Thursday, November 5, 2015

Ikhlaskan Hatimu


Kerja, kerja dan kerja,
Masalah, masalah dan masalah,
Duit, duit, dan duit,

Setiap hari,
Makin dikejar kebendaan,
Makin kita hanyut dalam dunia,
Sehinggakan terkadang kita lupa,
Dunia ini hanya sementara,
Dunia ini hanya hiburan yang melalaikan,
Walhal akhirat itu lebih penting,
Lebih panjang masanya,
Lebih berkekalan.

Namun jangan dilupa,
Dunia juga penting,
Sebab ianya kebun atau ladang untuk akhirat kita,
Tiada usaha, tiada amal,
Kosong sahaja,
Cuma perlu seimbang,
Hablumminallah (hubungan dengan Allah),
Dan,
Habluminannas (hubungan dengan manusia).

Jangan disempitkan ibadah khusus,
Seperti solat, sedekah, haji, puasa sahaja ibadah,
Kerna kerja juga ibadah.

Tapi bagaimana mahu jadikan kerja itu ibadah?

Satu, niatnya mesti betul,
Ikhlas kerana Allah, mulakan dengan salam dan basmalah (Bismillah),
Senyum jangan dilupa,
Jika diniat hanya utk dapat wang,
Maka wang sahaja yang kita peroleh,
Jika diniat kerana Allah, 
Segala dan setiap gerak geri,
Dapat pahala, berkat,
Juga masih dapat wang di akhirnya.

Dua, batasan pergaulannya mesti dijaga,
Yang lelaki jaga matamu, dan mulutmu,
Yang perempuan jaga maruahnya,
Jangan yang dirumah cakapnya kasar, berhias cuma sedikit,
Tapi di tempat kerja,
Berhiasnya melebih-lebih,
Wangiannya melebih-lebih,
Barang kemasnya bersinar-sinar,
Suaranya lembut mendayu-dayu manja,
Bersentuh bertepuk tampar,
Dengan si dia yang bukan muhrimnya.
Banyaknya dosa,
Tidak terkira.

Tiga, jaga mulut, dan telinga kita,
Setiap orang ada kelemahannya,
Ada buruk aibnya,
Tapi ada orang suka mencanang buruk orang,
Walau di tempat yang ramai orang,
Yang mungkin betul salahnya belum pasti,
Mungkin ya, mungkin fitnah,
Sehingga lupa, 
Diri sendiri juga banyak dosa,
Yang menabur, membaja mulutnya,
Dapat dosa,
Yang mendengar, sengaja atau tidak,
Dapat dosa,
Yang menyebar, terang atau sembunyi,
Juga dapat dosa.
Banyakkan istighfar,
Mohon Allah ampunkan segala dosa kita.


Firman Allah swt :

" Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagia daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik dengannya. (Oleh sebab itu,patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha mengasihani"

(Surah al Hujurat :12)



Nanti sambung lagi ya., (^-^)


Related Posts with Thumbnails