Tuesday, March 10, 2009

Muhammad ya Rasulullah.,



Seringkali aku terfikir,
Bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi kita,
Tetap senyum bila dibenci,
Tetap tenang bila dimusuhi,
Tetap membantu walau disakiti,
Tetap menyeru walau diusir pergi,
Tetap mengingati walau ramai yang melupai,
Tetap mendoakan walau dicemuhi.

Kenapa?
Kenapa kita,
Mudah benci bila dikasari,
Mudah putus asa bila yang yang dilakukan tidak menjadi,
Mudah kecewa apabila orang lain tidak memahami,
Mudah terguris bila diri kita dinasihati.

Ayuh kita teruskan mujahadah,
Agar segala yang indah menghiasi diri,
Kerana qudwah kita dalah Rasulullah,
Kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki.

Bangunlah wahai ummat Nabi,
Berusahalah sepenuh daya, seikhlas hati,
Moga dikau kan dirahmati Illahi.,

”Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Al-Imran ayat 139)


”Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.” -(At-Taubah ayat 129)


Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Sama2lah kita renunginya.,

>> Kembara Mencari Muhammad s.a.w.<<
Aizat Zainudin,
10.09am, 10 Mac 09,
‘Sampaikan walau satu ayat’
>>aizatzainudin103.blogspot.com<<

No comments:

Related Posts with Thumbnails