Monday, May 31, 2010

Freedom Flotilla, Apa Nasib Mereka? Apa Tindakan Kita?.,



Seperti yang diketahui umum, semalam kovoi misi kemanusiaan 'FREEDOM FLOTILLA' telah diserang oleh komando tentera laut Israel (Zionis) laknatullah. Freedom Flotilla merupakan misi kemanusiaan untuk Palestin yang terbesar dalam sejarah (setakat ini) yang berkeinginan untuk menghantar bermacam bentuk bantuan (makanan, pakaian, binaan, kewangan, dan lain lain, tetapi bukan senjata) secara terus ke Semenanjung Gaza yang telah ditekan secara zalim oleh Israel laknatullah melalui sekatan selama 3 tahun berturut-turut. Sekatan ini sememangnya sesuatu yang tidak diterima akal, kerna ianya bagaikan ingin memutuskan segala bentuk hubungan dan bantuan kepada Palestin dari dunia luar.

Setelah perancangan selama hampir 2 bulan dan perjalanan yang telah mengambil masa beberapa hari, akhirnya konvoi misi kemanusiaan ini yang disertai oleh lebih kurang 700 aktivis, yang terdiri dari pelbagai peringkat manusia, agama, dan bangsa, telah tiba berhampiran Semenanjung Gaza. Namun dalam jam lebih kurang 10am-12pm semalam, konvoi yang tidak bersenjata dan tidak mempunyai niat untuk berperang ini digempur oleh komando tentera laut Israel laknatullah melalui helikopter mereka ketika masih berada di perairan antarabangsa. Kapal yang digempur adalah satu dari 7 kapal konvoi, dan yang merupakan yang terbesar, iaitu Mavi Marmara.

Setakat ini dilaporkan hampir 20-25 orang disahkan meninggal dunia (setakat yang diketahui 9 orang rakyat Turki, seorang rakyat Malaysia), manakala hampir 60 orang yang lain cedera, termasuk Ketua Gerakan Islam Palestin, iaitu Syeikh Raed Salah. Kapal Mavi Marmara kini telah ditunda ke Haifa Israel, bukan ke Pelabuhan Ashdod, bagi menyelakkan diserbu wartawan. Kapal berkenaan telah dikosongkan, sebahagian kecil dihantar pulang, manakala sebahagian besar yang lain di tahan.

Jelas apa yang kita nampak melalui tindakan kurang waras serta tidak berperikemanusiaan ini, Israel laknatullah sememangnya telah bertindak di luar batas. Seperti kebiasaan macam-macam alasan dan berita palsu dikeluarkan pihak mereka bagi membersihkan imej mereka, disamping tidak diendahkan berita-berita sedunia yang jelas membuktikan perbuatan terkutuk mereka.

Alhamdulillah, sehingga kini semakin banyak negara,termasuk Malaysia, yang menyatakan bantahan, mengutuk, mengadakan perjumpaan bagi menentang perbuatan keji Israel laknatullah ini. Tampak jelas, Israel laknatullah makin terdesak di dalam dilema apabila Freedom Flotilla ingin ditubuhkan. Jika ditentang, bakal memudaratkan hubungan diplomatiknya dengan negara-negara lain, terutama yang menyertai konvoi ini. Jika dibiarkan, bantuan bakal tiba ke Gaza, dan ummat Islam di sana akan bakal kuat, menjadikan sekatan mereka selama ini menjadi sia-sia.

