Wednesday, April 29, 2009

Sutrah dalam Solat.,


Sutrah dalam Solat




Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang bersolat itu mengetahui apa jenis dosanya, nescaya untuk BERHENTI selama 40 TAHUN adalah lebih baik baginya dari meneruskan lalu di hadapan orang solat ini.” Berkata perawi : “Aku tidak pasti sama ada Nabi menyebut 40 hari atau bulan atau tahun.” (Hadith Riwayat al-Bukhari)


Sutrah : Antara Hikmah dan Falsafah

- Sutrah adalah suatu objek yang dijadikan sebagai sempadan kawasan solat, dan diletakkan dihadapan arah qiblat seperti tongkat, sapu tangan, sejadah, kunci, langsir, kipas, tiang, garisan dan sebagainya.

- Bertujuan untuk MEMUSATKAN FIKIRAN orang yang sedang solat, memBERI TANDA orang itu sedang solat, tanpa diGANGGU orang yang lalu-lalang.

- Jarak antara kaki-sutrah adlah kira-kira 3 HASTA (siku sampai hujung jari tengah), termasuk ruang untuk sujud.

- Disyariatkan untuk solat berjemaah, solat sendirian, solat fardhu, mahupun solat sunat.

- Dalam solat berjemaah, sutrah adalah di HADAPAN IMAM. Sutrah makmum mengikut sutrah imam, maka dibolehkan melintasi makmum apabila ada keperluan (contohnya batal wudhuk).

- Para ulama bersepakat bahawa meletakkan sutrah (penghadang/sempadan di hadapan ketika solat) adalah SUNAT. Namun jika dilihat kepada tujuan meletakkan sutrah, ternyata ianya suatu bentuk perkara SUNAT YANG DITUNTUT.


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

Apabila seseorang daripada kamu ingin bersolat, hendaklah ia meletakkan dihadapannya sesuatu. Sekiranya tiada, letaklah tongkat. Sekiranya tiada, buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudharat sesiapa yang lalu di hadapannya.” (Hadith Riwayat at-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibn Hibban)


Apa tindakan anda seterusnya?

- Jangan lupa letak sutrah bila solat. Kalau tiada sebarang objek untuk dijadikan sutrah, bolehlah solat (terutama solat sunat) di sebalik langsir, tiang, kipas dan sebagainya.

- Sebarkan ilmu ini kepada sahabat yang lain, agar dapat dimanfaatkan bersama.

- Kalau ada sahabat kita yang bersolat tanpa sutrah, cuba elakkan diri dari terlintas di hadapannya. Kalau perlu juga melintas di hadapannya, letakkanlah sesuatu (seperti sejadah) dihadapannya terlebih dahulu sebelum melintasinya.

- Pada permulaannya, mungkin agak sukar untuk mempraktikkannya. Tetapi, insyaAllah dengan usaha yang berterusan, kita dapat melaziminya dengan mudah pada masa hadapan.

- Akhir kata, jom beramal !!!.,

Aizat Zainudin,

2307, 29 April 2009,

>>aizatzainudin103.blogspot.com<<

>>SOLUSI Isu 4<<


Wednesday, April 22, 2009

All The Best Untuk Abang dan Kakak Semua!!!




All The Best Untuk Abang dan Kakak Semua!!!

Keputusan awal exam Professional 3 baru sahaja keluar. 5 orang yang bertuah berjaya menjadi calon viva distinction, manakala 13 orang lagi kurang bernasib baik bila diumumkan sebagai calon viva borderline. Test viva mereka akan bermula pagi ini, 22hb April 09. Kita sama-sama doakan kejayaan mereka semua. Untuk abang-abang dan kakak-kakak final year MEDDEN, sama ada yang termasuk sebagai calon viva atau tidak, moga semuanya berjaya dengan cemerlang ('flying colours ok'). Semoga semuanya berjaya di masa ini dan masa hadapan. Towards a GOOD MUSLIM PROFESSIONAL in the future. InsyaAllah, dengan izin-Nya.,



