Sunday, May 18, 2008

Masalah.,

Masalah.,

Assalamu'laikum w.b.t.,
Dalam kita mengharungi liku-liku kehidupan,sudah pasti banyak perkara akan berlaku.Sebagai seorang insan yang biasa,kita tidak pernah akan terlepas dari perkara bernama MASALAH.Sedarlah,setiap hal yang berlaku itu bertujuan untuk menguji kita agar kita lebih bersedia di masa hadapan.Kita mungkin akan mengeluh kerana ditimpa masalah.Kadangkala,kita tidak tahu kepada siapa kita perlu mengadu,kepada siap kita perlu meminta pertolongan.Kita menyoalkan kenapa kita yang diuji,bukan kawan2 kita @ orang lain.Sedarlah,Allah sentiasa ada di sisimu.Anda tidak pernah keseorangan.Dalam surah al-Fatihah,ayat 5 yang bermaksud:

'Hanya kepada Engkaulah kami menyembah & hanya Engkaulah
kami memohon pertolongan'
(Al-Faatihah : 5)


Jadi,mohonlah pertolongan pada Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang।InsyaAllah,segala masalahmu akan selesai.Bersyukurlah sekiranya anda diuji.Ini kerana itu adalah salah satu tanda Allah mengasihimu.Sekiranya kamu merasakan beban itu terlalu berat untuk dipikul,ingatlah rakan2 disekeliling anda sebenarnya berkeinginan untuk menolongmu.Jika di waktu kita susah,merekalah penolongmu,mungkin di masa mereka susah pula,di situlah kita memainkan peranan kita sebagai seorang sahabat.,

No comments:

Related Posts with Thumbnails