Antara kapal yang mengikuti konvoi FF

Kapal terbesar konvoi Freedom Flotilla, iaitu Mavi Marmara

Pusat penahanan yang ditubuhkan khas untuk menahan aktivis Freedom Flotilla

Sabda Rasululllah s.a.w. yang mafhumnya :
"Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia BUKANlah dari kalangan mereka"
(Hadith Shahih)


Ya Allah, pintaku,
Moga Engkau selamatkan aktivis-aktivis Freedom Flotilla ini,
Engkau berkati dan redhai perjuangan mereka,
Sebagai wira dan pejuang untuk Palestin,
Engkau tempatkan mereka yang syahid di tempat yang mulia di sisi-Mu,
Engkau permudahkanlah segala urusan mereka,
Engkau permudahkanlah, moga-moga kan tiba jua bantuan ini ke Gaza,
Demi membantu saudara-saudara seIslam kami di sana,
Yang saban hari bermandi darah,
Yang pergi sebagai pejuang,
Dan pulang sebagai syuhada',
Yang bermati-matian mempertahankan Al-Aqsa,
Engkau matikan segala rancangan buruk Israel laknatullah,
Engkau tamatkanlah riwayat Zionis yang kejam ini ya Allah,
Engkau luputkan mereka, sehabis-habisnya dari muka bumi ini,
Gaza,
InsyaAllah, dengan izin-Nya,
Kemenangan bakal menjadi milikmu,
Aminn.,

Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
~Selamatkan Freedom Flotilla, Selamatkan Gaza~



Friday, May 28, 2010

Tak Salah Nak Berkarya Atau Berseni, Tapi Patut Ke Sampai Macam Ini?.,


Assalamu'alaikum w.b.t.,

Jika sebelum ini saya ceritakan pada anda semua mengenai kalimah 'Allah' di sandal Crocs, kali ini saya bawakan edisi khas mengenai realiti dunia sebenar, yang mana agama Islam yang kita junjungi dan muliakan dengan sewenang-wenangnya dihina, dikutuk, dicaci, oleh pelbagai pihak, terutama Yahudi laknatullah. Entry ini bukan bermaksud untuk menyakitkan hati anda, sekadar menyedarkan diri kita sebagai Muslim (termasuk diri saya). Lihatlah dengan mata hati, bukan mata lahiriah semata-mata. Lihatlah dengan penuh rasa dan semangat berkobar-kobar bahawa Islam kan terus perlu dan perlu kita lindungi dan perjuangkan. Maafkan saya sekiranya sebahagian imej-imej di bawah seakan meng'insult' kita sebagai Muslim.


Filem 'FITNA' oleh Geert Wilders dari Belanda. Memang merupakan FITNAH yang sangat besar pada Islam. Walaupun filemnya merangkumi ayat-ayat al-Quran, namun tidak diambil secara keseluruhan, menyebabkan boleh disalah tafsir pada yang menonton filem ini.


Aksi kanak-kanak sekolah menengah dari Sarawak yang mengajuk dan menghina Islam di dalam sebuah gereja di Sarawak. Mereka melakukan aksi dan memperlekehkan solat berjemaah yang dilazimi ummat Islam. Di samping memcaci, gelak tawa mereka jelas menghina Islam. Allahuakbar.



Tentera marin Amerika Syarikat yang jelas-jelas mengutuk dan menghina Islam. Katanya Tuhan mereka lebih baik dari Tuhan kita, iaitu Allah. Sedangkan cuma ada satu Tuhan yang berhak disembah iaitu Allah s.w.t. semata-mata. Imej kedua pula merendahkankan martabat Kitab termulia ummat Islam. Cuba bayangkan , tanda salib dicontengkan di atas al-Quran. MasyaAllah, apa nak jadi ini.


Ini pula imej kasut Nike (yang merupakan suatu jenama yang diminati ramai, terutama kaum lelaki), menghina kalimah 'Allah'. Kenaplah semua ini boleh terjadi. Kamu (yang menghina Islam) ini tidak ada kerja lain ke, selain menyentuh sensitiviti agama lain. Cuba bayangkan kalau agama anda sendiri dihina, mesti anda marah. Agama perkara mulia, bukan untuk diolok-olokkan.