Tuesday, April 21, 2009

MENCINTAI @ DICINTAI???.,


MENCINTAI @ DICINTAI?.,

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan bagimu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa TENTERAM kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa KASIH SAYANG. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Ar-Rum 30 : 21)

Siapa saja di dunia ini yang tidak mahu dirinya dicintai dan pada masa yang sama mencintai seseorang yang lain. Lumrah manusia yang mahukan dan inginkan kasih sayang. Kata orang, itu 'sense of belongings'. Ingat lagi tika berbicara mengenai isu ini ketika di matrikulasi dulu bersama teman-teman.,

Rezeki, jodoh dan pertemuan segalanya terletak pada ketentuan-Nya. Yang pasti, dua manusia yang berlainan tidak akan memperoleh nikmat Tuhan yang sama. Adakala, kita beruntung kerana setiap ruang hidup kita dilimpahi dengan nikmat-Nya. Kita bersyukur akannya dan kemudian ditambah lagi kenikmatan-Nya. Adakalanya juga, kita tidak begitu bernasib baik bilamana kita hanya berpeluang merasai sedikit sahaja nikmat-Nya. Kita begitu berharap, namun apa daya kita. Mungkin itulah jalan yang terbaik dalam hidup kita yang telah ditentukan-Nya (seringkali aku lupa akan perihal ini).,

Menjangkau usia 20-an memang amat mencabar, kalau hendak dibandingkan dengan zaman persekolahan dulu. Banyak perkara baru yang perlu dipelajari, banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi.,

Begitu juga jadinya pada perasaan yang dinamakan CINTA ini. Bukankah bilamana kita jatuh cinta, makan lebih enak, tidur lebih nyenyak, bibirnya senyum terus, jalan pun semacam tidak jejak tanah, seperti terbang melayang. Sungguh indah dan bahagia rasanya. Ada insan yang beruntung kerana punya insan untuk dicintai dan juga mencintai dirinya pada masa yang sama. Ada juga sebilangan daripada kita tidak berpeluang untuk merasai yang demikian. Ada yang hidupnya hanya berasa dicintai orang, tidak kurang juga pada mereka yang hanya mampu untuk mencintai tetapi tidak dicintai. Apa helah kita, semua ini ketentuan-Nya. Mungkin itulah yang terbaik untuk kita.,

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya :

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Al-Baqarah : 216)

Fitrah manusia yang senantisa inginkan lebih dari yang ada. Diberi betis, mahukan peha pula. Kita sering meminta-minta yang tiada, sedangkan apa yang kita ada tidak dimaanfaatkan sepenuhnya, apatahlagi disyukuri. Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang. Apa saja yang Allah beri, baik ataupun buruk, kita terima seadanya. Kerna apa, kita sering meminta apa yang kita MAHU, tetapi kita seringkali alpa Allah lebih tahu apa yang kita PERLU. Sedangkan kebiasaannya yang kita MAHU itu selalunya kita suka, dan yang kita PERLU itu kita tidak menyukainya.,

Ada di antara kita di dunia ini, yang hanya ditakdirkan hanya untuk mencintai, tetapi bukan dicintai. Walaupun sedar hanya itu semampunya, dia terus setia kepadanya. Dia tahu di penghujungnya mungkin barangkali bukan itu takdirnya, namun hari demi hari dia terus berdoa pada-Nya agar
diperkenankan hajat yang tersemai sejak sekian lama di hatinya. Kalau memang apa yang dihajatinya sudah tertulis dalam Lauh Mahfuz, insyaAllah kebahagiaan bakal menjadi miliknya. Namun, andai yang sebaliknya yang terjadi, apa daya kita untuk menolak atau mengubahnya kerna itu sudah menjadi ketentuan-Nya. Bukankah Allah itu lebih mengetahui.,

