Wednesday, April 29, 2009

Sutrah dalam Solat.,


Sutrah dalam Solat




Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang bersolat itu mengetahui apa jenis dosanya, nescaya untuk BERHENTI selama 40 TAHUN adalah lebih baik baginya dari meneruskan lalu di hadapan orang solat ini.” Berkata perawi : “Aku tidak pasti sama ada Nabi menyebut 40 hari atau bulan atau tahun.” (Hadith Riwayat al-Bukhari)


Sutrah : Antara Hikmah dan Falsafah

- Sutrah adalah suatu objek yang dijadikan sebagai sempadan kawasan solat, dan diletakkan dihadapan arah qiblat seperti tongkat, sapu tangan, sejadah, kunci, langsir, kipas, tiang, garisan dan sebagainya.

- Bertujuan untuk MEMUSATKAN FIKIRAN orang yang sedang solat, memBERI TANDA orang itu sedang solat, tanpa diGANGGU orang yang lalu-lalang.

- Jarak antara kaki-sutrah adlah kira-kira 3 HASTA (siku sampai hujung jari tengah), termasuk ruang untuk sujud.

- Disyariatkan untuk solat berjemaah, solat sendirian, solat fardhu, mahupun solat sunat.

- Dalam solat berjemaah, sutrah adalah di HADAPAN IMAM. Sutrah makmum mengikut sutrah imam, maka dibolehkan melintasi makmum apabila ada keperluan (contohnya batal wudhuk).

- Para ulama bersepakat bahawa meletakkan sutrah (penghadang/sempadan di hadapan ketika solat) adalah SUNAT. Namun jika dilihat kepada tujuan meletakkan sutrah, ternyata ianya suatu bentuk perkara SUNAT YANG DITUNTUT.


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

Apabila seseorang daripada kamu ingin bersolat, hendaklah ia meletakkan dihadapannya sesuatu. Sekiranya tiada, letaklah tongkat. Sekiranya tiada, buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudharat sesiapa yang lalu di hadapannya.” (Hadith Riwayat at-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibn Hibban)


Apa tindakan anda seterusnya?

- Jangan lupa letak sutrah bila solat. Kalau tiada sebarang objek untuk dijadikan sutrah, bolehlah solat (terutama solat sunat) di sebalik langsir, tiang, kipas dan sebagainya.

- Sebarkan ilmu ini kepada sahabat yang lain, agar dapat dimanfaatkan bersama.

- Kalau ada sahabat kita yang bersolat tanpa sutrah, cuba elakkan diri dari terlintas di hadapannya. Kalau perlu juga melintas di hadapannya, letakkanlah sesuatu (seperti sejadah) dihadapannya terlebih dahulu sebelum melintasinya.

- Pada permulaannya, mungkin agak sukar untuk mempraktikkannya. Tetapi, insyaAllah dengan usaha yang berterusan, kita dapat melaziminya dengan mudah pada masa hadapan.

- Akhir kata, jom beramal !!!.,

Aizat Zainudin,

2307, 29 April 2009,

>>aizatzainudin103.blogspot.com<<

>>SOLUSI Isu 4<<


No comments:

Related Posts with Thumbnails