Kasihan dia,
Ada wanita yang mukanya bersih,
Tapi sayang tiada tudung yang menutupi rambutnya.
Pernah ku lihat dirinya bertudung,
Cukup-cukup sempurna, memang kelihatan seperti seorang muslimah yang baik.
Ada pula yang tak lekang dari tudung yang cantik-cantik,
Tapi sayang kerna ia cuma membungkus kepala dan rambutnya, bukan menghijab auratnya.
Tudungnya singkat menampakkan dada, jarang yang mendedahkan perhiasan dalamannya, ada juga yang melekap ke kepala dan dada sehingga terlihat bahagian yang sepatutnya dilidungi,
Dililit ke sana ke sini, dibulatkan sebulat kepalanya, ada juga yang sengaja tidak ber anak tudung.
Tidak kurang juga yang bertudung, tetapi rambut dibahagian belakang dilepaskan sehingga melebihi paras tudung,
Juga yang menyanggulkan rambutnya, diangkatkan tinggi, sehingga mengalahkan punuk unta,
Andai kau tahu betapa indah, betapa istimewa Allah menciptakanmu,
Pasti kau akan bertudung dengan sebaik-baik hijab, sesempurna tutupan.
Pakaian yang dikenakan indah-indah, berwarna-warni,
Tapi sayang, kebanyakannya mengikut bentuk badan, tidak cukup kain jahitannya untuk menghijab apa yang sepatutnya ditutup,
Tidak kurang juga yang mendedahkan kawasan dada, dan bahagian punggung,
Ini realiti kehidupan dewasa ini, yang saban hari menjadi kebiasaan kebanyakan dari kita.
Ingat wahai muslimah, auratmu bukan untuk tatapan umum, pakaianmu bukan untuk menarik perhatian bangsa yang bukan sejenismu,
Jangan kerna dirimu, orang lain akan terfitnah, termakan dosa,
Dek kerana kelalaianmu.
Kasihan dia,
Allah berikannya nikmat untuk bercakap, nikmat untuk menggunakan anggotanya,
Malangnya disalahgunakan untuk memenuhi hawa nafsunya,
Suara yang lembut, dibuai-buai, sehingga dapat menggoda iman lelaki yang mendengarnya.
Duduknya tidak lekang dari lelaki, diduduk serapat-rapatnya, sehingga kalau boleh hendak melekat sahaja.
Jari-jemarinya tidak lepas dari menyentuh lelaki yang bukan mahramnya, sedangkan ayah, abang, dan adik lelakinya pun tidak dipegang semesra itu,
Adakala 'tersentuh', adakala menyentuh, tidak kurang juga yang mencubit, dan bertepuk bertampar,
Kan tak elok tu, kalau orang tengok, mak ayah kita tengok, apatahlagi kalau Allah sendiri yang tengok,
Syaitan bertepik riang gembira, sedang Allah sedang murka membara.
Ya, memang benar wanita itu seistimewa kejadian,
Dicipta dari rusuk lelaki bernama Adam, untuk melengkapkan keperluan dalam kehidupan.
Namun, merea jugalah golongan yang begitu Nabi Muhammad s.a.w. kita bimbangkan,
Tatkala melihat begitu banyak dari golongan mereka yang dicampak ke dalam neraka,
Saat Baginda diisra'kan ke langit untuk menemui Tuhannya.
Dan mereka jugalah yang Allah nyatakan, fitnah terbesar untuk kaum muslimin.
Namun, ini tidak termaksud kepada semua muslimah di luar sana,
InsyaAllah, dengan izin-Nya,
Selagi kamu menjaga auratmu, membatasi pergaulanmu, memenuhi segala perintah Allah kepadamu, menjauhi segala perkara yang dapat mencetus murka-Nya, taat kepada suami dan kedua ibubapamu,
Percayalah wahai muslimah, kalianlah orang yang paling beruntung.
Kerna bisa memilih pintu manapun yang kau suka untuk masuk ke syurganya,
Subhanallah..
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang mafhumnya berbunyi :
"Wahai kaum wanita, aku tidak melihat dari suatu kaum (orang-orang) yang lemah akal (pemikiran) dan lemah agama lebih menghilangkan hati orang-orang yang sehat akal dan benaknya dari pada kamu (kaum wanita). Aku telah menyaksikan neraka yang penghuninya paling banyak kaum wanita. Maka dekatkanlah dirimu kepada Allah sedapat mungkin."
(Hadith Riwayat Bukhari)
"Teguhkan bahteramu, kerana lautan yang bakal kau tempuh begitu dalam.
Banyakkan bekalmu, kerna perjalananmu terlalu jauh.
Ringankan belakangmu, kerna yang didaki itu terlalu curam.
Ikhlaskan segala amal perbuatanmu, kerna yang menilai itu Amat Mengetahui, Amat Melihat."
Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
~Wanita Solehah - Sebaik-baik Perhiasan Dunia~
No comments:
Post a Comment