Monday, January 30, 2012

Cinta Dulu dan Cinta Kini.,



Assalamu'alaikum warahmatullah.,

Rindu rasanya tatkala menatap blog ini setelah sekian lamanya. Sedar tak sedar, rupanya hampir 4 bulan saya tidak menulis di blog kesayangan saya ini. Lama sungguh. Barangkali disebabkan kesuntukan masa dek dihimpit dengan tugasan kerja. Lama tidak berkongsi cerita, lama juga tidak saling mengingati antara kita. Alhamdulillah, ada sedikit kesempatan di sore ini untuk menulis sedikit di dalam blog ini.

Tidak tahu mengapa, teringat detik2 di saat masih bujang dulu. Ketika masih mengaji di USM. Bermula dari tahun kedua pegajian, saya sudah mula mempertimbangkan tentang arah masa depanku Terutama dalam hal jodohku. Ku tahu, kelak pasti kan mencabar buat diriku untuk menemukan si dia, memandangkan dari dulu lagi diriku sering dikaitkan dengan perempuan. Almaklumlah, dunia kini lagi banyak perempuan dari lelakinya, jadi pasti kita dari kaum Adam yang ada sedikit ini akan dan perlu ada komunikasi dengan si Hawa dalam setiap hal, dalam setiap urusan. Maka akan terbitlah juga kemungkinan akan timbul fitnah-fitnah nanti.

Maka saya fikir salah satu jalan terbaik di saat itu, saya fikir saya perlu mula serius dalam hal ini. Calon perlu dicari, juga perlu diteliti. Tetapi bukan di pihak sana sahaja yang perlu diselidik, paling penting diri sendiri yang perlu diperbaik, kerna kitalah nanti yang akan menjadi pengemudi nahkoda rumahtangga Baitulmuslim nanti. Mungkin orang akan fikir, awal lagi untuk mula serius dalam hal ini. tapi bagi diriku, apa salahnya. Yang diimpi, sesuatu yang halal, suatu sunnah Rasululullah, dan Allah juga suka dan redha terhadap perhubungan pernikahan itu.

Mula dari saat itu, seusai setiap solat fardhu harian, ku cuba melazimi dengan menyelitkan bait-bait do'a ini dalam do'a sesudah solatku.

"Ya Allah, jika dia adalah untuk diriku, maka Engkau rapatkan hatinya dengan hatiku, Engkau kuatkanlah perasaanku untuk terus berpegang pada dirinya. Dan andai sebaliknya yang Engkau takdirkan antara aku dan dia, maka damaikanlah antara hati-hati kami berdua. Ameen."

Alhamdulillah, hatiku berasa tenang setiap kali melafazkan bait do'a ini. Usaha diri memang perlu, tetapi pabila diiringi dengan pergantungan dengan Allah, segalanya tampak lebih yakin. Kini, alhamdulillah, syukur sangat pada Allah yang telah menganugerahkan seorang insan solehah untuk berada di sampingku setiap masa, menjadi pelengkap kepada sebahagian dari imanku. Ku berharap moga ini permulaan kepada kehidupan yang lebih bahagia, dan senantiasa berada dalam rahmat-Nya. Moga baitulmuslim kami kekal selamanya, tidak hanya di dunia sahaja, insyaAllah ke bersama ke syurga kelak. Mudah-mudahan, Allah permudahkan segalanya.

InsyaAllah, ku azamkan untuk lazimi do'a ini pula selepas ini.

‎"Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi. Ameen."


Pesanan terakhir, sama-sama kita ikhlaskan diri kita dalam segala hal semata-mata kerana Allah.

"Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.'
(Surah al-An'am ayat 162)


v(^-^l^-^)v
Aizat Zainudin & Jazimah Ramli
~Bercinta Kerana Allah~


2 comments:

Unknown said...

semoga berbahagia..all the best..update blog supaya mengingatkan kita2 dan yang lain-lain..

Unknown said...

Icy frost: like!!!

Related Posts with Thumbnails