Gambar di tandas yang pertama menunjukkan kalimah syahadah 'La ila ha illa Allah, Muhammadur rasulullah' yang merupakan rukan Islam pertama yang kita pegang sewenang-wenangnya dijadikan sebagai ukiran di atas penutup tandas. Betapa dahsyatnya Islam dihina. Gambar kedua pula, menunjukkan ukiran wanita berhijab sebagai ukiran tempat membuang air kecil (di dalam tandas lelaki) yang dilaporkan terdapat di Israel. Produk yang menghina Islam ini dikeluarkan di Amerika Syarikat, dan diedarkan di sekitar Israel. Walaupun ramai yang mengatakan ianya adalah lebih menyerupai biarawati, namun sudah ada bukti jelas sememangnya ianya mahu menghina Islam, bukan agama lain.


Imej di atas menunjukkan gimana perkataan Coca-Cola yang jika diterbalikkan dan diolah menyerupai perkataan 'La Muhammad, La Makkah' di dalam tulisan Jawi. Samada benar mahupun tidak, bergantung pada anda. Bukti ada di depan anda. Jikalau benar, harus dan harus anda memboikotnya.


Ini pula imej dari iklan Coca-Cola (yang diminati ramai) yand didiarkan di negara Eropah, menghina dengan mengajuk perbuatan ummat Islam tika sedang solat berjemaah. Tak serik-serikkan kalian (yang hina Islam) dengan perbuatan anda? Tolonglah hentikan perbuatan ini, tolonglah berhenti dari terus menyakiti hati kami. Agak-agak adakah anda masih mahu minum air Coca-Cola selepas ini? Kan sudah ada banyak alternatif untuk minuman ini. Betul tak?.


Ukiran patung lilin di sebuah pameran seni di Sepanyol, yang mengilustrasikan seorang Muslim yang sedang bersujud (di bawah sekali), seorang Kristian yang sedang berdoa (di tengah), dan seorang Yahudi (di atas sekali). Betapa hinanya mereka menghina Islam. MasyaAllah. Ini antara gambar yang menyebabkan bergeloranya amarah di dalam diri saya. Adakah Islam begitu teruk pada mereka sehinggakan dihina sebegini rupa.

Sedih dan sayu hati ini tatkala melihat imej-imej sebegini. Harapannya, agar anda juga merasa yang sama. Masakan kita yang sesama Islam tidak merasa apa-apa. Islam dihina, dikutuk, dengan terang-terangan. Namun apa yang kita sudah mahupun boleh buat. Mereka berani, kerana tiada tentangan yang keras dari ummat Islam itu sendiri. Siapa lagi yang harus ambil tindakan jika bukan kita. Mohon agar Allah membantu kita memerangi mereka ini. Dilaung-laungkan bahawa Islam itu pengganas, sedangkan hakikatnya merekalah 'TERRORIST' yang sebenar. Banyak lagi yang saya ingin kongsikan, namun saya kira cukuplah sekadar apa yang saya sudah paparkan. Terlalu banyak gambar-gambar lain yang menghina Islam, sehinggakan saya sendiri enggak sanggup menatapnya. Ya Allah, berilah kami kekuatan menghadapi UJIAN ini. Dan mohon pada-Mu untuk berilah hidayah pada mereka-mereka yang menghina Islam ini.

Pada sahabat-sahabat di luar sana, jikalau merasakan artikel ini bermanfaat, mohon dipanjang-panjang pada yang lain. Moga kita memperoleh manfaat bersama. InsyaAllah, Islam kan terus tertegak, sampai bila-bila. ALLAHUAKBAR!!!.,

Aizat bin Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
~Sayangi ISLAM, Jangan HINA Islam~



Hati-hati Dengan 'BUAYA'!!!.,

Entry ini sekadar perkongsian dari saya untuk sahabat-sahabat semua di luar sana. Mungkin ramai yang sudah sedia maklum mengenai isu ini, terutama melalui rangkaian web sosial Facebook. Tapi sebagai seorang yang bergelar Muslim, saya rasa terpanggil untuk bersama mendedahkan di samping berharap timbulnya kesedaran di dalam diri saya dan juga anda semua agar kita dapat lebih berhati-hati dan lebih cakna/lebih berhati-dengan dengan segala isu yang berlaku di sekeliling kita, terutama yang menyentuh mengenai agama kita, iaitu ISLAM.

