Showing posts with label Wanita.. Show all posts
Showing posts with label Wanita.. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Wanita, Beribu Kebaikan Pada Dirimu.,



"Jika semua orang tahu status sebenar wanita Muslimah, pasti yang lelaki juga ingin menjadi seorang wanita"
~Sheikh Akram Nadawi~

Beberapa hadis mengenai kelebihan dan kebaikan seorang wanita :


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.


18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Teingat bait-bait lagu ini.,

"Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat di bahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah WANITA hiasan duniawi."


"Ad dunya mata', wa khoiru mata'iha al mar'atus shalihat."
(Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah)
~Hadith riwayat Muslim~

v(^-^I^-^)v
,...Berkasih sayang...,




Saturday, November 20, 2010

Istimewanya Seorang Wanita Itu.,



Golongan elit feminis @ 'pejuang' hak kebebasan wanita sering membawa propaganda betapa susahnya jadi wanita, betapa Islam 'mengongkong' hak wanita. Hujah-hujah yang mereka beri banyak. Antaranya, lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima warisan kurang dari yang diterima lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat
pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan
nifas yang tidak ada pada lelaki.

Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN
WANITA ". Apakah benar apa yang mereka perjuangkan ini? Satu soalan yang perlu kita sama-sama renungkan. Bukan hanya untuk golongan muslimah, anda yang muslimin juga perlu fikirkannya, kalau benar anda cakna terhadap mereka ini.


Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ?

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan
ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak
akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Bukanlah nak dikatakan lelaki ini tidak bernilai/berharga, cumanya Allah angkat muslimah ini lebih dari lelaki.
2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya? Dan walaupun si ibu perlu taat pada suami (ayahnya), namun suami (ayahnya) perlu patuh pada ibu (neneknya).
3. Dua saksi wanita barulah menyamai seorang saksi lelaki. Kenapa? Ini tandanya wanita itu kurang akalnya (cuma satu) berbanding lelaki(yang ada sembilan). Akan dijelaskan dalam hadith di bawah. Ini tanda Allah itu Maha adil, kerna Dia tahu 2 orang saksi wanita itu lebih tepat, lebih saksama persaksiannya berbanding jika hanya seorang.
4. Wanita menerima warisan kurang dari yang diterima lelaki, tetapi
tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, ia
perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.
5. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi
tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat
dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati
karena melahirkan adalah syahid dan surga menantinya. Allah s.w.t. juga mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
6. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan
terhadap 4 wanita, yaitu : Isterinya , ibunya, anak perempuannya dan
saudara perempuannya. Artinya, bagi seorang wanita tanggung jawab
terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya,
anak lelakinya dan saudara lelakinya.
7. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga
yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, yaitu :
sholat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan
menjaga kehormatannya.
8. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita
jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada
ALLAH,maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita.
Ingat firman-Nya, bahwa mereka tidak akan berhenti melakukan segala
upaya, sampai kita ikut/tunduk kepada cara-cara/peraturan buatan
mereka. Yakinlah, bahwa sebagai zat yang
Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha
Mengetahui akan manusia, sehingga segala hukumnya/peraturannya, adalah
YANG TERBAIK bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan/hukum
buatan manusia.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”

Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: “Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?” Baginda menjawab: "”(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain daripada kamu.”

Perempuan itu bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?” Baginda menjawab: “Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan
sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).”

(Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)


Tuesday, March 30, 2010

Seorang WANITA itu.,



Seorang wanita adalah ibarat sekuntum bunga, kecantikannya hanya sementara sahaja. Tetapi sekiranya wanita itu berakhlak mulia, kecantikan akhlaknya itu tetap menawan sesiapa sahaja meskipun wajahnya tidak secantik mana.

Wanita yang berakhlak mulia, sekiranya dia seorang anak, maka dia akan menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa, sekiranya seorang remaja maka dia akan jadi remaja yang berhemah, JIKA SEORANG ISTERI, maka dia menjadi isteri solehah yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. Sebagai ibu pula, dia menjadi ibu yang mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, DAN SEBAGAI HAMBA ALLAH, dia tunduk dan patuh hanya kepada-Nya.

Wanita berperibadi mulia ialah mereka yang bertakwa kepada Allah. Firman Allah s.w.t. yang mafhumnya :
"Barang siapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita, sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam Syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
(An-Nisa - ayat 24)

Wanita berperibadi mulia ialah wanita yang menepati ciri-ciri yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.
"Harta yang paling berharga di dunia ialah wanita yang solehah."
(Hadis riwayat Muslim)

Wanita begini sentiasa memelihara diri mereka daripada perkara-perkara tidak baik. Nilai diri mereka jauh bertentangan dengan perjuangan wanita Barat. Nilai diri mereka tidak dilihat pada fesyen pakaian yang menonjol, perhiasan yang dipakai, tetapi pada kesopanan, rasa malu dan terbatas dalam pergaulannya. Wanita berperibadi mulia faham peranan mereka. Antaranya sebagai penyenang hati suami, sumber kasih sayang dan kelembutan, melahirkan zuriat dan memberi pendidikan kepada anak-anak. Mereka tahu bahawa syarat untuk masuk Syurga amat mudah.

