Thursday, January 28, 2010

Result PRK USMKK for MPP 09/10!!!.,



Allah S.W.T. berfirman yang mafhumnya berbunyi :
"Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan."
(Surah Al-Maidah : 2)

KONSTITUENSI UMUM :
Jazimah Ramli (1474 undi) vs Shahriza Md Desa (580 undi)
Undi Rosak (109 undi)

KONSTITUENSI PPSK :
Nurhamizah Mohamad Rafiuddin (547 undi) vs Nur Shafawati Abd Rahni (450 undi) vs Mohd Safwan (337 undi) vs Ariefuddin (247 undi)
Undi Rosak (137 undi)

KONSTITUENSI PPSP :
Siti Aminah Alawiah Muhd Mukhtar & Mohd Azmi Hisam (Menang tanpa bertanding)

KONSTITUENSI PPSG :
Tan Sze Jun (Menang tanpa bertanding)

*TAHNIAH dan TAKZIAH kepada yang menang, terutamanya kepada Saudari Jazimah binti Ramli, yang menang dengan majoriti besar, sebanyak 894 undi. Moga dapat laksanakan tanggungjawab anda, dan memegang amanah kami semua sebaik mungkin. InsyaAllah. (p/s : Nama yang dibold, adalah nama yang menang konstituensi masing-masing).,
"The More We Care, The More We Act"

Monkey Winks Yoyo
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<



Friday, January 22, 2010

Alamak, Handphoneku Berbunyi.,




Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Nabi s.a.w. beriktikaf di masjid, lalu beliau mendengar orang-orang mengeraskan suara dalam bacaan Al-Quran, maka beliau membuka tabir dan bersabda :
“Ingatlah bahawa kamu semua sedang bermunajat dengan Tuhannya, maka janganlah sebahagian kamu MENGGANGGU sebahagian yang lain, dan janganlah pula sebahagian kamu MENGERASKAN SUARA mengatasi yang lain dalam bacaan Al-Quran.”

Pernah situasi di atas terjadi pada diri anda, ataupun makmum yang lain? Mesti pernah kan. Kalau handphone orang berbunyi, semasa kita sedang cuba khusyuk dalam solat, apa agaknya perasaan kita? Kadang-kala marah, jadi tak khusyuk, hati lalai dan tidak tenteram dek kerna alunan ringtone saudara kita. Tetapi, kadangkala tu handphone kita sendiri yang berbunyi. Dalam hati kata "Kenapalah aku tak silent handphone aku tadi?". Ada juga yang jadi malu, akibat sikap alpanya sebelum solat tadi, kini menjadi asbab kkurangnya khusyuk makmum-makmum yang lain. Tambahan pula kalau ringtonenya 'menarik' perhatian makmum lain, apatahlagi. Cuba bayangkan kalau imam kita sendiri terganggu, masyaAllah. Berdosanya kita, kerna nila setitik, rosak susu sebelanga.

Ini perkara yang seringkali terjadi, tetapi sering juga tidak diendahkan. Walaupun, kadangkala terpampang tanda "Tiada seruan sepenting seruan Illahi", "Matikan telefon bimbit anda", dan macam-macam lagi, namun ianya seakan-akan invisible. Mudah-mudahan selepas ini kita dapat memperbaiki kesilapan kita. Jika kita adalah imam jemaah, selain mengingatkan makmum untuk meluruskan dan merapatkan saff, kalau boleh diingatkan juga untuk disilentkan atau dimatikan handphone masing-masing. Jika kita sebagai makmum pula, tingkat keazaman untuk off atau silentkan handphone terlebih dahulu. Jika kita berada di luar kawasan masjid, kurangkanlah untuk mengcall atau memesej rakan-rakan anda dalam tempoh waktu yang kita agak rakan kita sedang solat. Emm, tak susah kan. Senang je nak buat. Jom sama-sama kita SILENT HANDPHONE !!! Ini semua untuk kebaikan bersama, agar biar redha Allah yang kita cari itu, kita dapat. Jangan redha-Nya yang kita cari, tetapi di akhirnya murka-Nya pula yang kita dapat. Na'uzubillah. Pesan-pesan juga pada sahabat-sahabat yang lain. Kan bagus berkongsi perkara yang baik. Kan? Wallahu'alam.,

Lagi sabda Baginda yang mafhumnya :
”Sesungguhnya sembahyang ini, tidak sesuai dimasuki oleh sesuatupun daripada percakapan manusia, sesungguhnya ia hanyalah untuk tasbih, takbir dan bacaan Al-Quran.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Monkey Icon Cici
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<