Gambas di atas, saya sertakan kerna ianya adak subjek utama dalam entry ini. Sandal 'Crocs' ini memang kelihatan cantik tika melihatnya, selesa tika memakainya. Tidak hairanlah kini ianya begitu popular, sehinggakan boleh didapati di mana-mana dengan begitu mudah.

Sekarang, cuba kita duduk sebentar, dan betul-betul perhatikan gambar yang berikutnya.

Jadi, saya rasa-rasa tentu anda semua tahu apa yang saya ingin sampaikan. Saya ingin anda betul-betul lihat, disebalik kepopularan sandal 'Crocs' ini, mungkin tersimpan suatu 'agenda' terhadap ummat Islam dan agama Islam itu sendiri. Perkataan 'ALLAH' jelas terdapat pada ikon syarikat 'Crocs' ini, yang mana telah diubahsuaisupaya dapat mengaburi mata si pemakainya. Pada mulanya saya agak sukar untuk percaya, namun setelah diyakinkan oleh seorang sahabat saya (orang Johor), yang agak arif mengenai perkara ini, saya jadi lebih yakin. Mungkin ada sesuatu, yang perlu kita telitikan.

Bukan saya nak menuduh, atau menyalahkan sesiapa. Mungkin juga ada yang kata ianya hanya kebetulan, tiada niat jahat di sebaliknya. Wallahu'alam, Allah lebih tahu perihal sebenar disebaliknya. Tetapi, saya ingin tegaskan di sini, terutama kita yang bergelar Muslim ini, perlu lebih berhati-hati, tidak boleh mengambil enteng perkara serius sebegini. Cuba bayangkan perkataan 'Allah' di bawah telapak kaki anda. Betapa ironiknya. Sedangkan 'ALLAH' itu sesuatu yang perlu kita junjung, di atas segala-galanya di dunia. Gimana kalau kebetulan itu bukan kebetulan. Tetapi, dibuat-buat sehinggakan kita mempercayainya seperti kebetulan. Bukan tiada lain pilihan sandal, mahupun alas kaki yang lain, yang juga banyak jauh lebih cantik dan lebih selesa dipakai. Sama-sama kita muhasabah diri kita. InsyaAllah, dengan izin-Nya.,

(p/s: Samada anda mahu percaya ataupun tidak, tepulang pada anda. Mungkin boleh diselidiki lebih lanjut. Saya cuma mahu menimbulkan kesedaran itu, langkah seterusnya bergantung pada anda semua. Cuma satu yang saya harapkan, sekiranya anda tidak setuju, janganlah pula mengecam mahupun mengutuk perbuatan kami (saya dan yang lain) yang mendedahkan isu ini. Cukuplah, sekadar muhasabah di hati. Jika anda betul-yakin ianya bukan, teruskanlah. Tiada masalah. Dan jika ia benar, anda tahu apa yang perlu dibuat.)

Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<


Saturday, May 22, 2010

Ini Ke Masjid Al-Aqsa? Kamu Yakin?.,



Pernah ke Masjid Al-Aqsa, mahupun Qubbat As-Sakhrah/Masjid as-Sakhrah? Tentu sahaja ramai daripada kita masih belum punya kesempatan untuk ke Palestin sana. Sebelum bercerita lebih lanjut, saya ingin bertanya pada kalian semua, adakah anda betul-betul telah kenal Masjid al-Aqsa. Putihkah atau birukah warnanya? Sudah pasti ramai dari kita keliru, dek kerana dihidangkan dengan berita yang bermacam-macam dari media massa.


Ini adalah gambar sebenar Masjid al-Aqsa, lebih tepat qiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Yang putih adalah Masjid al-Aqsa. Jangan tertukar dan keliru dengan masjid yang lain. Ini penting, lagi-lagi bagi kita umat Islam. Supaya kelak, kita tidak mudah diperkotak-katik dan diperbodohkan oleh golongan-golongan yang mahu mengkhianati ISLAM.