Mungkin dalam hidup ini kita tidak akan terus dapat apa yang kita PERLU. Mungkin Allah datangkan seseorang yang salah dahulu untuk kita. Hanya untuk menguji sambil mentarbiyah/melatih hamba-Nya supaya lebih cekal dalam kehidupan yang mendatang. Hatinya kecewa bila menyedari apa yang dihajati tidak kesampaian. Namun, dipujuk juga hati untuk menerima kenyataan ini dan terus tabah. Dipohon pada Yang Esa, moga dipertemukan dengan pilihan-Nya kelak.,

Apa yang pasti, setiap seorang dari kita mempunyai jodohnya masing-masing. Sama ada kita menemuinya dahulu ataupun sebaliknya. Mungkin jodoh kita cepat, tapi mungkin juga lewat hadirnya. Jodoh kita dapat diibaratkan sebagaimana seseorang yang mahu melintasi sebuah jambatan. Ada orang cepat sungguh menyeberang kerna dia berlari, ada pula yang lambat kerna dia hanya berjalan. Ada orang seberangannya cukup mudah, ada pula yang terpaksa mengharung onak duri. Ada yang mencari jalannya, namun ada juga yang hanya menanti. Kita pasti dapat menyeberangnya melainkan maut dahulu menjemput kita, tanda Allah lebih cinta pada kita.,

Apa jua perjalanan cinta anda, pasti ada manis dan pahitnya. Apa yang kita perlu lakukan, teruskan berharap untuk yang terbaik. Kerna kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi esok hari andai kita menyerah di hari ini. Oleh itu, sentiasalah BERSANGKA BAIK kepada Allah. Walaupun apa yang diimpi tidak kesampaian, percayalah Allah adalah sebaik-baik perencana. Tentu perancangan-Nya lebih sempurna. Jika kita bersangka baik pada-Nya, insyaAllah itulah juga sangkaan-Nya buat diri kita. Firman Allah s.w.t, maksudnya :
“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini.”
(Hadis Qudsi)

Firman Allah s.w.t. lagi, yang bermaksud :

"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BAIK adalah untuk LELAKI-LELAKI YANG BAIK, dan LELAKI-LELAKI YANG BAIK untuk PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BAIK. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(An-Nur 24 : 26)

'If you want to establish a long-term relationship, make sure you do it with someone that is REALLY NICE'. Siapa yang tidak mahu mempunyai seorang teman hidup yang 'REALLY NICE' kan? Semua insan pasti mahukan begitu. Mahukan seseorang yang baik untuk berkongsi hidup dengannya. Kalau mahu yang baik, diri juga mesti mahu baik. Tidak kira dari segi luaran mahupun dalaman. Firman Allah s.w.t. seperti di atas sudah membuktikan seseorang yang BAIK pasti hidupnya akan ditakdirkan dengan seseorang yang BAIK juga, dan begitulah juga sebaliknya. Jika karat-karat jahiliyyah masih bertapak di dalam diri, sama-sama kita berusaha untuk perbaikinya. Semoga kita akan sentiasa berusaha untuk menjadi LEBIH BAIK di masa hadapan. Kalau diri sudah baik, sudah pasti 'si dia' juga orang yang baik-baik. Yakinlah, janji Allah itu PASTI !!!.,

Aizat bin Zainudin,
2351, 21 April 2009.
>>aizatzainudin103.blogspot.com<<



Saturday, April 18, 2009

Hawa NAFSU vs hawa IMAN.,

Anda ikut hawa NAFSU atau hawa IMAN?

