Wednesday, February 18, 2009

Kuatlah sahabatku.,


Salamun 'alaikum.,
(selamat sejahtera atas dirimu)

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu, apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik baginya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya.,"

(Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a.)



Lama benar tidak menulis di ruangan ini. Alhamdulillah, akhirnya diberi kesempatan juga oleh-Nya untuk melepaskan hajat di dada. Sewaktu ini, masing-masing (terutama student batch 3rd year) memang tgh sibuk revise segala mcm nota. Maklumlah, exam dah tak lama dah.

Sekadar peringatan buat diri sendiri dan sahabat2 semua, moga kita tidak terlalai dari mencari redha-Nya disamping kita berlumba-lumba mengejar duniawi. Kejar, kejar jugak. Tapi, biar seimbang. Kalau untuk dunia yang fana (sementara) ini kita sanggup bertungkus-lumus, berpenat lelah, apatah lagi untuk dunia akhirat yang kekal abadi nanti. Ya tak? InsyaAllah, hidup lebih bermakna kalau kedua-duanya seimbang. Samalah macam kalau kita pelihara 2 ekor ikan. Takkan kita nak pilih kasih pula kan, sebab kita tahu kedua-duanya bermakna untuk kita. Kedua-duanya ada hak untuk diberi makan, hak untuk diberi perhatian, hak untuk dimanja (mcm mane nk manje2 ngan ikan ye? musykil2). Kalau lah ikan2 tue boleh berkata2, mesti tue salah satu dari apa yang dia akan tuntut dengan kita. Samalah halnya jika kita aplikasikan dengan kehidupan duniawi dan ukhrawi kita. Kita perlu bersikap adil dan bijaksana dalam memenuhi tuntutan keduanya, agar kita selamat bukan sahaja di dunia, tetapi juga di hari akhirat kelak. InsyaAllah.

Dan kalau kita dapat lihat, setiap yang hidup di muka bumi ini, tak kira yang senang ke, yang susah ke, yang sihat ataupun yang sakit, setiap daripada kita takkan terlepas dari ujian-Nya. Kita sering tertanya2, kenapa kita ini diuji. Agak2 nya kenapa ya? (sapa tau, angkat tgn. saya2). Emm... Allah pernah berfirman yang maksudnya lebih kurang "Tidak beriman lagi seseorang itu selagi belum diuji oleh Allah" (maaf, ana tak ingat ayat mane). Faham kan? Kita nak jadi org beriman kan? Jadi kita perlulah diuji terlebih dahulu. Senang kan konsep nya.

Kenapa Allah menguji hamba2-Nya? Salah satu sebabnya (selain menguji tahap keimanan hamba-Nya) ialah ianya menjadi cara bagaimana Allah yang Maha Rahim (Maha Penyayang) ini menunjukkan kasih sayang-Nya. Seringkali orang menganggap ujian Allah hanya dalam bentuk kesusahan semata-mata. Tetapi, jangan lupa kemudahan dan kesenangan itu juga satu bentuk ujian dari-Nya. Allah nak lihat bagaimana reaksi hamba2-Nya, tidak kiralah di dalam kesusahan mahupun kesenangan, adakah mereka semakin dekat ataupun semakin jauh dari-Nya (moga2 kita tidak termasuk dalam golongan yang ini).,

Jadi, macam hadis yang di atas tadi, sabda Rasulullah s.a.w. :
"Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu, apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik baginya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya.,"
(HR Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a.)


Sebagai seorang Muslim, sebaiknya dan seharusnya kita digalakkan bersyukur di atas rahmat-Nya dan bersabar andai menerima musibah dari-Nya. InsyaAllah, itu lebih baik bagi kita, di dalam jalan menuju menjadi seorang Mukmin yang lebih bertakwa. Rasulullah sendiri mempraktikkannya dalam kehidupannya. Buat pengetahuan sahabat semua, doa yang selalu dibaca baginda ketika ditimpa musibah begitu indah sekali. Setiap kali masalah tiba, Rasulullah akan berdoa pada-Nya yang Maha Esa, "Segala puji bagi Allah atas segala sesuatu". Betapa hebatnya dan mulianya Nabi kita kan? (ana uhibbuka Muhammad-saya sayang Muhammad).

Justeru, andai musibah datang menimpa kita, ana seru agar kita semua tidak putus berharap & berdoa pada-Nya. Kadangkala, puas sudah kita berdoa, tapi tak juga diperkenan hajat kita. Kita kena ingat, "Hanya kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan- AlFatihah:5" . Kalau benar kita mahu sesuatu dari kurniaan-Nya yang Maha Hebat, kita tidak akan berputus asa dalam sesuatu ataupun (dalam konteks ini, berdoa). Allah sangat suka bilamana seorang hamba-Nya merintih dan berdoa kepada-Nya.

Allah sendiri berfirman kepada Jibril "Wahai Jibril, janganlah setiap doa hamba-Ku kau bawa terus kepada-Ku. Sesungguhnya, Aku sangat suka mereka berdoa kepada-Ku".
Jadi, berterus2-terusanlah memohon pada-Nya. InsyaAllah, mudah2an diperkenankan. Dan andaikata apa yang dihajatkan tidak kesampaian, ingatlah bahawa Allah senantiasa mempunyai rancangan untukmu kelak. Bukan Dia tidak mahu menyenangkan hatimu, tetapi Dia lebih tahu apa yang lebih baik bagi diri kita.,



'All da best untuk semua. Strive to be a MUSLIM professional!!!'

Aizat Zainudin,
2.59AM 18 Feb 09,
'Sampaikanlah walau satu ayat'.,

No comments:

Related Posts with Thumbnails