Ini pula gambar Masjid as-Sakhrah, ataupun nama lainnya Dome of The Rock. Masjid ini terletak hampir bersebelahan dengan Masjid al-Aqsa, dan inilah masjid yang sering digembar-gemburkan oleh media, terutama media-media Zionis, yang sebagai Masjid Al-Aqsa. Ingat, yang PUTIH Masjid Al-Aqsa, yang BIRU Masjid As-Sakhrah.

Fikirkan, kenapa ini terjadi? Kenapa ada sesetengah pihak beria-ia, mengelirukan umat manusia secara amnya, dan umat Islam khususnya, tentang yang mana satu Masjid Al-Aqsa. Ini kerana, pihak tersebut ingin mengalihkan perhatian masyarakat dunia, termasuk seluruh ummat Islam dari memberi terlampau banyak fokus terhadap aktiviti-aktiviti HARAM mereka ke atas Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya (warna PUTIH). Tentu sahaja kita pernah dengar cerita yang mana aktiviti penggalian terowong-terowong bawah tanah secara berleluasa kini giat dilakukan tanpa dihalang sesiapapun. Bagi mereka, mereka percaya di bawah Masjid Al-Aqsa itulah tapak kuil Haikal Sulaiman (The Solomon Temple). Mereka (Zionis) punya keinginan untuk membina kembali kuil ini di atas reruntuhan Masjid Al-Aqsa. MasyaAllah. InsyaAllah, di lain masa, jika diberi kudrat dan keizinan dari-Nya, saya akan berkongsi mengenai Haikal Sulaiman ini. Moga diberi peluang.

“Suatu hari malaikat Jibril datang dan membawa Nabi, lalu dibedahnya dada Nabi dan dibersihkannya hatinya, diisinya dengan iman dan hikmah. Kemudian didatangkan buraq, ‘binatang’ berwarna putih yang langkahnya sejauh pandangan mata. Dengan buraq itu Nabi melakukan isra’ dari Masjidil Haram di Mekkah ke Masjidil Aqsa.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

Selain itu, Zionist Laknatullah ingin menghapuskan ingatan Umat Islam dari mengingati tempat ibadah suci umat Islam ini, dan juga tempat yang telah menjadi saksi terhadap suatu peristiwa teragung di dalam Islam, iaitu peristiwa Isra wa Mi'raj, yang mana ketika itu Nabi Muhammad s.a.w. turun dan naik ke langit untuk menerima perintah Allah mengenai solat 5 waktu, yang sehingga kini insyaAllah kita tunaikan. Sesungguhya, Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ibadah yang dikerjakan di sana akan digandakan sebanyak 500 kali ganda. Subhanallah.

p/s: Di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua, satu link yang saa dapat dari senior saya, yang mana kita berpeluang tour secara maya di dalam Masjid Al-Aqsa dan juga Dome of The Rock ini. Moga dapat manfaat bersama. Jangan lepaskan peluang ini, insyaAllah sangat-sangat bermanfaat, terutama bagi kita untuk membetulkan persepsi sebenar Masjid Al-Aqsa. Mohon disebar-sebarkan. Ini linknya - http://www.360tr.net/kudus/mescidiaksa_eng/index.html

Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
~Selamatkan Masjid Al-Aqsa!!!~




Friday, May 21, 2010

Siapa Bisa Meramal Qiamat?.,




Sahabat-sahabat, mari kita renungi sedikit perihal mengenai Hari Yang Pasti, hari akhir iaitu QIAMAT.,

Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis:


1) Penaklukan Baitulmaqdis

Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)


2) Zina Berleluasa

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang”(Sahih Muslim)


3) Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)


4) Menghias Masjid dan Membanggakannya

“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)


5) Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)


6) Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)


7) Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat

“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)


8) Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.”(H.R Ahmad)


9) Ramai Wanita Berpakaian Tetapi Hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”


10) Bulan Sabit Kelihatan Besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)


11) Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)


12) Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)


13) Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)