Dalam diri ini, sering ada perebutan di antara 2 kuasa besar,
NAFSU dan juga IMAN.
Adakala NAFSU menang, dan adakala IMAN berjaya mengatasinya.
Penentu mana satu yang menguasai diri adalah
DIRI KITA SENDIRI.
Jika kemahuan/iradat itu disandar pada NAFSU semata, jadilah kita manusia yang bergelumang dengan dosa dan kejahatan.
Tetapi, jika ianya disandar atas IMAN, insyaAllah kita akan menjadi insan yag MULIA, sentiasa beramal dengan kebajikan semata-mata untuk mengejar redha-Nya.
Sama-sama kita muhasabah diri.
Mudah-mudahan kita beramal yang ma'ruf,
dan menjauhi yang mungkar,
dan bukan yang sebaliknya.
Nauzubillah.,

Firman Allah s.w.t. maksudnya:
"Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh KEBAHAGIAAN yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang SEBAIK-BAIKnya."
(Ar-Ra'd 13 : 29)

Aizat bin Zainudin,
12.51pm, 18hb Mei 2009,
>>aizatzainudin103.blogspot.com<<
~Sampaikan walau satu ayat~



Warna Warna Cinta.,


Warna Warna Cinta
Munsyid : Brothers

Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata
Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Uuuuu..... selepas gerimis

song : Syah Mohamed (Hush Entertainment) & Firdaus Mahmud (Arietta Publishing)
lyrics : Syah Mohamed (Hush Entertainment)

Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar


Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar


Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.


Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu


Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti,

“Hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang Berjaya.” (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita

Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah/kesan kepada usaha kita. Tetapi Dia melihat kepada usaha kita. Pendek kata, Dia tidak bertanya sudah berapa banyak manusia yang kita telah ajak kepada kebaikan ataupun berapa banyak manusia yang telah berubah kerananya, Dia cuma mahu tahu apakah yang kita telah lakukan demi menyeru manusia ke arah amal ma’ruf dan nahi munkar. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar. Renung-renungkanlah.

sumber :http://jarumemas.blogspot.com

Friday, April 10, 2009

HALAL HARAM dalam kehidupan.,


HALAL HARAM dalam kehidupan

Dalam menyelusuri kehidupan kita sehari-hari, pasti dan pasti kita tidak akan terlepas dari isu HALAH dan HARAM. Seringkali, yang HALAL itu dikotori dengan yang HARAM. Ingatlah, setiap yang HALAL tidak memerlukan yang HARAM. Allah tidak akan sesekali menyempitkan hamba2-Nya sehinggakan memaksa mereka melakukan sesuatu yang haram @ mungkar MELAINKAN padanya diberi suatu jalan@ suatu ganti untuk menghadapi sesuatu keadaan. Ibnul Qayyim menyebut dalam A’lamul Muwaqqi’in 2: 111 & Raudhatul Muhibbin halaman 10 :


‘Islam tidak mengharamkan sesuatu kecuali di situ memberikan sesuatu ganti (way out) yang lebih baik guna mengatasi kebutuhannya itu’


Kita lihat saja, riba diganti dengan perdagangan yang membawa untung, sutera (untuk lelaki) diganti dengan kain lain, zina&liwat diganti dengan perkahwinan, makanan&minuman haram diganti dengan yang halal dan baik2, dan bermacam2 lagi.


Adakah kita terlampau lemah sehinggakan perlu ‘meminta2’ pada manusia. Kita orang Islam adalah sebaik2 ummat yang tercipta, dan ‘ORANG ISLAM MESTI KUAT!!!’. Allah berfirman dalam surah al-Fatihah ayat 5 :


‘Hanya kepada Engkau kami menyembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon PERTOLONGAN’

(Al-Fatihah : 5)


Kita sepatutnya minta tolong pada Allah, dan bukan manusia. Kerana apa? Manusia itu lemah dan tidak berkuasa, sedangkan Allah Maha Berkuasa, mampu memberi manfaat dan menurunkan mudharat. Sebagai seorang Muslim, kita diamanahkan dan dipertanggunggjawabkan sebagai seorang KHALIFAH di muka bumi ini. Sepatutnya kita menunjukkan contoh yang baik dan keperibadian yang mulia, sebagai lambang seorang yang menganut agama MULIA. Mungkin kita ingat kita cukup hebat, tetapi betulkah kita betul2 hebat? Atau kita cuma hebat sekadar nampak di luaran sahaja. Padahal, dalamannya cukup menyedihkan. Ingatlah, sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kita nyatakan & apa yang kita sembunyikan.


