Saturday, February 27, 2010

Re-Post : Muhammad Ya Rasulullah.,



Seringkali aku terfikir,
Bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi kita,
Tetap senyum bila dibenci,
Tetap tenang bila dimusuhi,
Tetap membantu walau disakiti,
Tetap menyeru walau diusir pergi,
Tetap mengingati walau ramai yang melupai,
Tetap mendoakan walau dicemuhi.

Kenapa?
Kenapa kita,
Mudah benci bila dikasari,
Mudah putus asa bila yang yang dilakukan tidak menjadi,
Mudah kecewa apabila orang lain tidak memahami,
Mudah terguris bila diri kita dinasihati.

Ayuh kita teruskan mujahadah,
Agar segala yang indah menghiasi diri,
Kerana qudwah kita dalah Rasulullah,
Kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki.

Bangunlah wahai ummat Nabi,
Berusahalah sepenuh daya, seikhlas hati,
Moga dikau kan dirahmati Illahi.,




Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Al-Imran ayat 139)

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
(At-Taubah ayat 129)

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Sama2lah kita renunginya.,


>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<




Aku dan Kamu : Kita Berbeda.,



Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.
Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"

Lelaki dan ego

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<




Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul : Apa Hukum Sambutannya?.,



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Para ulama’ dulu dan kini berbeza pendapat tentang hukum kebolehan menyambut Maulidur Rasul ini. Pada kesempatan ini, akan dilampirkan hujjah kedua-dua belah pihak setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

HUJAH PENENTANG MAULIDUR RASUL

Berikut antara pendapat mereka yang menentang sambutan Maulidur Rasul bersertakan hujah-hujahnya:

1) Nabi Muhammad SAW tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi SAW telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang Nasrani memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari: “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kaum Nasrani memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.”(Au kama qala al-Nabi)

Namun, terdapat athar pula yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyuruh agar umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat, perkara tersebut difahami sebagai berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah: Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”


2) Terdapat hadis yang menegaskan hukum haram melakukan penambahan dalam ibadah yakni yang tidak dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW bersabda : “…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah sesat“ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]


3) Para sahabat Rasulullah SAW dan juga umat Islam pada tiga abad selepasnya juga tidak pernah merayakan Maulidur Rasul ini walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw berbanding umat Islam yang terkemudian. Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka.

Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya, sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan.

Perayaan Maulid Nabi ini datang beberapa abad kemudian (selepas tiga kurun terbaik tersebut), yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar pada masa itu sudah hilang dan bid’ah (pertambahan dalam perkara ibadah) pula telah berleluasa.


4) Allah berfirman di dalam Al-Quran: Katakanlah, “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Katakanlah, “Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir”. (QS. 3:31-32)

Ayat-ayat al-Quran ini menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi yang membuktikannya ialah; menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakala ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul-Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaatinya adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang-orang kafir.


5) Dalam al-Quran juga Allah telah menegaskan tentang perkara ibadah yang mana telah sempurna pada zaman Rasulullah SAW lagi. Umat terkemudian sepatutnya mengikuti segala pakej ibadah Baginda tanpa perlu kepada penambahan-penambahan. Firma Allah “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu” (QS. 5:3)

Firman Allah lagi “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)


6) Kata-kata sahabat Rasulullah saw:

Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : “Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya”

Dan berkata Ibnu Mas’ud :”Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu – perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)”


HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin al-Suyuti, Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan lain-lain seperti berikut:

Imam Jalaluddin al-Suyuti berpendapat: “Ibadat macam itu adalah Hasanah (amalan baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.


Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan pula menyatakan: “Telah berlaku kebiasaan bahawa apabila orang mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (baik) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya hal serupa itu telah banyak dikerjakan oleh ulama-ulama ikutan umat”


Syeikh Atiah Saqr pula menambah: “Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid al-Rasul. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dalam syariat. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat, jika sesuatu acara tidak dilangsungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat pula.”


Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini. Beliau berkata(ringkasan): “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan perihal mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertimana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu tentang Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul pada masa kini.


Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan yang ditentang oleh Islam.


Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam bawaan semula Baginda SAW. Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara melanggar syariat. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan sejarah kesucian, keagungan, pemerintahan Islam sebagaimana bawaan Rasulullah SAW”


Berikut pula adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid:

1) Allah berfirman: “maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.” – Al-Araf: 157 Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.


2) Firman Allah: “Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.”-Ibrahim. Ayat 5. Keterangan: Al-Baihaqi di dalam “Syakbu al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.”


3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.” Maka Nabi SAW berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.” – [Riwayat Bukhari dan Muslim.]


Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Sharh al-Bukhari yang bernama Fath al-Bari berkata: dari hadis ini dapat dipetik hukum: – Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi’raj dan lain-lain. – Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas peristiwa hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak (kebenaran)


4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.” Keterangan: Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.