MasyaAllah, jika dilihat, begitu banyak tanda-tanda kecil dari Qiamat telahpun hadir dan berlaku disekeliling kita. Hampir kesemua dari tanda-tanda tersebut telah ada. Jadi, adakah kita punya masa untuk masih berleka dan berlumba-lumba untuk dunia. Ramai daripada kita, termasuk diri saya sendiri, tahu bahawa dunia hanya sementara, dan akhirat itu kekal abadi, tetapi pelik bukan, kerna masih ramai daripada kita dewasa ini masih terkejarkan dunia, dan diakhirnya menyebabkan kita takutkan mati, dek kerana terlalu cinta untuk tinggalkan dunia. Astaghfirullahil 'azim. Moga kita betulkan niat dan arah perjuangan kita. Tak siapa dari kita bisa meramal bila kan tibanya Qiamat. Mungkin tahun depan, mungkin bulan depan, mungkin minggu depan, mungkin esok, dan mungkin juga sesaat selepas anda dan diri saya habis membaca perkataan yang saya tulis ini. Ya Allah, bantuku dan sahabat-sahabatku untuk lebih dekat pada-MU, pelihara kami dari tipudaya dunia yang fana ini. Sahabat-sahabat, saya berpesan pada diri saya dan yang mendengar ini, sama-sama kita muhasabah segala amal, dosa, ibadah, maksiat, yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita. Kita masih ada peluang untuk bertaubat, jadi jangan berlengah. Jangan menunggu sampai nyawa kita telah sampai di kerongkongan, yang mana pintu taubat itu tertutup selamanya. Rebutlah pelung ini selagi ada. Manfaatkan sebaiknya.,


Firman Allah s.w.t.yang mafhumnya :

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

(Surah Al-Hadiid 57, ayat ke-20)


Aizat Zainudin,

>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<

~Ingatlah Bahawa MATI Itu Pasti~





Friday, May 14, 2010

Dalam Banyak-banyak Kotak, Kotak Apa Yang Paling Berdosa?.,



Dalam Banyak-banyak Kotak, Kotak Apa Yang Paling Berdosa?.”


Ini adalah satu teka-teki yang kebetulan saya dengar ketika melewati rancangan-rancangan televisyen di TV9, kalau saya tak silap. Teka-teki ini diajukan oleh seorang ustaz buata anak-anak murid di dalam kelas tajwidnya. Emm, agak-agak apa ya jawapannya? Ada sesiapa yang tahu dan mahu jawab? Boleh angkat tangkat, berdiri, dan berikan jawapannya. Anggap sahaja saya sedang mendengarnya.


Dalam entry kali ini, saya cuma mahu kita sama-sama muhasabah dan renungkan akan suatu senario yang sememangnya serius buat kita yang bergelar Muslim, namun sering dipandang enteng oleh masyarakat kita yang bangga menggelarkan diri mereka menganut Islam. Dari dulu, kita sering dengar ungkapan di bawah ini:


Solat Itu Tiang Agama, Barangsiapa Yang Mengerjakannya Seakan-akan Menegakkan Agamanya, dan Barangsiapa Yang Meninggalkannya Seakan-akan Meruntuhkan Agamanya’


Ramai yang tahu akan kenyataan ini, tetapi hakikatnya masih ramai daripada kita yang tidak menjaga akan perihal solatnya. Ada kajian yang menunjukkan hampir 80-90% daripada masyarakat Muslim di Malaysia yang tidak solat !!!. Betulkan fakta saya ini andai saya tersilap. Saya cuma mahu kita betul-betul sedar akan betapa ramai dari kita yang mengaku orang Islam, mengaku Allah s.w.t. sebagai Tuhannya, mengaku Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul-Nya, mengaku beriman dengan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman, namun mengabaikan antara perintah-Nya yang terpenting, iaitu SOLAT. Cuba lihat diri kita, ibu bapa kita, adik-beradik kita, saudara-mara kita, adakah kita semua telah betul-betul menjaga solat, sebelum kita luaskan skop kita kepada masyarakat disekeliling kita. Kalau sudah sempurna ataupun menuju ke arah sempurna, alhamdulillah saya ucapkan. Namun jika masih belum, menunjukkan Islam belum betul-betul tertegak di dada kita.