Hidup ini sememangnya cukup senang. Lagi pula kita sebagai seorang Muslim, di mana ada yang ISLAM yang memandu jalan hidup kita. Tetapi, ini semua cuma dapat dicapai jika segala perlakuan kita masih dibatasi dengan syariat-Nya.


Sememangnya seperti kita sedia maklum, Islam menyuruh kepada yang HALAL, dan sama sekali mencegah dari yang HARAM. HALAL akan tetap terus menjadi HALAL, dan HARAM akan terus kekal menjadi HARAM. MengHALALkan yang HARAM @ mengHARAMkan yang HALAL hukumnya sama dengan dosa syirik, iaitu sebesar2 dosa. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadith Qudsinya, firman Allah s.w.t:


‘Aku ciptakan hamba-hambaKu ini dengan sikap yang lurus, tetapi kemudian datanglah syaitan kepada mereka. Syaitan ini kemudiannya membelokkan mereka dari agamanya, dan mengharamkan atas mereka sesuatu yang Aku halalkan kepada mereka, serta mempengaruhi mereka mahu menyekutukan Aku dengan sesuatu yang Aku tidak turunkan keterangan padanya.’

(Hadith riwayat Muslim)


Hadith pertama dalam hadith 40 yang sering kita dengar, sabda Nabi :

‘Sesungguhnya setiap amalan itu harus disertai dengan niat (iaitu ikhlas kerana Allah), dan setiap orang dinilai menurut niatnya.’

(Hadith riwayat Bukhari)


Islam sememangnya menghargai setiap satu hal yang dapat mendorong untuk berbuat baik, tujuan yang mulia dan niat yang bagus. Sebaiknya, setiap yang baik perlu dijauhkan dari yang HARAM.Walau sebaik manapun niat kita, tidak semestinya jalan yang ‘kurang elok’ yang mesti menjadi pilihan kita. Kita sedar dan sudah tersedia maklum, syaitan memang musuh yang nyata bagi orang Islam, yang senantiasa berkehendak untuk menyesatkan manusia, agar dapat menemani mereka ke neraka kelak. Kita tahu, tetapi, buat2 seakan2 tidak tahu. Bila yang HALAL dipinggir, dan yang HARAM menjadi pilihan, itu bermakna kita sudah tunduk pada syaitan dan kalah pada godaannya. Syaitan memang gemar melakukan tipu daya, tetapi ingatlah ALLAH sebaik2 pembalas tipu daya.Bukankah lebih baik dan molek, kalau semua yang baik itu terus bersandar pada yang HALAL. Bukankan impaknya dan manfaatnya lebih besar kelak? Dalam diri manusia memang ada dua bahagian, yang baik dan yang jahat. Keduanya sentiasa bersaing. Jika IMAN di dada lebih mantap, sudah pasti yang BAIK meliputi diri. Tetapi jikalau NAFSU lebih kuat, pasti yang JAHAT tidak lekang dari diri.