Berapa Markah Solat Kamu?.,



Sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya :
"Apabila seorang Muslim itu selesai menunaikan solatnya, maka malaikat akan menulis pahala solatnya samada satu persepuluh, satu persembilan, satu perlapan, satu pertujuh, satu perenam, satu perlima, satu perempat, satu pertiga, satu perdua."
(Hadith Sahih)

Dalam solat pun ada markah rupanya kan? Cuma mungkin ramai daripada yang masih tidak tahu. Ada yang taat khusyuk akan dapat fullmark. Ada yang dapat kurang dari itu, contohnya yang 'mencuri di dalam solat' iaitu bilamana solatnya tidak khusyuk, serta tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya dengan sebenarnya. Lagi malang, ada yang dapat nil (0 mark). Na'uzubillah. Mohon dijauhkan. Cuba bayangkan solat kita cuma dapat 1/10 sahaja, dan dalam masa yang sama kita solat bersendirian, tidakkah banyak ruginya. Kita cuma dapat skor 0.1 markah sahaja. Berbanding kalau kita solat berjemaah, paling kurang pun dapat 2.7, lagi tinggi dari tadi kan. Ini cuma analogi, bukan semestinya kita cuma mampu skor 1/10 sahaja. Betul tak? Jadi, saya seru sahabat-sahabat muslimin khususnya, dan sahabat-sahabat muslimat amnya, untuk kita lazimi dan istiqamahkan solat berjemaah di masjid-masjid, atau surau-surau, di samping senantiasa meningkatkan kualiti solat kita. Biarpun kita bermula dengan 1/10, insyaAllah dengan keazaman dan istiqamah kita mampu capai FULLMARK. JOM RAMAI-RAMAI.,

Monkey Winks Yoyo
Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<


Monday, January 18, 2010

Simposium Fiqh Perubatan Datang Lagi.,



Assalamu'alaikum.,
Kali ini cuma hebahan mengenai satu program, yang sebelum ini ditangguhkan atas sebab2 tertentu, iaitu Simposium Fiqh Perubatan yang akan diadakan di UIAM, Kuantan. Berikut adalah details program tersebut :

Program : Triple-I Medicine Symposium 2010
Tempat : UIAM, Kuantan, Pahang,
Tarikh : 30 & 31 Januari 2010 (Sabtu&Ahad)
Yuran : RM100 (RM2o untuk pendaftaran, sijil, dan fail & RM80 untuk penginapan di hotel dan makanan untuk 2 hari 1 malam sebanyak 8 kali)
Penganjur : PPIM dan UIAM
Maklumat lanjut : http://tripleiiium09.blogspot.com/
Pengangkutan : Bas @ Coaster USM (Disediakan)
Insurans : Disediakan
Elaun RM20 : InsyaAllah akan diusahakan
Pengecualian hari akademik (Ahad) : InsyaAllah akan diusahakan

Sesi-sesi yang bakal diadakan :
Session 1: Launching & Keynote Address
Session 2: Maqasid as Shariah: Securing the Property
Session 3: Rukhsah Ibadah in Daily Clinical Practice
Session 4: Professional Muslim Daie: Ketegasan Aqidah, Keluasan Fekah
Session 5: Nurturing Future Professional Muslim Daie

# Program ini, terutamanya pengisian mengenai Fiqh Perubatan sememangnya sesuatu yang sangat bermanfaat dan berguna terutamanya bagi pelajar2 perubatan. Jadi saya menyeru kepada sahabat2 semua yang bakal menjadi seorang professional Muslim, kepada mana yang berkelapangan agar dapat turut serta dalam program ini, kerana sememangnya program sebegini tidak terdapat di USM. Jadi, rebutlah peluang ini. Jangan dilihat pada mahalnya yuran, tetapi lihatlah pada manfaat yang bakal diperoleh. (JPA pun baru masuk, tentu bukan masalah kan?) Tempat terhad kepada 30-40 PENYERTAAN SAHAJA (USM & mana-mana individu yang berminat). Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya secepat mungkin. Aizat Zainudin : 013-9789678. Tarikh tutup penyertaan pada hari Khamis ini, 21 Januari 2010. Wallahu'alam.,

Monkey Winks Yoyo
Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
JOM RAMAI2 KITA PERGI !!!


Friday, January 8, 2010

Salahkah Aku Bercinta?.,




"Bila dicintai, tidak semestinya mencintai.

Bila mencintai,tidak semestinya dicintai.
Namun, ada tika keduanya wujud bersama!"

Islam teaches us to be TRUTHFUL and REALISTIC. Besides, the concept of LOVE in Islam is very unique, when a Muslim loves something or somebody, it must be for the sake of Allah; the same applies to hatred. Islam teaches us that MARRIAGE is the finest, purest and permissible relationship that should exist between a male and female; it should be the goal that they both have in mind.

