Tika ini, hampir satu minggu lebih aku kehilangan 'teman' karibku. Mungkin sudah ramai yang sedia makum, siapa dia 'teman' ku itu. Kehilangannya dari sisi walaupun agak payah diterima hati, namun aku redha. Yakin dengan pesan ibubapa dan sahabat2ku, setiap yang terjadi ini pasti ada hikmah dari-Nya. Pasti Allah telah merencana sesuatu yang lebih baik buat diriku selepas ini. InsyaAllah, dengan izin dari-Nya. Satu yang hilang, namun banyak yang ku terima sejak seminggu lepas. Semangat, keprihatinan, sokongan, bantuan, dan nasihat dari mereka2 disekelilingku banyak membantuku mengharungi kehilangan'nya'. Ada rezeki, mungkin kami berdua boleh bertemu kembali. Namun, jika tidak pun, aku terima seadanya. Ini sebahagian dari ketentuan-Nya.
Allah S.W.T. pernah berfirman, yang mafhumnya :
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
Aku percaya itu. Aku yakin, aku boleh hadapinya. Kata sahabatku, ada orang diuji dengan kehilangan barang yang disayang, namun ada yang terpaksa menerima kehilangan orang yang tersayang. InsyaAllah, Allah tahu apa yang terbaik dan tahap kemampuan hamba2-Nya. Moga Engkau jadikan kami lebih tabah. Terima kasih ya kawan2 semua. Syukur ya Allah.,
Hal yang terjadi mengingatkanku bahawa apa yang kita miliki hari ini, tidak kan kekal selamanya. Bila ada, kita lupa. Bila ianya hilang, baru kita terngadah tercari2. Selagi diberi peluang, hargai mereka yang disekeliling kita. Bahagiakan mereka, sayangi mereka selagi boleh.,
Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
2 comments:
siapakah?
Assalamualaikum..stuju!kekadang kita boleh menjadi org yg btul2 tabah..dan terkadang ada juga saat ketabahan tu hilang dr sisi..huhu..smoga ujian yg mndatang mampu diharungi dgn lbih tabah
Post a Comment