Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
Tuesday, February 18, 2014
DRIVEr di MALAYSIA
DRIVEr di MALAYSIA
1) SPEEDer - yang ni memang nak laju memanjang. Macam jalan raya dan jadi trek liter F1. Bawa laju tak terkata. Tak kira motor, kereta, lori besar, lori minyak,malahan bas2 ekspres. Kiri kanan, side jalan, double line, selekoh semua dia potong. Hati2 ye. Takut tak sempat nak brek kalau ada jadi apa2. Nauzubillah.
2) SLOWer - yang ni kadang2 menyusahkan juga. Di kala kita tengah maintain speed, kena la meng'slow'kan kenderaan kita. Emmm, kalau agak nak perlahan, berpada2. Jalan raya bukan milik kita seorang. Kalau dah nampak sampai banyak kereta tersekat kat belakang, rapatkan kereta ke kiri, bagi laluan pada yang memerlukan. Bukan semua orang boleh bawak slow cool. Ok. Masing2 ada urusan yang berbeza urgency nya.
3) RIGHT LANEr - yang ni memang suka sangat duduk kat lane kanan. Padahal bawa perlahan. Kan dah terpampang arahan, yang perlahan duduk kiri. Masa ambil lesen dulu pun mesti belajar kan. Bila dah bawa slow, orang belakang nak laju, bg kelip2 lampu, tak respon, bila hon sikit, tak respon. Bila orang potong ikut kiri, marah pula. Pelik kan perangai macam ni. Ada kala tu duduk lane kanan semata2 nak masuk simpang yang 2-3km lagi kat depan. Tapi maintain duduk lane kanan, tak hirau orang lain. Kita yang kat belakang jadi mangsa, bukan apa bila mana yang duduk lane kanan dan kiri sama laju, stesen pula duduk kat belakang. Ada juga yang baru masuk dr simpang, terus nak masuk lane kanan. Duduk la di kiri dahulu, bila clear baru masuk kanan. Ni tak, sampai orang dari belakang terpaksa brek mengejut nak mengelak. "You can not be RIGHT all the time".
4) SMOKEr - yang ni bawa kereta cool je. Tangan sebelah pegang stereng, satu lagi pegang rokok, duduk hisap dan hembus, tak kira anak isteri juga hidu asap rokonya. Sticker jangan merokok ada lekat, tapi barangkali seperti curah air ke daun keladi agaknya. "Smoking is not good for your life and others".
5) GARBAGE LITter - yang ni kuat benar buang sampah kat jalan, dari sekecik2 sampah macam puntung rokok, plastik gula2, tisu, plastik, kulit buah dan macam2 lg, sampai la ke tahap sampah dalam plastik besar yang diletak atas bonet belakang kereta atau atas kereta, bila jatuh buat macam tak bersalah je. Bila ditanya kenapa buang sampah, marah kena tegur. Salahkan nanti pekerja bandaran atau lebuhraya tak ada sampah nak kutip. Ingatlah sikit, mereka juga ibu apa kepada seseorang. Macam anda kalau mereka ibubapa anda. Kalau kita parents buat tak endah, tak mustahil anak2 akan buat perkara yg sama juga. Jgn nak salahkan mereka, salahkan diri sendiri dulu.
6) BLIND SPOTter - ramai dari kita tergolong di sisi. Blind spit ni mmg ada. Cuma kita kena hati2 bila nak tukar lane jalan atau nak potong somebody. Penambahan cermin cembung kat side mirror juga membantu.
7) RED LIGHTer - yang ni bahaya. Bagi mereka, lampu hijau ni bawak relaks, bila lampu kuning bersedia, dan bila lampu merah speed perabih. Bahaya. Memang akan ada sedikit time lag dalam 2-3 saat sebelum lampu isyarat seterusnya akan bertukar hijau selepas lampu isyarat yang sebelumnya dah merah. Tapi hati2. Janganlah potong lampu merah, bahaya. Saya ulang sekali lagi, BAHAYA. Dan bagi kita yang duduk di depan, terutama bikers, bila nak mula bergerak bila lampu hijau, pastikan golongan ini tiada. Ok.
8) JUMPer - yang ni kat mana2 tempat banyak. Lane jalan kadang tu satu, bila hijau je lampu jadi dua lane pula. Pernah saya tengok, lane jalan dua je, bila lampu hijau. Lane tetiba jadi 5 lane! Teruk betul la. Dan kita jangan lah bagi peluang kat jumper2 ni masuk jalan, kalau tak makin berani la mereka2 ni. Pernah sekali, depan saya ada jumper nak masuk, jalan sempit tapi nak masuk juga, saya tak bagi, tapi dia berkeras juga, terpaksa lah saya berhenti sebab kalau tak mesti saya akan terlanggar belakang keretanya. Yang paling saya tak tahan, sampai di lampu isyarat berikutnya dia pula bagi another jumper pula masuk. "A jumper will create another jumper".
9) HANDPHONEr - bila ata
Friday, February 7, 2014
Menangislah.,
Menangis,
Ramai yang lihat ianya tanda lemah,
Tanda menyerah,
Tanda kalah,
Tanda pasrah,
Barangkali ada betulnya,
Tetapi ingat,
Menangis juga antara cara kita taubat,
Cara kita sucikan iman,
Cara kita lembutkan hati,
Kerna pada tangisan itu ada hikmah,
Menangislah,
Kerana Allah,
Kerna barangsiapa yang menangis kerna-Nya,
Dirinya diharamkan dari neraka kelak,
Saba Rasulullah s.a.w,
"Mereka yang menangis kerana takut pada Allah tidak akan masuk neraka, seperti air susu kembali ke dada, dan debu berterbangan saat pertempuran di jalan Allah tidak akan menyatu dengan api neraka."
Hadith riwayat at-Tirmidzi
Maka menangislah,
Itu tanda Allah kasih,
v(^-^|~_~|~_~|^-^)v
Subscribe to:
Posts (Atom)