Friday, December 24, 2010

Sedekah Jariah..Ilmu Bermanfaat..Do'a Anak Soleh.,



Pagi semalam tika ke kuliah di Medan Ilmu, Tok Guru Nik Aziz ada sebut satu hadith yang sering kali mengingatkan saya yang alpa ini, iaitu :

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]

Kita tahu mati itu pasti. Bila-bila masa sahaja ajal kita pasti tiba. 70 kali malaikat Izrail turun ke dunia untuk menjenguk manusia dalam tempoh satu hari. Sampai adakala malaikat Izrail hairan tatkala menjenguk manusia ada yang masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa sedangkan dia diutus untuk mengambil nyawa mereka. Cuma bayangkan, jikalau salah satu waktu turunnya itu kebetulan sama dengan ajal kita, tiada apa yang dapat menangguhkannya walau sesaat sekalipun. Itu hakikat yang sering kali tersekat di minda kita.

Saban hari, kita bertungkus-lumus berusaha untuk memastikan kita dapat yang terbaik dalam kehidupan dunia kita. Tapi cuba difikir gimana pula persediaan kita menuju ambang maut, hari Akhir, dan bertemu Kekasih Agung kita iaitu Allah. Emm, terasa begitu kerdil dan hinanya diri ini untuk memikirkan adakah kita sudah cukup tersedia untuk itu semua. Tidak salah untuk kejar kehidupan dunia, namun untuk akhirat jangan diperlekeh dan diperkecil sama sekali. Dunia ini hanya sementara, yang Allah jadikan sebagai ladang mencari untuk Hari Akhir kelak. Beruntunglah mereka-mereka yang dapat menyeimbangkan antara urusan duniawi dan ukhrawinya (moga kita tergolong sama).


Hanyut version Rabb.,



Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku


Cukup sudah Kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua


Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa Kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa Kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya Kamu saja


Saat mata terpejam
Hanya Kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku


Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa diri-Mu


Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan-Mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit Kau lalui
Ku terlupa Kau terluka


Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan-Mu
Meninggalkan-Mu


Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang Kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut


Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa Kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya Kamu saja


Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya Kamu saja


Tak Tahu Pun?.,


http://axcess.com.my/show_image.asp?id=1548388618406376968129125954397943468008

Another awesome Proton car concept known as Proton Pahlawan Serieswhich contains five different model of cars which are Proton Tuah,Proton Jebat, Proton Kasturi, Proton Lekir and Proton Lekiu. Also new look for Proton Saga and Satria Neo in R3 concept.

These Proton Pahlawan Series car concept exhibited at KLIM 2010 Motorshow. Although it was just a concept car but hope Proton can make it reality by producing such cars.

Take a look at all Proton Pahlawan Series pictures below:-


Proton Tuah

Proton Jebat

Jebat2

Jebat4

Proton Kasturi

Proton Lekir

Proton Lekiu




Satria Neo R3





Proton Saga R3





* Emm, sekarang makin macam-macam dan banyak kereta dikeluarkan. Dari dalam dan luar negara. Harga makin mahal, minyak makin naik, pencemaran makin teruk, jalan makin sesak, kemalangan makin tinggi. Patut berlebihan atau berpada-pada. Fikir-fikirkan.,




Saturday, December 11, 2010

Langkah Tercipta.,



Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.


Mengapa Allah Dahulukan Cinta?.,



"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan cinta(mawaddah) dan belas kasihan(rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Ar-Rum:21)


Pergi ke mana sahaja forum atau ceramah yang berkisarkan dengan cinta,tidak kisahlah cinta manusia ataupun cinta monyet, penceramah pasti menggunakan ayat di atas bagi mengupas isu cinta kerana pada ayat ini Allah secara berterus-terang menyatakan manusia diciptakan untuk saling mencintai malah ayat ini menekankan bahawa perasaan cinta itu harus ada untuk dua jantina yang berbeza, lelaki dan perempuan, suami dan isteri.Maka,tidak hairanlah jika ayat ini dipilih oleh penceramah untuk menerangkan tentang cinta. Ayat yang sama saya dengari pada khutbah minggu lepas yang berkisarkan tentang perkahwinan. Khatib menjelaskan bahawa masalah atau kanser yang berlaku dalam masyarakat kita berpunca daripada institusi keluarga dan masalah dalam institusi keluarga ini bermula di saat perkahwinan lagi.

