Monday, August 15, 2011

Perihal Tarawikh.,



Perihal tarawikh.,

d
Seusai solat isya,
Pasti ramai yang terfikir-fikir,
Nak tarawikh ke mana ya selepas ini?,
Mahu masjid yang 20 atau 8 sahaja,
Kalau 20 alhamdulillah, tapi 8 pun tak mengapa,
Dicari lagi sudah yang 8,
Imam masjid mana yang lagi cepat,
Masjid mana yang ada banyak morehnya,
Lagi selesa seboleh mungkin,
Lengkap aircondnya,
Kalau tak pun, duduk bawah kipas pun jadilah,
Apapun pilihan anda,
Moga ianya bertujuan agar ibadah anda semua itu,
Jadi lebih tenang dan khusyuk,
Kalau dah ada kekuatan,
Mungkin boleh tambah lagi 12,
Lagi-lagi di 10 hari terakhir Ramadhan kan?,
Ianya lagi baik dari segelintir mereka,
Yang melepak, merempit, membuang masa,
Seolah-olah ter'lupa' nak bertarawikh,
'Tak tahu' ada tarawikh di malam Ramadhan,
Ramadhan itu cuma sebulan,
Tahun depan tak tentu jumpa lagi,
Jom bersemangat untuk tarawikh.,

v(^-^l^-^)v




No comments:

Related Posts with Thumbnails