Seperti hadis yang menyatakan:
"Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk Syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya."
(Hadis Riwayat Abu Nuaim)

Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu Syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

Saidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Tidaklah seorang wanita yang didatangi haid kecuali haidnya itu merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu."

Wanita yang mulia ialah wanita yang apabila dipandang oleh suaminya maka ia menggembirakan, apabila suaminya memerintah maka ia taat dan apabila suaminya tiada, maka ia menjaga harta suami dan menjaga kehormatan dirinya. Mereka tahu bahawa dalam peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w. melihat sebahagian besar daripada penghuni Neraka ialah wanita, oleh itu mereka amat takut kepada Allah.

Wanita yang mulia juga tidak mendedahkan auratnya di hadapan lelaki yang bukan muhrim kerana tahu bahawa Allah melaknat wanita sedemikian, begitu juga dengan perbuatan memakai pakaian jarang dan menarik perhatian lelaki maka tidak akan mencium bau Syurga.

Wanita yang mulia juga sedar bahawa wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat, oleh itu dia menjauhi segala kejahatan.

Wanita yang mulia juga tahu bahawa sekiranya dia membebankan suaminya dengan sesuatu yang tidak mampu dipenuhinya, maka Allah tidak menerima seluruh amalannya.


Friday, February 5, 2010

Antara Aurat dan Hijab : A War Of Freedom.,




Firman Allah s.w.t. yang mafhumnya :
"Tell the believing men to lower their gaze and be modest. That is purer for them! Allah is Aware of what they do. And tell the believing women to lower their gaze and guard their modesty; that they should not display their beauty and and their adornment only that which is apparent, and to draw their veils over their bosoms, and not to reveal their adornment save to their own husbands or fathers or husbands fathers, or their sons or their husbands’ sons, or their brothers or their brothers’ sons or sisters sons, or their women, or their slaves, or male attendants who lack vigor, or children who know naught of women’s nakedness. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And turn unto Allah together, O believers, in order that ye may succeed."
(Surah An-Nur : Ayat 30-31)

Dewasa ini, sering kita dengar pelbagai usaha yang dijalankan pihak-pihak tertentu untuk memboikot Islam. Boikot Islam, Hijab Ban, Islamophobia, agenda Christianity, murtad, dan bermacam-macam lagi. Semuanya dilakukan untuk menjatuhkan Islam. Sebelum itu, saya cuma setiap dari kita muhasabah diri masing-masing, "Do we AWARE about all these?" and "What have you been trying to do to save Islam?". Jika betul kita mengaku memeluk agama Islam, dan kita ini orang Mukmin, pasti positifla jawapan kepada soalan saya sebelum ini. Jika tidak, masih ada masa untuk memperbaikinya. Saya mahu ulas lebih lanjut mengenai perihal Hijab / Head Scarves / Tudung di dalam entri saya kali ini.

Seperti yang kita tahu, Perancis adalah salah satu negara yang 'kuat' dalam memerangi Islam. Sehinggakan Presiden Perancis, Jacques Chirac meminta Parlimennya untuk meluluskan pelbagai undang-undang untuk menghukum sesiapa yang mengamalkan Islam di Perancis, dan dalam konteks kali ini adalah hijab.



Di atas adalah gambar Alma dan Lila Levy, masing-masing berumur 18 dan 16 tahun yang dibuang dari sekolah, kerana didapati 'bersalah' mengenakan tudung semasa menghadiri sesi persekolahan. Gambar sebelumnya adalah gambar mereka bersama ayah mereka yang berbangsa Yahudi, tetapi tetap menyokong pendirian anak-anaknya. (Bagusnya kan ayah yang macam ini. Alhamdulillah.)

Ini gambar seorang wanita Perancis yang ditahan kerana mengenakan hijab di tempat awam.

Ini Zainab, umurnya cuma 10 tahun. Dia dihalang dari menyertai pertandingan judo, hanya kerana memakai hijab.





Ini gambar-gambar muslimat-muslimat di Perancis yang bangkit menentang dasar kerajaan mereka. Menuntut hak mereka, hijab bukan paksaan, tetapi kebebasan.

Banyak lagi tekanan yang dihadapi muslimat-muslimat di Perancis. Antaranya, dibuang dari sekolah, dinafikan hak untuk membuat kad pengenalan dan mengambil lesen, dibuang dan dihalang bekerja, dihafikan hak untuk mendapatkan rawatan di hospital, dan dihalang berkahwin jika memakai hijab di majlis perkahwinan. Begitu banyak kes-kes yang dilaporkan, terhadap isu penafian ini.