Pilih satu antara dua. Adakah kita mahu redha manusia, tetapi dalam masa yang sama DIMURKAI Allah @ kita dibenci manusia semata2 kita cuba mendapatkan redha-Nya. Harap2, pilihan kita adalah yang kedua. Kejayaan sebenarnya adalah kejayaan di akhirat kelak, iaitu mendapat balasan SYURGA yang hakiki. Kejayaan dunia cuma sementara. Sebolehnya kita mahukan kejayaan pada keduanya, dan itu lebih baik. Tetapi, kalau hal ini terus diremeh-temehkan, mungkin kita dapat memgecap kejayaan di dunia, tetapi di akhirat kelak, siapa tahu kan? Percayalah, kejayaan dengan usaha sepenuh hati dan tanpa dicemari dengan hal2 yang HARAM akan membuahkan kejayaan yang lebih manis kelak. Kalau kita menipu, kemudian kita berjaya, di mana kenikmatannya? Saya lebih kagum pada orang yang walaupun kurang bernasib baik ( tidak berjaya), tetapi dia bekerja keras untuk mencapai impiannya. Cubalah kita bayangkan kita sebagai pensyarah @ ibubapa yang mendidik kita. Tidakkah hati dan harapan mereka berkecai sekiranya mengetaui hal yang sebenarnya? Mungkin kita dapat menyembunyikannya, tetapi ingatlah, ALLAH MAHA MENGETAHUI. Sama2lah kita mohon ampunan-Nya. Moga Allah mengampunkan dosa kita semua.


Saya juga mohon maaf andai entri ini menyakitkan hati kalian. Rasa terpanggil untuk tampil memberi penjelasan kerana tidak tahan sudah dengan realiti yang menjelikkan ini. Saya tidak berniat mahu mengaibkan sesiapa. Niat di hati cuma mahu membersihkan apa yang kurang elok dan mahukan kebaikan pada diri kita semua. Ada masa kita betul, dan ada masa kita silap. Itulah manusia. Bersama kita perbaiki kelemahan yang ada pada diri.Mudah2an Allah membantu kita di masa hadapan.


Cuba lihat pandangan mimi dan hidayah (calon viva vocee Pro3 exam untuk pelajar Muslim). Keduanya menentang soklan2 spot. Salah seorang bila disua dengan soklan2 spot2 ini, responnya “Soklan pe nie? Taknaklah. Tak berkat nanti.” Begitulah lebih kurang.


Apapun, moga Allah mengurniakan sedikit rahmat-Nya pada semua, terutama pada student MEDDEN year 3. Mudah2an kesemuanya berjaya di dalam Pro2 yang lepas, dengan cara yang HALAL lagi BAIK seterusnya dapat memasuki tahun 4 demi mengejar cita2 menjadi seorang PROFESIONAL MUSLIM yang BAIK. Moga kejayaan mahupun kegagalan yang diberi diterima seadanya, kerana itu adalah pemberian dari-Nya. There must be a reason for everything. Do not give up. Allah will always be with us. All da best then. Wallahu’alam. Sekian dari saya.,


Aizat bin Zainudin,

0225, 10 April 2009,

>>aizatzainudin103.blogspot.com<<




Friday, April 3, 2009

BILAKAH DOAKU AKAN DIMAKBULKAN?

BILAKAH DOAKU AKAN DIMAKBULKAN?

Apabila Allah CEPAT memakbulkan doamu, maka Dia MENYAYANGImu.,

Firman Allah, maksudnya : “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka) : Sesungguhnya Aku sentiasa hamper (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyambut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul. ”
(Al-Baqarah : 186)

Apabila Dia LAMBAT memakbulkan doamu, Dia ingin MENGUJImu.,

Menurut al-Khatabi : “Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya dari kecelakaan, atau menggantinya dengan pahala.”

Apabila Dia TIDAK memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang LEBIH BAIK untukmu.,

Firman Allah, maksudnya : “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Al-Baqarah : 216)

Oleh itu, sentiasalah BERSANGKA BAIK kepada Allah.,

Firman Allah s.w.t, maksudnya : “Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini.” (Hadis Qudsi)


Yakinlah dengan firman Allah, maksudnya :
“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”
(Al-Insyirah : 6)


“Kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi pada esok hari
andai kita menyerah diri di hari ini”

>>Together we strive to be a good MUSLIM professionals<< >>aizatzainudin103.blogspot.com<<



Related Posts with Thumbnails