Tuesday, June 29, 2010

Alhamdulillah, Syukur.,



"Alhamdulillah, Syukur". Inilah tema yang saya kira paling tepat untuk entry saya kali ini. Segala puji, kata-kata syukur saya panjatkan buat Illahi, yang selama ini senantiasa berada disamping diri ini, di kala senang, juga dikala genting, getir, dan susah payah. Entry kali ini mungkin lebih berkait dengan pengalaman hidup yang saya dan sahabat-sahabat yang lain lalui baru-baru ini, iaitu mengenai 'Elective Remedial Posting' kami di USM.

Bermula 23 Mei lepas, sehinggalah tempoh sebuan selepas tarikh itu, adalah merupakan antara detik-detik yang paling getir buat saya dan juga sahabat-sahabat yang 'senasib' dengan saya perlu lalui. Ini merupakan antara saat-saat kritikal yang pernah saya alami di sepanjang tempoh bergelar pelajar perubatan ini. Mungkin ramai yang diluar sana yang menganggap berada di bidang perubatan ini sesuatu yang menyeronokkan, boleh buat kita jadi terkenal, dan juga sesuatu yang lumayan kerna ianya antara cita-cita yang popular buat anak-anak kecil, juga tidak terkecuali buat ibubapa. Bak kata pepatah, 'Hanya jauhari mengenal manikamnya'. Tentu jua kami sendiri yang melalui kehidupan di alam perubatan ini lebih mengetahui gimana mencabarnya alam yang menjadi pujaan ramai ini.

Memandangkan sebilangan dari kami (termasuk saya), adakalanya kurang bernasib baik ketika menjalani postings (major & minor) ketika di tahun 4 yang lalu. Jadi, bagi yang mana melebihi dua posting terpaksa mengulang tahun, bagi yang kurang bernasib baik untuk satu atau dua postings dikehendaki melalui program remedial selama sebulan di USM, dan bagi yang lepas untuk kesemua posting berpeluang untuk membuat elektif di hospital-hospital yang dipilih.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan taqdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk membuat remedial. Walaupun terasa getir dan mencabarnya sepanjang tempoh sebulan ini, namun masih berasa bersyukur kerana Allah masih memberi saya dan beberapa sahabat yang lain peluang untuk mencuba sekali lagi. Mungkin ini jalan yang Allah mahu untuk kami semua lalui sebagai suatu tarbiyyah dari-Nya. Dalam hati, terasa duka saat membayangkan nasib sahabat-sahabat kami yang lain yang terpaksa mengulang tahun 4 ini. Sememangnya ujian sebegini bukannya mudah, dan bukan semua mampu untuk menerima lantas cuba mengatasinya, namun insyaAllah dengan izin-Nya aku yakin yang mereka semua ini MAMPU untuk diuji sebegini rupa, dan aku juga yakin mereka MAMPU untuk berjaya kelak, bahkan mungkin lebih hebat lagi. InsyaAllah, aminn.

Aku amati maksud hadith diatas yang pernah Rasulullah s.a.w. sabdakan pada umatnya ketika itu, dan aku tahu kami semua (yang 'senasib' mahupun bukan) perlu kuat dalam apa jua perkara. Lagi pula , kita yang bergelar Muslim, perlu menjadi tauladan bagi penganut agama. Tabah, kuat azam, tinggi tekad, tidak kenal erti putus asa, mencuba sehabis mungkin, berdo'a, bertawakkal, dan senantiasa mempunyai pengharapan yang baik pada Allah s.w.t. itulah yang perlu terus kami semua pegang. Kan Allah lebih suka hamba-Nya yang KUAT, bukannya yang LEMAH, jadi seharusnya kita tunjukkan kita ini sememangnya KUAT. Bagi saya , dan saya juga percaya bagi yang lain jua, bila tiba suatu saat kita ditimpa musibah, terasa lemah, dipandang rendah, selalunya akan terbit bicara-bicara "Kalaulah aku begini, kalaulah aku begitu, tentu semuanya kan jadi lebih baik". Namun, aku tahu istilah "KALAU" itu sendiri adalah dari syaitan yan senantiasa cuba untuk menyesatkan umat manusia, supaya menyalahkan taqdir buruk yang menimpanya. Sedangkan kita tahu Allah tidak akan sekali-kali menzalimi hamba-hambaNya (mahupun menguji hamba-hambaNya di luar kesanggupan mereka), malahan manusia itulah yang sering menzalimi diri mereka. Siapalah kita ini jikalau hendak dibandingkan dengan Dia yang Maha Kuasa. Kita cuma sekecil-kecil makhluk yang menumpang di dunia-Nya, dan senantiasa bergantung pada kekuasaan-Nya. Sebolehnya, janganlah kita menyalahkan TAQDIR kerna mungkin bila dimuhasabah kembali ianya sebenarnya kerna kekhilafan dan kekurangan TADBIR kita.

