Wednesday, February 10, 2010

Kuatkan Ku Ya Allah!!!

Ya Allah, tika ini aku lemah,
Tika ini aku hampir hilang punca,
Mengenang nasibku yang kian suram,
Walaupun ku tahu perjalananku masih jauh,
Masih sangat jauh,
Pelbagai dugaan datang bertamu,
Menguji diri yang tidak terdaya ini.

Mengapa Ya Allah,
Kadangkala ku rasakan hidup ini begitu sukar,
Jalan ini begitu sukar untuk ditempuh,
Sedangkan ku lihat ramai lagi,
Yang begitu mudah perancangan yang Kau beri pada mereka,
Ujian-ujian ini begitu mencabar,
Mengukur tahap keimanan,
Yang ada dalam dadaku.

Ku tahu Ya Allah,
Ku tahu Kau tidak kan sesekali menzalimi hamba-Mu sendiri,
Sedangkan akulah yang sering menzalimi diriku sendiri,
Maafkan ku Ya Allah,
Jika aku banyak berdosa,
Banyak berbuat khilaf sepanjang aku menjadi hamba-Mu,
Ku tahu mungkin aku tidak kan menjadi yang terbaik,
Tetapi Ya Allah,
Berilah aku peluang untuk mencuba.

Aku tahu,
Walau diri sudah lelah,
Sudah hampir berputus harap,
Aku tidak boleh berhenti begitu sahaja,
Masih banyak yang perlu ku perjuangkan,
Masih banyak yang perlu ku korbankan,
Untuk diriku jua,
Dan mereka yang ku sayang.

Bantuku Ya Allah,
Sesungguhnya ku tahu Engkaulah sahaja,
Yang punya jawaban bagi permasalahanku,
Ku sedar segala ujian yang Kau beri,
Berada dalam lingkungan kemampuan ku.

Namun,
Aku tahu aku ini hamba yang lemah,
Sangat lemah,
Justeru itu Ya Allah,
Aku butuh pertolongan-Mu Ya Allah,
Kerna tanpa-Mu, aku bukanlah sesiapa di dunia,
Kuatkan Ku Ya Allah!!!.,

4 comments:

Jacknaim said...

setiap orang diuji dgn cara masing2. ya! x dinafi ujian terhdap mu mmg agak hebat. tp insyaALLAH, ianya utk memperkuatkanmu dan menyediakanmu utk masa hadapan..

insyaALLAH, sama2 kita berusaha

zara said...

sabar ye aizat..

Unknown said...

I like every single word of this entry. Sounds sincerely comes from the heart.

And from the entry i find the reason: sebab kamu cukup kuat untuk hadapinya.

Ada kawan2 yg lagi hebat beban tanggungan mereka berbanding kamu.
Ada doa daripada ibu bapa mu yg sering mengiringi perjalanan hidupmu.
Dan terlebih daripada segalanya,
kita punya Allah yg memegang kuasa atas tiap2 sesuatu.

Bersedihlah, sebab ia menjadikan kita rasa lebih hamba berbanding tika gembira.

Related Posts with Thumbnails