

Sutrah dalam Solat.,


Sutrah dalam Solat




Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang bersolat itu mengetahui apa jenis dosanya, nescaya untuk BERHENTI selama 40 TAHUN adalah lebih baik baginya dari meneruskan lalu di hadapan orang solat ini.” Berkata perawi : “Aku tidak pasti sama ada Nabi menyebut 40 hari atau bulan atau tahun.” (Hadith Riwayat al-Bukhari)


Sutrah : Antara Hikmah dan Falsafah

- Sutrah adalah suatu objek yang dijadikan sebagai sempadan kawasan solat, dan diletakkan dihadapan arah qiblat seperti tongkat, sapu tangan, sejadah, kunci, langsir, kipas, tiang, garisan dan sebagainya.

- Bertujuan untuk MEMUSATKAN FIKIRAN orang yang sedang solat, memBERI TANDA orang itu sedang solat, tanpa diGANGGU orang yang lalu-lalang.

- Jarak antara kaki-sutrah adlah kira-kira 3 HASTA (siku sampai hujung jari tengah), termasuk ruang untuk sujud.

- Disyariatkan untuk solat berjemaah, solat sendirian, solat fardhu, mahupun solat sunat.

- Dalam solat berjemaah, sutrah adalah di HADAPAN IMAM. Sutrah makmum mengikut sutrah imam, maka dibolehkan melintasi makmum apabila ada keperluan (contohnya batal wudhuk).

- Para ulama bersepakat bahawa meletakkan sutrah (penghadang/sempadan di hadapan ketika solat) adalah SUNAT. Namun jika dilihat kepada tujuan meletakkan sutrah, ternyata ianya suatu bentuk perkara SUNAT YANG DITUNTUT.


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

Apabila seseorang daripada kamu ingin bersolat, hendaklah ia meletakkan dihadapannya sesuatu. Sekiranya tiada, letaklah tongkat. Sekiranya tiada, buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudharat sesiapa yang lalu di hadapannya.” (Hadith Riwayat at-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibn Hibban)


Apa tindakan anda seterusnya?

- Jangan lupa letak sutrah bila solat. Kalau tiada sebarang objek untuk dijadikan sutrah, bolehlah solat (terutama solat sunat) di sebalik langsir, tiang, kipas dan sebagainya.

- Sebarkan ilmu ini kepada sahabat yang lain, agar dapat dimanfaatkan bersama.

- Kalau ada sahabat kita yang bersolat tanpa sutrah, cuba elakkan diri dari terlintas di hadapannya. Kalau perlu juga melintas di hadapannya, letakkanlah sesuatu (seperti sejadah) dihadapannya terlebih dahulu sebelum melintasinya.

- Pada permulaannya, mungkin agak sukar untuk mempraktikkannya. Tetapi, insyaAllah dengan usaha yang berterusan, kita dapat melaziminya dengan mudah pada masa hadapan.

- Akhir kata, jom beramal !!!.,

Aizat Zainudin,

2307, 29 April 2009,

>>aizatzainudin103.blogspot.com<<

>>SOLUSI Isu 4<<


Wednesday, April 22, 2009

All The Best Untuk Abang dan Kakak Semua!!!




All The Best Untuk Abang dan Kakak Semua!!!

Keputusan awal exam Professional 3 baru sahaja keluar. 5 orang yang bertuah berjaya menjadi calon viva distinction, manakala 13 orang lagi kurang bernasib baik bila diumumkan sebagai calon viva borderline. Test viva mereka akan bermula pagi ini, 22hb April 09. Kita sama-sama doakan kejayaan mereka semua. Untuk abang-abang dan kakak-kakak final year MEDDEN, sama ada yang termasuk sebagai calon viva atau tidak, moga semuanya berjaya dengan cemerlang ('flying colours ok'). Semoga semuanya berjaya di masa ini dan masa hadapan. Towards a GOOD MUSLIM PROFESSIONAL in the future. InsyaAllah, dengan izin-Nya.,



Related Posts with Thumbnails