Jadi, selama sebulan kami di USM, dengan itu bermulalah episod yang penuh suka, duka, gementar, dan penuh dengan kejutan yang menggerunkan. Sebulan yang walaupun jika kebiasaanya dilihat amat sebentar, namun kami merasakan seolah-olah masa bergerak begitu perlahan untuk berlalu. Bermacam-macam perasaan yang kami rasakan untuk menghabiskan tempoh sebulan ini. Lagi pula, saya termasuk beberapa sahabat saya seperti Fazli, Aliff Ridzwan, Fadhli, Ruzaini, Zaimah, Roga, Hafizah, Hanis, dan beberapa sahabat yang lain terpaksa melaluinya dengan dua kali ganda bebanan, memandangkan kami semua tidak bernasib baik untuk 2 major postings sebelum ini. Memang kami tahu untuk pass assessmentuntuk remedial kali ini kami MESTI LULUS untuk End-posting exam, tetapi pabila ditambah dengan requirement seperti full attendance to class, clinic, ward round, case presentations to supervisor, logbooks (yang macam-macam nya), procedures to be witnessed/performed, cover case/patient (malam-malam), di dalam masa yang begitu singkat (pembelajaran selama 12 minggu di'compact'kan ke dalam 4 minggu sahaja), kami tahu ini sememangnya sutu cabaran yang amat besar. Sahabat-sahabat kami yang mengulang untuk 1 postig sahaja sudah merasai tekanannya, apatahlagi kami yang minoriti ini. Double the postings, double the challenge, double the exam (mujurlah requirementnya diseparuhkan).

Dari Imam Tirmidzi diriwayatkan yang mafhumnya :
"Suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi s.a.w. lalu beliau bersabda :‘Hai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (artinya): Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu, bila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan bila kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahwa umat, seandainya mereka bersepakat untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Allah taqdirkan buatmu, dan seandainya mereka bersepakat untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak dapat mencelakakanmu sedikitpun kecuali dengan apa yang Allah telah taqdirkan atasmu, pena-pena telah terangkat, dan lembar tulisan pun telah kering."
(Hadith riwayat At-Tirmidzi)

(Akan bersambung lagi. Sabar ye.,)



Sunday, June 20, 2010

Sabtu Yang Tidak Dapat Dilupakan.,




Assalamu'alaikum.,

Kali ini cuma mahu berkongsi sedikit dari pengalaman hidup, yang mungkin boleh dikategorikan dalam topik 'Pengalaman Yang Tak Dapat Dilupakan Seumur Hidup'. Begini ceritanya, saya ada adik perempuan yang menuntut di MRSM Pengkalan Chepa, tak jauh dari USM Kubang Kerian ini. Jadi kebetulan saya pun baru habis exam, dan adik saya ini pula sudah habis cuti 2 minggu nya, jadi saya dipertanggungjawabkan oleh ibu dan abah saya untuk menjemputnya di bengkel bas Transnasional, sebelum menghantarnya ke maktab. Disebabkan basnya ditangguhkan perjalanan selama sejam, akhirnya adik saya tiba di Kubang Kerian dalam jam 8 pagi. Kemudian, seperti kebiasaannya saya akan membawa adik saya masuk ke USM untuk berehat sebentar sebelum memulakan perjalanan untuk pergi makan, membeli barang keperluan adik, dan terus menghantarnya pulang ke maktabnya.