Firman Allah s.w.t. yang mafhumnya berbunyi :

Maka CELAKALAH orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya, yang berbuat ri’a.”

(Surah Al-Ma’un : ayat 4-6)


Lihatlah, betapa kerasnya celaan Allah terhadap mereka yang solat, tetapi lalai terhadapnya. Definisi ‘lalai’ di dalam ayat ini merujuk kepada mereka yang tidak menghargai serta melalaikan pelaksanaan dan waktu-waktu solat, lebih mudah jika saya terangkan sebagai mereka yang tidak solat dan juga tidak menjaga waktu solat seperti melewat-lewatkannya. Juga Allah mencela orang-orang yang berlaku ri’a, iaitu melalukan sesuatu bukan untuk mecari redha-Nya, tetapi untuk kemasyhuran dan mencari pujian makhluk semata-mata.


Ayuh semua, kita islahkan diri dan yang lain, moga kita kan kekal di dalam keredhaan-Nya. Mulakan dari lingkungan ahli keluarga kita sebelum bergerak ke peringkat berikutnya. Mari lekas kita berhijrah, selagi masih punya kesempatan, memupuk azam, memperbaik diri, dan saling menasihati dan mengingati ila mardhatillah (menuju redha-Nya). Kita cari redha Allah, tetapi bukan murka-Nya. Ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan usaha itu datang dari kaum itu sendiri. Janganlah kita bertangguh sehinggakan datang bala dari-Nya, Allah hapuskankita semuanya, dan menggantikan kita dengan suatu kaum yang jauh lebih baik. Na’uzubillahi min zalliq. Mohon dijauhkan.


p/s: Sebelum terlupa, jawapan bagi teka-teki di atas adalah ‘Ko Tak Solat’. Mungkin agak sinis jawapannya, tetapi bermakna. Renung-renungkan.,


Aizat Zainudin,

>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<




Sunday, May 2, 2010

Sanggup Hang Cakap Macam Itu !!!.,



Firman Allah S.W.T. yang mafhumnya berbunyi :
"Sungguh- orang-orang yang mendatangkan cubaan (bencana, membunuh, menyiksa) kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan lalu mereka tidak bertaubat, maka mereka akan mendapat azab Jahannam dan mereka akan mendapat azab (neraka) yang membakar."
(Surah al-Buruj : 10)

Usai mentadabbur, saya jumpa dengan satu ayat dari kitab suci al-Quran yang mana saya kira sangat berkait dengan berita yang saya baru terbaca pagi ini. Ayat tersebut dari surah al-Buruj ayat 10 yang menyebut betapa teruk dan azabnya balasan bagi mereka yang berkeinginan untuk melakukan suatu kejahatan ke atas orang-orang Mukmin.


Inilah berita yang saya maksudkan tadi. Saya berasa amat terkejut dan terkilan dengan kejadian ini. Kenyataan Mohd Safuan Hilmi melalui laman web Facebook yang kini telah dipadamnya begitu mengejutkan banyak pihak. Ugutan-ugutan beserta tohmahan-tohmahan yang dilemparkan pada Tok Guru Nik Aziz sangat melampau dan tidak dapat diterima akal. Ini perkara serius, dan bukannya mainan. Mungkin sahabat-sahabat boleh memeriksa sendiri kesahihan cerita ini, jikalau masih ada perasaan tidak percaya.

MasyaAllah, macam mana kita tergamak sampai mahu mengancam untuk melakukan ugutan terhadap seorang ulama' yang begitu terkenal dengan kebaikannya. Allah sendiri pernah berfirman, walau sebenci mana kitapada seseorang, tetapi tetap harus berlaku 'adil. Itu sudah pasti. Allah membenci orang yang tidak berlaku 'adil. Moga Allah memberi hidayah-Nya dan membuka pintu taubat kepadamu, saudara seagamaku. Amin.,

Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
~Ya Allah, Selamatkan dan Lindungilah Tok Guru Nik Aziz~



Related Posts with Thumbnails