Pernah sekali, kerajaan Perancis ingin meluluskan undang-undung untuk menuntut cukai tahunan kepada mereka yang berhijab. Cuba bayangkan dalam satu tahun, dipaksa membayar lebih kurang RM5,000, hanya disebabkan mahu memakai hijab. Begitu hebat dan dahsyat tekanan yang diberi kerajaan mereka. Moga-moga Allah beri mereka kekuatan untuk terus thabat dan istiqamah dalam pendirian mereka Moga Islam kan terus menang. InsyaAllah.

Semua yang dilakukan kerajaan mereka, adalah jelas untuk menghalang penyebaran Islam yang begitu meluas menular di kalangan masyarakat dunia. Inilah dia Islamophobia. Dugaan demi dugaan, cabaran demi cabaran.

Namun, sedih bila melihat situasi yang melanda di negara sendiri. Saya rasa semua boleh faham mengapa saya berkata begini. Lihat sahaja di mana-mana, terutamanya di bandar-bandar besar, wanitanya kadangkala tidak ubah seperti lelaki. Ada juga yang lebih dahsyat dari lelaki. Jika berjalan-jalan lewat pasaraya seperti Mid Valley, Sungai Wang Plaza begitu payah melihat muslimat yang memakai hijab. Kebanyakan, tiada seurat benang pun di kepala mereka. Pakaian lagi usah nak cerita, macam-macam. Semua hendak ikut 'trend' fashion terkini. Bagi mereka, kalau tidak ikut trend, semua out-dated. Emm, sedih kan. Terbuka sana, terbuka sini, terketat sana, terketat sini, terjarang sana, terjarang sini. Kadang ada yang bertudung, namun pakaiannya tidak mencerminkan dirinya seorang Muslim.Bukan diri ini mahu melihat, cuma mahu sekadar berkongsi realiti sebenar masyarakat muda sekarang.
Di Kelantan ini, alhamdulillah bagus sikit. Sejuk mata melihat begitu ramai muslimat-muslimat yang mengenakan hijab, bertepatan dengan syariat Islam. Tidak singkat, tidak jarang, tidak ketat. Moga Allah beri hidayah kepada kita semua, untuk terus kekal berada di atas jalan Iman dan Islam yang lurus. InsyaAllah.,

Monkey Winks Yoyo
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<



Saturday, September 5, 2009

Untungnya kan?.,


Hadith-hadith Rasulullah s.a.w. mengenai WANITA :

i) Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat PENYAYANGnya yang lebih kuat. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenainya, jawab baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

ii) Apabila seseorang perempuan MENGANDUNG janin di dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya. Allah s.w.t. mencatakan baginya setiap hari dengan 1000 KEBAJIKAN dan mengHAPUSkan 1000 kejahatan daripadanya.

iii) Apabila seseorang perempuan mulai SAKIT hendak BERSALIN, Allah s.w.t akan mencatatkan bagunya PAHALA orang yang berJIHAD pada jalan Allah.

iv) Apabila seorang perempuan meLAHIRkan anak, maka KELUARlah dia daripada DOSA seperti keadaan ibunya yang melahirkannya dahulu.

v) Apabila anak yang lahir diSUSUi, setiap tegukan susunya itu akan diberi SATU KEBAJIKAN.

vi) Apabila semalaman si ibu tidak tidur menjaga ANAK yang SAKIT, Allah s.w.t. akan memberinya PAHALA seperti meMERDEKAkan 70 orang hamba dengan ikhlas bagi membela agama Allah s.w.t.

vii) Tiap-tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. akan meMASUKkan dia ke dalam SYURGA lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun lebih awal).

viii) Perempuan yang SOLAT 5 waktu, PUASA pada bulan Ramadhan, meMELIHARA keHORMATANnya serta TAAT kepada SUAMInya, masuklah dia dari pintu SYURGA yang dikehendaki.

ix) Wanita yang SOLEHAH itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang SOLEH.

x) "Apabila kedua-dua ibubapa memanggilmu, jawablah panggilan IBUmu terlebih dahulu."

xi) Wanita yang TAAT kepada SUAMInya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit serta matahari dan bulan akan berISTIGHFAR kepadanya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga SOLATnya dan PUASAnya.

xii) SYURGA itu terletak dibawah telapak KAKI IBU.

xiii) "Wanita yang TINGGAL bersama anak-anaknya akan tinggal bersama-sama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga."

Banyak sungguh dalil-dalil yang berkait dengan golongan wanita ini. Bila difikir-fikirkan, sesungguhnya mereka ini golongan yang betul-betul bertuah. Begitu mudah mendapat ganjaran yang hebat-hebat dari Allah sendiri. Beruntungnya mereka ini kan?. Tapi bukan mudah nak menjadi seorang wanita, betul tak? Pengalaman posting di jabatan Obstetrik & Ginekologi sudah cukup menggambarkan perit maung yang perlu mereka tempuh. Belum lagi dicampur dengan kesusahan memikul tanggungjawab membesarkan khalifah-khalifah di muka bumi Allah ini, dari kecil sampailah besar. Mudah-mudahan kita bersyukur dengan segala kurniaan yang masih Allah s.w.t berikan kepada kita sehingga ke hari ini.,


Related Posts with Thumbnails