Hendak dijadikan cerita, kebetulan elektif remedial selama sebulan baru sahaja habis. Jadi kurang ada sahabat muslimat yang dapat saya minta tolong untuk menumpangkan adik saya buat sementara waktu di bilik mereka sebelum bertolak pulang. Disebabkan agak kepenatan, jadi memutuskan untuk membawa adik saya untuk duduk sahaja di bilik saya di asrama lelaki. Saya kira tiada masalah, lagipun dia adik saya, dan lagipun asrama lelaki sekarang cuma dihuni kurang dari 10 orang. Setelah dibawa naik ke bilik asrama, saya menyuruh adik saya untuk duduk berehat sementara saya melenakan mata saya yang kepenatan. Lebih kurang jam 9 pagi, tiba-tiba pintu bilik saya diketuk orang. Saya tersedar dari tidur, dan adik saya kelihatan kaget. Jadi saya minta dia bertenang dan mendiamkan diri sahaja, sementara menunggu orang yang mengetuk pintu mengundur diri. Namun, jangkaan saya meleset, kerana selepas sahaja ketukan ketiga di pintu bilik saya, tiba-tiba insan terbabit secara mengejutnya membuka pintu bilik. Yang diluar bilik dalam keadaan terkejut, juga sama keadaan seperti orang yang di dalam bilik. Speechless, shock, tergamam, pantas sahaja adrenalin menderu di dalam badan. Semua tiba-tiba jadi cuak, gelabah, dan kaget terutama adik perempuan saya ini.


Nak tahu siapa yang menyergah kami? Sebenarnya mereka adalah pak guard USM. Tiga orang pulak tue, termasuk seorang di antara mereka yang digelar antara Ketua Bahagian Jenayah, Unit Keselamatan USMKK. Kami yang di dalam bilik terkejut yang teramat. Terlihat salah seorang pak guard dengan muka yang hendak marah sangat, saya cepat-cepat memintasnya, bagi mengelakkan berlaku salah faham, dengan menerangkan bahawa yang perempuan ini adalah adik saya. Pak guard yang kedua sudah nampak termalu, dan tergelak pun ada. Pak Guard yang ketiga cuma diam sahaja. Namun disebabkan agak tidak berpuas hati, Pak Guard yang pertama menyuruh kami berdua menunjukkan pengenalan diri masing-masing. Alhamdulillah, setelah masing-masing memberi penjelasan, dan saya mengaku kesilapan saya, kesemuanya selesai secara spontan. Apapun, maaf ye Pak Guard semua, sebab menyusahkan kamu semua. Saya janji tak akan buat lagi. Taubat dah nak buat. Pagi tu saya dapat merasa gimana perasaan mereka yang ditangkap basah/khalwat oleh pegawai jabatan agama. Memang shock, speechless, gelabah, dan macam-macam lagi yang saya sendiri susah nak menghuraikan perasaan tu. hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami berdua.


Ingat pesan Allah s.w.t. yang mafhumnya :

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

(Surah Al-Israa' 17 : Ayat 32)


Dan juga sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya :

"Tidak boleh sekalli-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya."

(Hadith Shahih)


Airin, maafkan abang ya? Kerna membuatkan kamu terkejut dan kaget degan insiden pagi semalam. Betul-betul tak sengaja. Maaf ya airin. Lain kali kena tumpang kawan jugak lah.,

(^_______________^)v



Kemudian, dalam jam 11 pagi saya menerima kunjungan sahabat baik saya. Jauh datangnya, semata-mata hendak memenuhi hajat adik-adiknya untuk berjalan-jalan. Sampai di Kelantan, sesudah jauh memandu sempat beliau singgah di USM. Ada hajat rupanya, alhamdulillah dapat hadiah daripadanya. Kebetulan, sesuatu yang saya amat minat. Lagi pula dapat berkenal-kenal dengan adik-beradiknya. Seronok, kenal dengan orang yang baru. Walaupun sedikit kekok dan segan, alhamdulillah perkenalan kami berjalan lancar. Terutama dengan 2 orang adiknya yang bernama unik itu. Makasih banyak ya sahabatku.,

(^____________^)




Kemudian setelah selesai menghantar adik pulang ke MRSMnya, saya bersama kawan rapat saya (Aliff Ridzwan, a.k.a. YOB KAJANG) menuju ke satu destinasi yang telah kami rancangkan pada hari sebelumnya. Destinasi kami adalah Radix Fried Chicken (yang bertemakan Fresh, Organic, And Halal). Kami ke RFC di Tingkat 3 Kota Bharu Trade Centre (KBTC), yang terletak berdekatan stesen bas Kota Bharu. Ada satu cawangan RFC terletak betul-betul berhadapan HUSM, tetapi memandangkan ianya masih belum dibuka, kami memutuskan untuk pergi ke cawangan yang lain. Usai solat Zohor, kami meneruskan perjalanan ke KB, dan akhirnya lebih kurang jam 2 petang lebih kami sampai di sana.