Di Malaysia, hari kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulid al-Nabi) telah diisytiharkan sebagai cuti umum. Langkah ini adalah wajar bagi memberi ruang umat Islam di negara ini melakukan muhasabah yang membangkitkan lagi rindu, cinta untuk mengikuti segala yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW (syariat Islam).


Amat malang bagi mereka yang hanya menjadikan cuti umum tersebut semata-mata bagi mencukupkan (qada) tidur, bahkan teramat malang bagi mereka yang memenuhinya dengan pelbagai perkara maksiat, atau menganjurkan program pembuka maksiat iaitu dengan membuka ruang pecampuran (ikhtilat) antara muslim lelaki dan wanita.


Salam maulid al-Rasul SAW untuk semua khas dari IbnRajab Online. Semoga dengan ini akan bertambah kecintaan kita semua kepada Baginda SAW, akan bertambah jugalah keimanan kita terhadap apa yang dibawakan oleh Baginda sebagai rahmat sekalian alam, dan juga akan bertambahlah kesedaran kita semua untuk sama-sama memperjuangkan amanah Allah yang pernah dipikul oleh Baginda SAW.


Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meninggalkan kita begitu sahaja tanpa tugasan, Baginda telah meninggalkan tugas yang telah memuliakan umatnya berbanding umat-umat terdahulu, iaitu ‘dakwah fi sabilillah’. Usaha dakwah (mengajak semua manusia ke arah memperbanyakkan yang makruf [baik, benar dan hak] dan meninggalkan yang mungkar [dosa, maksiat dan sesat] hendaklah dipikul bukan sahaja oleh ahli-ahli yang berkelayakkan sijil agama (ustaz, ustazah, imam, kadi, hakim syarie dll) tetapi ia adalah tanggungjawab setiap muslim lelaki dan muslimah wanita dalam kadar bidang tugas dan peranan masing-masing.


Dan, peranan ahli-ahli dalam bidang agama itulah yang sepatutnya menjadi teladan. Tiada teladan pula lah, sekiranya ahli-ahli berkenaan tidak berfungsi. Wallahu'alam. Akhir kata, Selamat Menyambut Maulidur Rasul.,


>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<



Friday, February 19, 2010

Kunjungan Silaturrahmi Dari Teman Indonesi.,




Assalamu'alaikum semua.,

Alhamdulillah, semalam kami menerima kunjungan silaturrahmi dari sahabat2 Indonesi. Mereka semua mahasiswa, mahasiswi, serta dorsen (pensyarah) dari Universitas Syiah Kuala (USK @ Unsyiah) serame 72 orang kesemuanya. Ramai kan? Pertengahan tahun lepas, kami pernah ke universitas mereka tika mengadakan elektif kami di Banda Acheh. Di sana, kami jalin kollaborasi dalam menganjurkan Medical Conference, Bakti Sosial/Khidmat Masyarakat Serta Aktiviti Penyuluhan Gigi (Dental Check Up). Tika itu kami cuma 16 orang, terdiri dari mahasiswa USMKK dan juga staf2 Pusat Islam. Kali ini, dibalas dengan 72 orang. Mereka dalam siri Study Tour ke 3 negara, iaitu Singapura, Malaysia, dan Thailand. Untuk di Malaysia, USMKK yang menjadi pilihan mereka. InsyaAllah, program yang kami namakan USMKK-USK International Outreach (UUIO) tidak sekadar berhenti di sini sahaja. Moga ini menjadi satu titik permulaan untuk kerjasama yang lebih erat kelak.

Buat penggerak2 projek, syukran kathira buat anda semua, samada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Moga dibalas Allah setimpalnya.
Sahabat2 dari Unsyiah semalam titipkan kiriman salam buat anda semua. Mereka juga berterima kasih buat hari yang tak terlupakan serta sambutan yang sangat istimewa. Alhamdulillah.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Wahai manusia sesungguhnya Kami jadikan kamu dari kalangan lelaki dan
juga perempuan. Dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan dan berpuak-puak
supaya kamu saling mengenali diantara satu sama lain. Sesungguhnya yang
paling mulia dikalangan kamu disisi Allah s.w.t adalah orang yang paling
bertaqwa........"
( Surah al-Hujrat : 13)

Alhamdulillah, banyak pengalaman yang dapat dikongsi dan banyak pelajaran dapat dipelajari sepanjang sehari kami semua bersama. Walaupun ramai daripada kami yang baru pertama kali berjumpa, namun semua kelihatan begitu mesra seakan2 seperti sahabat lama yang sudah lama tidak berjumpa. Ada seorang mahasiswa Unsyiah yang berkata pada saya, betapa dia mengagumi Kelantan yang tampak lebih Islamik di bawah pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Tidak seperti di tempat nya, katanya. Alhamdulillah, mungkin ini sedikit sebanyak ditunjukkan dari masyarakat Kelantan dan juga penggerak2 UUIO.