Berapa ramai yang hidup mewah tapi tidak bahagia kerana isteri dan berapa ramai yang hidup bahagia tetapi tidak mewah,juga kerana isteri. Isteri mesti memainkan peranan dalam menjaga kebahagian rumah tangga dan begitu juga suami.Dan masalah pada hari ini juga berlaku dek kerana ibu bapa menyekat anak-anak daripada berkahwin awal,atas alasan mereka belum bersedia dan tidak mampu menanggung anak orang.Jadi,mereka yang dikatakan tidak bersedia itu tanpa segan silu mencari pasangan yang juga kurang bersedia untuk melepaskan nafsu mereka. Ana terus angguk dan mengangguk,bersetuju dengan apa yang dibicarakan oleh khatib. Tiba-tiba,apabila khatib membaca ayat di atas dan menekankan perkataan mawaddah dan rahmah itu,ana tersentak dan tersedar akan satu kebesaran Allah dalam penciptaan manusia. Seperti ana selalu tulis,ayat quran tidak diturunkan secara rawak.Jika Allah sebut baik dulu baru sempurna,maka ada sebabnya. Jika Allah sebut perempuan dahulu baru lelaki,juga ada sebabnya.Allah tidak pernah mengeluarkan apa-apa fakta yang tidak mengikut susunan.Allah susun ayat Nya satu demi satu,dari setitis air mani,Allah susun kepada embrio,fetus dan manusia.Lihatlah betapa agungnya Al-Quran dan hal ini menjelaskan kepada kita bahawa bukan Muhammad yang menulis semua ini.Namun, jangan sesekali kita menafikan kebijaksanaan dan mukjizat Rasulullah.

Persoalannya di sini,mengapa Allah sebut cinta dahulu baru kasih sayang?Kenapa Mawaddah dahulu baru Rahmah? Jika ikut kepada akal yang waras,mestilah berkasih sayang dahulu barulah cinta itu lahir tapi mengapa Allah sebut cinta dahulu barulah berkasih sayang?Pelik tapi ada logiknya. Semua ini sebenarnya menepati fitrah kehidupan manusia.Kitaran hidup manusia bermula daripada bayi kepada kanak-kanak kepada remaja kepada dewasa kepada orang tua.Dan kebiasaan manusia berkahwin pada umur 15(baligh)-40(sebelum monopause) iaitu ketika kitaran remaja dan dewasa.Memang ada kanak-kanak yang kahwin seperti Saidatina Aishah dan memang benar ada juga orang tua yang kahwin tetapi bilangan golongan sebegini tersangatlah sedikit.Maka,boleh diabaikan.



Kenapa manusia berkahwin waktu remaja dan dewasa? Kerana waktu itulah perasaan cinta sesama manusia tersangatlah kuat. Kenapa anda bercinta? Sebab matanya yang cantik macam Heliza. Sebab suaranya merdu macam Siti Nurhaliza. Sebab wajahnya lawa seperti Lisa Surihani. Sebab kebijaksanaannya seperti Sofea Yusof. Sebab perangainya baik seperti Aisha dalam Ayat-Ayat Cinta. Jadi,bilakah semua sebab-sebab ini tertonjol dalam kitaran hidup manusia? Waktu kanak-kanak mereka? Waktu tua mereka? TIDAK,tetapi dalam waktu remaja dan dewasa.

Sebab Allah sebut cinta dahulu kerana Allah menyuruh kita betul-betul bercinta dengan pasangan kita pada waktu remaja dan dewasa supaya lahirnya perasan kasih dan sayang di dalam diri masing-masing kerana ketika waktu tua,semua sebab-sebab kita mencintainya sudahpun hilang,pudar dek usia yang memakannya. Dia yang mukanya lawa sudahpun berkedut… Dia yang suaranya merdu sudahpun sumbang… Dia yang perangainya baik sudahpun terlantar tidak mampu berkata apa-apa lagi.. Waktu inilah hasil cinta di waktu remaja dan dewasa tadi perlu digunakan.Jika tiada cinta,perasaan kasih dan sayang sukar diwujudkan.