Alhamdulillah, azam kami untuk mencari alternatif dari terus menjamu KFC dan secara tidak langsung menyumbang kepada kebiadaban Israel membuahkan hasil. Hari ini kami mampu mencari alternatif buat KFC yang digemari ramai (alternatif kami yang satu lagi adalah Edlee Fried Chicken, EFC). Pandangan kami berdua yang pertama kali menjejakkan kaki di sini serta berpeluang menjamu selera di sini positif belaka. Suasana restorannya bagus, bersih. Pekerjanya berpakaian sopan (yang muslimat berbusana baju labuh. Emm, kagum rasanya). Makanannya terutama ayam gorengnya sedap juga, boleh menandingi KFC. Air nya semsetinya air keluaran Radix, tapi ok juga. Overall semua bagus, ok, kecuali harganya agak mahal sedikit. For beginner like RFC, kami salute mereka. (Kalau lagi murah, kami laaagi salute). (^____^).




Lagi satu, pada awal kami memasuki RFC ni, seakan-akan ada suasana Islamik. Kebanyakan pengunjung, tidak kira yang dewasa ataupun yang masih kecil, berkopiah, berbaju labuh, bertudung labuh. Alhamdulillah, satu suasana yang bagus. Sungguh sukar sekali hendak dijumpa. Juga mungkin ianya sebagai dakwah pada pengunjung yang lain. Pada awalnya kami agak kekok, tapi memandangkan saya sendiri berkopiah, jadi sedikit kurang perasaan itu. All the best RFC, moga kan terus berjaya dan sukses, for the present time and in the future. Lagi satu perasan tak pada gambar ke-3 di atas, yang ada pamhlet "Selamatkan GAZA" pada botol sos RFC. Emm, agak-agak KFC ada tak?.,

(^__________________^)


Aizat Zainudin,

>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<

~Anda Bijak Jauhi Zina, Chocolate-addicted & Love RFC~




Dakwah dan Islah.,



Assalamu'alaikum w.b.t.,

Alhamdulillah, sampai saat dan tika ini masih di dalam dua nikmat terbesar dari Allah Yang Maha Kuasa, iaitu nikmat IMAN, dan nikmat ISLAM. Wajar di sini saya katakan, kita digalakkan untuk bersyukur atas segala limpah kurnia yang Dia berikan buat kita. Dan sangatlah wajar bagi kita untuk memeliharanya selagi hayat kita msih dikandung badan. Moga pengakhiran kita kelak, bersama golongan yang mendapat redha-Nya, dan bukan azab-Nya. Na'uzubillahi min zaliq, mohon dijauhkan. Jika dilihat di sekeliling, masih ramai lagi manusia yang masih belum mendapat Nur dan Hidayah dari-Nya untuk menganut agama Islam, jadi di sini sampai masa di mana tanggungjawab kita sebagai seorang Khalifah (dan juga seorang Hamba Allah), untuk terus berdakwah kepada mereka. (Semoga mereka diberi Hidayah oleh-Nya). Kata Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wa sallam (bila disebut kalimah yang diboldkn ini, sebagai seorang Muslim kita digalakkan untuk menjawabnya, sekadar ingatan) pernah bersabda yang mafhumnya "Sampaikan daripadaku, walaupun satu ayat". Tidak susah sebenarnya nak berdakwah, cuma perlu di dalam tidak ada mindset yang mengatakan dakwah ini payah. Sesiapapun saya percaya mampu berdakwah (mengajak yang bukan Islam, lebih mengenal Islam), dan juga berislah (memperingatkan dan mendekatkan yang Muslim kepada Tuhannya, iaitu Allah). Lebih malang pula mereka yang telah diberi nikmat Islam, tetapi selalu lalai akan nikmat ini. "Islam Is The Way Of Life". Ya, memang benar, tapi harus ada Iman untuk memandu manusia ke jalan lurus menuju Tuhannya. Justeru, sangatlah wajar bagi kita mensyukuri dua nikmat terbesar dari Allah ini.,