“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya”
~Ustaz Pahrol Mohd Juoi~

Rasa cinta itu adalah FITRAH, memang norma tiap insan untuk memiliki dan merasanya. Allah juga ada menyebut di dalam al-Quran, yang setiap kejadian-Nya dijadikan berpasang-pasangan. Jika kita cuba soroti sirah nabi kita, bagaimana kisahnya Nabi Adam a.s. Walaupun dirinya berada di dalam syurga, yang serba lengkap dengan segala keperluan, apa yang menjadi bayangan kita dan idaman kita, pasti dituruti-Nya di sana. Sungguh indah, sungguh cantik bagaimana Allah mengganjari hamba2-Nya yang dikasihi-Nya. Namun, jauh di hati Nabi Adam a.s., masih ada 'sesuatu' yang masih kurang. Iaitu 'pelengkap' hati, iman, dan dirinya. Allah lebih bisa membaca hati hamba-Nya. Jadi, diambil tulang rusuk tika tidurnya, bagi mencipta si Hawa. Ternyata Nabi Adam a.s. tampak lebih bahagia bersama Hawa. Pasti ada sebab, mengapa Allah menciptakan Hawa dari sesuatu yang amat hampir dengan hati manusia. Pastinya seorang wanita diciptakan untuk dikasihi, sedalam-dalamnya, serapat-rapatnya. Jagalah hati, jagalah cinta, agar sesuatu yang FITRAH ini tidak bertukar menjadi FITNAH kelak. Na'uzubillah.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya :
"Three qualities, if found in a person, will help him have perfect faith: Having Allah and His Messenger, peace and blessings be upon him, as the most beloved ones, loving a person only for the sake of Allah and hating getting back to Kufr (disbelief) the way one hates to be thrown into fire."

Allah sendiri kata, 3 perkara ini dapat membantu seorang Muslim, dalam misi melengkapkan imannya. Mencintai Allah dan Rasul-Nya, mencintai kerana Allah, dan membenci dari dikufurkan. Pasti ada maksud yang ingin disampaikan-Nya pada kita. Terpulang pada kita yang serba kekurangan ini untuk menghayati dan mengamalkannya.InsyaAllah, mudah-mudahan.,

Allah Almighty knows the best for us!

Sekadar berkongsi quotes dari kawan saya (^-^) :
1) For every beauty there is an eye somewhere to see it. For every truth there is an ear somewhere to hear it. And for every love there is a heart somewhere to receive it.
2) Being deeply in love by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.
3) The greatest weakness of most humans is their hesitancy to tell others how much they love them while they're alive.

Icon Monkey Yoyo

Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<


Tuesday, January 5, 2010

Antara Sayang.,



Tika ini, hampir satu minggu lebih aku kehilangan 'teman' karibku. Mungkin sudah ramai yang sedia makum, siapa dia 'teman' ku itu. Kehilangannya dari sisi walaupun agak payah diterima hati, namun aku redha. Yakin dengan pesan ibubapa dan sahabat2ku, setiap yang terjadi ini pasti ada hikmah dari-Nya. Pasti Allah telah merencana sesuatu yang lebih baik buat diriku selepas ini. InsyaAllah, dengan izin dari-Nya. Satu yang hilang, namun banyak yang ku terima sejak seminggu lepas. Semangat, keprihatinan, sokongan, bantuan, dan nasihat dari mereka2 disekelilingku banyak membantuku mengharungi kehilangan'nya'. Ada rezeki, mungkin kami berdua boleh bertemu kembali. Namun, jika tidak pun, aku terima seadanya. Ini sebahagian dari ketentuan-Nya.

Allah S.W.T. pernah berfirman, yang mafhumnya :
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Aku percaya itu. Aku yakin, aku boleh hadapinya. Kata sahabatku, ada orang diuji dengan kehilangan barang yang disayang, namun ada yang terpaksa menerima kehilangan orang yang tersayang. InsyaAllah, Allah tahu apa yang terbaik dan tahap kemampuan hamba2-Nya. Moga Engkau jadikan kami lebih tabah. Terima kasih ya kawan2 semua. Syukur ya Allah.,

Hal yang terjadi mengingatkanku bahawa apa yang kita miliki hari ini, tidak kan kekal selamanya. Bila ada, kita lupa. Bila ianya hilang, baru kita terngadah tercari2. Selagi diberi peluang, hargai mereka yang disekeliling kita. Bahagiakan mereka, sayangi mereka selagi boleh.,

Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
Icon Monkey Yoyo



Related Posts with Thumbnails