Friday, June 12, 2009

Tsunami : Dayah Daruzzahidin.,

Dayah ini menempatkan sentriawan&sentriawati (pelajar2), dari pelbagai daerah di Indonesia, termasuk juga anak2 korban Tsunami dulu. Pada awalnya, anak2 cuma belajar dan tidur di dalam khemah. Sedih dan sayu bila difikir2kan. Sekarang alhamdulillah, lebih baik berbanding dahulu. Namun, masih banyak bantuan yang diperlukan. Setakat yg membantu di sini, Tun Daim Zainuddin, MERCY, Petronas dan student UIAM.,

Adik Yusuf yang semangat mencuci/memberus giginya, dengan teknik yg betul. hehe. Adik ini ada suara sedap bila baca al-Quran. Sempat beberapa ayat diperdengarkan kepada kami (Bila ingat adik yg bernama Yusuf ini, teringat pada seseorang yang amat ku rindui).,

"Haa, macam nie. Ini teknik ke-3. Gosok3. Lepas itu, ganti", ujarku sambil memperagakan demo cuci tangan yang betul. Semangat adik2 ini bila ada aktivitas2 macam ini. Moga2 diamalkan. insyaAllah.,

Ustaz Rosdian (berbaju kelabu, berkopiah putih), penyeri kembara kami ke Acheh. Semua tergelak bila disampingnya. Termasuklah Ibu Azizah, Abg Eri, dan juga peragawati Air Asia. Tak tahan gelak dibuatnya. Ustaz, ustaz. Sampai penat kami semua gelak.,

Kenangan sebelum meninggalkan Dayah Daruzzahidin. (p/s : Alip, bakpo tangan mu gitu? Mu nak kami wat gapo? Pikir yob. Hehe).,

*Moga sedikit sebanyak usaha yang kami curahkan di sini memberi manfaat kepada anak-anak ini. Moga usaha kami mendapat berkat dan redha dari-Nya. insyaAllah. Mudah-mudahan.,

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud:
"Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(al-Baqarah: 220)

Aizat Zainudin
12 Jun 2009, 0725
>>(^-^)<<



No comments:

Related Posts with Thumbnails