Sesi taklimat dan diskusi di DK2.

Majlis Penutup di Foyer PPSP.

Turut ada tari tradisional dari Acheh, tapi tak dapat nak upload. Sangat best.

Ramai yang terhibur dengan tarian yang dipersembahkan oleh mahasiswa Unsyiah. Turut hadir Prof Dr Aziz Baba, PM Dr Shaiful Bahari, Dr Fuad, Dr Wan Nudri, Dr Mulkan, serta doktor2 dari Unsyiah sendiri.

Dulu kami di Acheh dihidang sama nasi padang. Kali ini kami balas dengan nasi kerabu. Tapi sayangnya ramai yang tak ambil 'solok' dan budunya. Di tengah orang besar Badan Eksekutif Mahasiswa Unsyiah, iaitu Yahdi Wanda dan Rais Al Abqary.

Rumah Sakit Tour

Orang Kuat dan Penggerak2 UUIO (Jazimah, Zurina, Herfiana, Aini, Zunaizah, 'Ainatun, Fadhli, Azmi, Khalif, Aizat, dan 2 orang junior yang saya tak tahu namanya. Turut menyumbang Azizi, Zaleha, Hazwan, Era, Najihah, Aminah, Hamizah, serta adik2 junior yang lain).


Monkey Icons
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<



Thursday, February 18, 2010

Saat Yang Pasti. Soalnya, Bersediakah Kita?.,



Untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata.
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa.
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut.
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan. Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan..
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan..., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah... itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu... Dan tak seorangpun yang tahu....

Sama-sama kita insafi diri kita ini...

>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<

SOLUSI Baru!!!.,








>>Cepat2 dapatkan ya<<


Tuesday, February 16, 2010

Erti Yang Sebenar.,



Perasaan ditemani Allah,
Yang menjadi,
Penghibur dalam kesepian,
Pelindung dalam ketakutan,
Perencah keamanan diri,
Pencorak keceriaan jiwa,
Penawar segala duka,
Peneman dikala senang dan susah,

Hati terdetik rasa rindu pada-Nya,
Kerana cinta pada-Nya,
Hati redha menerima segala ketentuannya,
Itulah erti TAWAKKAL yang sebenar.,

Dunia ibarat lautan dalam,
Banyak manusia terjatuh karam,
Jika inginkan diri selamat,
Naikilah bahtera TAQWA,
Isinya adalah IMAN,
Dan layarilah dengan TAWAKKAL.
,


Firman Allah s.w.t. yang mafhumnya berbunyi :
“Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah menentukan bagi setiap sesuatu.”
(QS 65:3)



>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<



Wednesday, February 10, 2010

Kuatkan Ku Ya Allah!!!



Ya Allah, tika ini aku lemah,
Tika ini aku hampir hilang punca,
Mengenang nasibku yang kian suram,
Walaupun ku tahu perjalananku masih jauh,
Masih sangat jauh,
Pelbagai dugaan datang bertamu,
Menguji diri yang tidak terdaya ini.

Mengapa Ya Allah,
Kadangkala ku rasakan hidup ini begitu sukar,
Jalan ini begitu sukar untuk ditempuh,
Sedangkan ku lihat ramai lagi,
Yang begitu mudah perancangan yang Kau beri pada mereka,
Ujian-ujian ini begitu mencabar,
Mengukur tahap keimanan,
Yang ada dalam dadaku.

Ku tahu Ya Allah,
Ku tahu Kau tidak kan sesekali menzalimi hamba-Mu sendiri,
Sedangkan akulah yang sering menzalimi diriku sendiri,
Maafkan ku Ya Allah,
Jika aku banyak berdosa,
Banyak berbuat khilaf sepanjang aku menjadi hamba-Mu,
Ku tahu mungkin aku tidak kan menjadi yang terbaik,
Tetapi Ya Allah,
Berilah aku peluang untuk mencuba.

Aku tahu,
Walau diri sudah lelah,
Sudah hampir berputus harap,
Aku tidak boleh berhenti begitu sahaja,
Masih banyak yang perlu ku perjuangkan,
Masih banyak yang perlu ku korbankan,
Untuk diriku jua,
Dan mereka yang ku sayang.

Bantuku Ya Allah,
Sesungguhnya ku tahu Engkaulah sahaja,
Yang punya jawaban bagi permasalahanku,
Ku sedar segala ujian yang Kau beri,
Berada dalam lingkungan kemampuan ku.

Namun,
Aku tahu aku ini hamba yang lemah,
Sangat lemah,
Justeru itu Ya Allah,
Aku butuh pertolongan-Mu Ya Allah,
Kerna tanpa-Mu, aku bukanlah sesiapa di dunia,
Kuatkan Ku Ya Allah!!!.,


Related Posts with Thumbnails