Friday, June 12, 2009

Tsunami : Dayah Daruzzahidin.,

Dayah ini menempatkan sentriawan&sentriawati (pelajar2), dari pelbagai daerah di Indonesia, termasuk juga anak2 korban Tsunami dulu. Pada awalnya, anak2 cuma belajar dan tidur di dalam khemah. Sedih dan sayu bila difikir2kan. Sekarang alhamdulillah, lebih baik berbanding dahulu. Namun, masih banyak bantuan yang diperlukan. Setakat yg membantu di sini, Tun Daim Zainuddin, MERCY, Petronas dan student UIAM.,

Adik Yusuf yang semangat mencuci/memberus giginya, dengan teknik yg betul. hehe. Adik ini ada suara sedap bila baca al-Quran. Sempat beberapa ayat diperdengarkan kepada kami (Bila ingat adik yg bernama Yusuf ini, teringat pada seseorang yang amat ku rindui).,

"Haa, macam nie. Ini teknik ke-3. Gosok3. Lepas itu, ganti", ujarku sambil memperagakan demo cuci tangan yang betul. Semangat adik2 ini bila ada aktivitas2 macam ini. Moga2 diamalkan. insyaAllah.,

Ustaz Rosdian (berbaju kelabu, berkopiah putih), penyeri kembara kami ke Acheh. Semua tergelak bila disampingnya. Termasuklah Ibu Azizah, Abg Eri, dan juga peragawati Air Asia. Tak tahan gelak dibuatnya. Ustaz, ustaz. Sampai penat kami semua gelak.,

Kenangan sebelum meninggalkan Dayah Daruzzahidin. (p/s : Alip, bakpo tangan mu gitu? Mu nak kami wat gapo? Pikir yob. Hehe).,

*Moga sedikit sebanyak usaha yang kami curahkan di sini memberi manfaat kepada anak-anak ini. Moga usaha kami mendapat berkat dan redha dari-Nya. insyaAllah. Mudah-mudahan.,

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud:
"Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(al-Baqarah: 220)

Aizat Zainudin
12 Jun 2009, 0725
>>(^-^)<<



Monday, June 8, 2009

Tsunami : Kapal Apung.,


Kapal ini terdampar berkilo2meter dari pantai. Dikatakan, banyak yang
menjadi korban dek kerana dihimpap oleh kapal besar ini.
Banyak juga rumah2 yang hancur akibat kapal ini. MasyaAllah.
Kalau difikir2kan, memang tidak masuk akal kapal sebesar dan seberat ini
terdampar ke atas daratan begitu sahaja, tapi inilah kuasa Allah.
Apa sahaja bagi-Nya tidak mustahil.
Sesungguhnya atas segala sesuatu ada pengajaran bagi mereka yang berfikir.,

Taman peringatan Tsunami, bersebelahan kapal tadi. Cantik.,

Bergambar session.,

Subhanallah, cantik sungguh permandangan dari atas kapal nie.,

Nie muka orang2 yang baru 1st tym naek kapal., (^-^)

Yang lain menikmati pemandangan, tapi Ustazah Amira semacam sedang merenung masa depan kan?.,

Masterpiece terakhir dari sahabatku.,
(p/s:MakasiH).,

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan"
(Al-Anbiya': 35)

Aizat Zainudin,
08 Jun 2009, 0947
>(^-^)<




Friday, June 5, 2009

'Kaaba' di New York?.,




In the business area of MID TOWN MAN HATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH This bar will be used for supply of VINE and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Government of USA to not open this BAR.

Sama-sama kita doakan agar usaha saudara kita di sana berjaya.
Mudah-mudahan agenda mereka yang jahat ini akan gagal.
ALLAHUAKBAR!!!

(p/s: Isu ini mula dibangkitkan pada 20 Mei 2006. Mungkin sudah lama, tapi mungkin masih ramai yang belum mengetahuinya lagi, termasuklah diri saya sendiri. Sama-samalah supaya kita lebih alert mengenai isu-isu semasa, terutama yang menyentuh mengenai ISLAM).,

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga orang-orang Islam memerangi dan
membunuh orang-orang Yahudi"
(Hadith Riwayat Muslim)

"They plan but Allah(SWT) also plans and Allah(SWT) is the best of planners"





Tahniah buat Rusdi & Zubaidah.,


Sahabatku Rusdi bersama zaujahnya, Zubaidah
(Moga berbahagia hingga ke akhirnya ya. InsyaAllah, mudah2an)
(Sedi nie cool je memanjang, even nak nikah pun macam tue)

Kembara kami bersambung lagi, selepas Acheh, ke Tanah Merah pula
(Dibarisi oleh Aizat, Azizi, Ali, Aliff, Dalilah, Aminah, Kak Pah, Zaleha, Munirah)
(Zaimah udah pulang, jadi kami ber-9 aja)
(Tak puas hati sebab yang laen dapat makan mee kt rumah Dr Zaharah. Lapar mee. Huhu)

>>Seronok dapat jalan2<<
>>(^-^)<<



Related Posts with Thumbnails