Saturday, June 12, 2010

Mampukah Aku?.,




Tika ini adalah saat-saat genting yang saya perlu lalui bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang senasib dengan saya. Suatu tempoh yang saya kira sangat-sangat kritikal di sepanjang tempoh pengajian saya di sini. Jika semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah. Namun jika tidak, risiko berdepan dengan kemungkinan mengulang semula tahun 4 ini sangat besar. Minggu depan,bakal ada exam (2 papers) yang menentukannya. Dek kerana kekangan masa yang singkat untuk 2 posting yang major (O&G dan Orthopaedic) ini membuatkan saya merasa amat stress. Ditambah pula dengan kerisauan tidak dapat memenuhi hajat ayah dan bonda yang senantiasa menunggu dengan penuh harapan di rumah. Masa kian singkat, hati makin risau, fikiran pula kurang fokus, walaupun masih banyak topik yang perlu diulangkaji dan banyak lagi latihtubi yang perlu disiapkan. Ya Allah, kuatkan diriku untuk terus kuat, thabat, dan istiqamah di dalam mujahadah ini. Jauhkan sifat putus asa dan mudah mengalah dari diriku. Mohon do'anya.,

Firman Allah S.W.T. yang mafhumnya berbunyi :
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Az-Zumar : 53)

Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
~Kuatkan Kami Ya Allah~


Thursday, June 10, 2010

Thursday, June 3, 2010

Jika Aku Jatuh Cinta.,


video

Kenapa Saya Suka Coklat?.,



Kenapa saya suka coklat?
~Sebab saya suka makan~

Kenapa saya suka coklat?
~Sebab rasanya yang manis dan sedap~

Kenapa saya suka coklat?
~Sebab dia ada pelbagai macam rasa, bentuk, dan saiz. Juga ada coklat hitam (yang terbaik), coklat yang coklat (yang biasa kita makan), dan coklat putih (yang saya jarang makan)~
Kenapa saya suka coklat?
~Sebab bukan semua coklat mahal (yang mahal kalau ada rezeki lebih). Yang biasa pun sedap (bahkan kadangkala lebih sedap dari yang mahal)~

Kenapa saya suka coklat?
~Sebab ianya ada macam khasiat seperti mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung, darah tinggi, strok, melambatkan penuaan, meningkatkan jangka hayat, dan macam-macam lagi~

Kenapa saya suka coklat?
~Sebab ianya pasti akan membuatkan diri saya tenang dan gembira. Juga kadangkala menggembirakan orang lain~

Kenapa saya suka coklat?
~Sebab itu orang panggil saya choc-addict~

Kenapa saya suka coklat?
~Sebabnya sangat banyak dan adakala saya pun tak tahu kenapa saya suka akannya. Tetapi yang pasti, ianya selalu menambat hati saya, dan akan terus dan terus berada di hati saya~

Kenapa saya suka coklat?
~Sebab dia bbbeeesssttt!!!!!~

(^_____________^)


Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
~Saya Suka Coklat~




Wednesday, June 2, 2010

Realiti MPI (Mesir, Palestin, Israel). Adakah Anda Cukup Cakna?.,


This email was forwarded by a friend. Please read and share the information with other.

Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yang anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dapat lupakan pengalaman yg dia akan kenang sampai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding-dinding masjid. Mesir dekat sempadan, the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 semua rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak ada sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran."Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel daripada bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali beritahu rakyat Palestin yang dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine.
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir tapi dengn pertolongan Allah SWT lepas pulak. Tapi yang peritnya, rasuah. Charge naik bas 500 meter adalah RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)


Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah. Belah Fatah ada kasino. Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza.
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yang ni). Razali kata rakyat Palestine sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mazhab Shafie. Orang Palestine sangat baik dan friendly compared to other Arabs especially yang kat Mesir tu. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama, tapi dia mention Hashim). Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yang rela mati syahid. Bila bersalam perpisahan dengan Razali mereka ucap "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi? like they know they can die anytime.
Tulang2 yang melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu. Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel. Punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 orang, tak ada senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je. Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yang mati syahid, hanya ada satu misi, untuk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anaknya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi.


Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one dengan Hamas. Kat darat hanya duduk dalam kereta kebal. Pastu serang dengan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Mereka tahu Hamas ada penembak tepat. So, diorang takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak ada sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut. Ada back-up besar lah katakan.

Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok diorang rebus rumput sebab dah tak ada makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri.
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke., terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak ada. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit. Dia juga pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dgn bom fosforus. Sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit.. Razali kata tak de apa yg tinggal, semua dah jadi abu. Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there. Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang. Nauzubillah.

Ada banyak lagi, but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza. So, inilah yang diceritakan oleh beliau. Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita yang paling dekat, SINGAPURA. So Razali kata kalau kita shopping kat sana macam kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa untuk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada.

Wasalam



Related Posts with Thumbnails