Benar,perasaan kasih mungkin ada,kasihan melihat dia yang tiada tempat pergantungan, kasihan melihat dia yang terbaring tidak bergerak,kasihan melihat dia yang terberak di dalam seluar tetapi sejauh mana kasihan ini akan pergi jika tiada sayang? Mulut hanya mampu berkata kasihan tetapi tiada sebarang tindakan akan diambil kerana tiada sayang. Kenapa tiada sayang? Kerana tiada cinta.
“Allahuakbar,Allahuakbar…”Bilal melaungkan iqamah,menyedarkan ana dari lamunan panjang.


sumber artikel : http://azzariyat.com


Friday, December 3, 2010

Begini Sepatutnya Anatomi Kita !!!.,



DAHI - Untuk sujud hanya pada Allah s.w.t.
MATA - Untuk melihat kebesaran dan ciptaan Allah, serta mengelak dari melihat apa yang diharamkan
TELINGA- Untuk mendengar perkara-perkara yang baik, menghayati bacaan suci ayat al-Quran, dielakkan dari mendengar perkataan dusta
MULUT/LIDAH - Untuk berda'wah, menyebut perkara yang disukai Allah, dan juga mengucapkan kata-kata pujian buat-Nya, makan hanya yang halal
HATI/JANTUNG - Sentiasa yakin dalam iktiqad pada Allah s.w.t.
OTOT - Mengerah qudrat untuk berbakti pada Allah dan Rasulullah, menggunakannya sedaya mungkin untuk berbuat kebajikan dan mencegah kejahatan/kebatilan
TANGAN - Berbuat amal kebajikan, menolong yang memerlukan, ikhlas tanpa mengharap pada balasan selain dari Allah
PERUT/HAWA NAFSU - Ditundukkan hanya untuk yang halal sahaja, diisi semata-mata niat untuk beribadah kepada Allah, juga sebagai memenuhi ibadah puasa di bulan Ramadhan
KAKI - Mengerjakan ibadah haji, melazimi untuk solat berjemaah di surau atau masjid, mencari-cari majlis ilmu untuk menambah pemahaman


Wednesday, December 1, 2010

Halaqah Ilmiah : "Eat, Pray, and Love".,



Assalamu’alaikum w.b.t, insyaAllah Halaqah Ilmiah pada minggu ini membawakan tajuk

“Eat, Pray, & Love”

yang akan disampaikan oleh

Ustaz Mohamad Aziz Che Man

pada
1 Disember 2010 (Hari Rabu)
7.30-8.30 malam

di
Masjid Pusat Islam USMKK

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah semata-mata." Bagaimana kita mahu menjadikan hidup dan mati kita hanyalah untuk-NYA semata-mata?
Jom! Pakat datang ramai-ramai. Bersama kita mengimarahkan masjid disamping menambah ilmu di dada. Hebahkan kepada yang lain. Terima kasih~



Sunday, November 28, 2010

Barakallahu Lakuma Sahabatku.,



“Barakallahulakuma wa baraka ‘alaikuma wa jam’a bainakuma filkhair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa’ul ISLAM wal muslimin

~Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpah barakah kepada kalian, dan mengumpulkankaliandalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada Islam dan muslim keseluruhannya~


"Akhi Tajuddin & Zaleha Kamaludin"

Ahlan wa sahlan sahabatku ke dunia yang penuh pahala. Alhamdulillah, kalian berdua telah selamat diijabqabulkan lebih kurang jam 10.30 pagi tanggal 27hb November 2010 (21 Dzulhijjah 1431H). Jadilah juara pingat anugerah pengumpul pahala terbanyak. Kejarlah barakah dalam setiap daripadanya.Semoga mahligai kalian melimpah bersama Mawaddah, Sakinah dan Rahmah. InsyaAllah, dengan izin-Nya.,

(p/s: Gambar di atas sebagai kenang-kenangan ketika kami berelektif di Acheh, berlatarbelakangkan kapal janaan elektrik iaitu PLTD Apung yang terdampar sejauh 5km ke daratan. Lokasi kami tika ini di Acheh's Tsunami Educational Park)


Friday, November 26, 2010

Aku Rindu Untuk Menangis Ya Allah!!!.,



Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan."
(Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kengeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "UMATKU, UMATKU." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W" Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."


Oh Tuhanku...
Aku tidak layak ke syurgamu...
Namun tak pula...
Aku sanggup...
Ke nerakamu...
Ampunkan dosaku...
Terimalah taubatku...
Sesungguhnya...
Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar...

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api Neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api Neraka.'


Tippi - The Girl Born In The Wild.,


This French girl, Tippi, was born in Nairobi, Africa in 1990. Grew up in the jungles with her parents who are wild life photographers. They documented her life with the animals. She went back to France @ age 10. Look how wonderful her life there, could you imagine ever live like this.,





















Best., (^______^)v


Related Posts with Thumbnails