Friday, January 22, 2010

Alamak, Handphoneku Berbunyi.,




Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Nabi s.a.w. beriktikaf di masjid, lalu beliau mendengar orang-orang mengeraskan suara dalam bacaan Al-Quran, maka beliau membuka tabir dan bersabda :
“Ingatlah bahawa kamu semua sedang bermunajat dengan Tuhannya, maka janganlah sebahagian kamu MENGGANGGU sebahagian yang lain, dan janganlah pula sebahagian kamu MENGERASKAN SUARA mengatasi yang lain dalam bacaan Al-Quran.”

Pernah situasi di atas terjadi pada diri anda, ataupun makmum yang lain? Mesti pernah kan. Kalau handphone orang berbunyi, semasa kita sedang cuba khusyuk dalam solat, apa agaknya perasaan kita? Kadang-kala marah, jadi tak khusyuk, hati lalai dan tidak tenteram dek kerna alunan ringtone saudara kita. Tetapi, kadangkala tu handphone kita sendiri yang berbunyi. Dalam hati kata "Kenapalah aku tak silent handphone aku tadi?". Ada juga yang jadi malu, akibat sikap alpanya sebelum solat tadi, kini menjadi asbab kkurangnya khusyuk makmum-makmum yang lain. Tambahan pula kalau ringtonenya 'menarik' perhatian makmum lain, apatahlagi. Cuba bayangkan kalau imam kita sendiri terganggu, masyaAllah. Berdosanya kita, kerna nila setitik, rosak susu sebelanga.

Ini perkara yang seringkali terjadi, tetapi sering juga tidak diendahkan. Walaupun, kadangkala terpampang tanda "Tiada seruan sepenting seruan Illahi", "Matikan telefon bimbit anda", dan macam-macam lagi, namun ianya seakan-akan invisible. Mudah-mudahan selepas ini kita dapat memperbaiki kesilapan kita. Jika kita adalah imam jemaah, selain mengingatkan makmum untuk meluruskan dan merapatkan saff, kalau boleh diingatkan juga untuk disilentkan atau dimatikan handphone masing-masing. Jika kita sebagai makmum pula, tingkat keazaman untuk off atau silentkan handphone terlebih dahulu. Jika kita berada di luar kawasan masjid, kurangkanlah untuk mengcall atau memesej rakan-rakan anda dalam tempoh waktu yang kita agak rakan kita sedang solat. Emm, tak susah kan. Senang je nak buat. Jom sama-sama kita SILENT HANDPHONE !!! Ini semua untuk kebaikan bersama, agar biar redha Allah yang kita cari itu, kita dapat. Jangan redha-Nya yang kita cari, tetapi di akhirnya murka-Nya pula yang kita dapat. Na'uzubillah. Pesan-pesan juga pada sahabat-sahabat yang lain. Kan bagus berkongsi perkara yang baik. Kan? Wallahu'alam.,

Lagi sabda Baginda yang mafhumnya :
”Sesungguhnya sembahyang ini, tidak sesuai dimasuki oleh sesuatupun daripada percakapan manusia, sesungguhnya ia hanyalah untuk tasbih, takbir dan bacaan Al-Quran.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Monkey Icon Cici
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<


No comments:

Related Posts with Thumbnails