Saturday, April 23, 2011

All The Best Untuk Semua !!!




Untuk kalian semua,
Sahabat-sahabat MedDen 5 untuk Pro3,
Sahabat-sahabat Medic 4 untuk End-Posting,
Sahabat-sahabat Medic 3 untuk elektif dan naik ke Tahun 4,
Adik-adik MedDen 2 untuk Selanjar 2 kalian,
Adik-adik MedDen 1 untuk Pro1 nanti,
Sahabat-sahabat dan junior-junior dari PSK untuk CA kalian,
Untuk semuanya,
ALL THE BEST!!!


"Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan, kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan. Segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Tiada yang mudah, melainkan Engkau jadikan ianya mudah. Dan tiada yang susah melainkan Engkau jadikan ianya susah. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Tuhan yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani."


* Saya pilih bintang 'Goodluck' warna hijau tu. Jangan kacau ye. Kalau nak pilih warna yang lain ye? Together we strive to be a better Muslim Professional.,


"Verily, with hardship there is relief"
(Qur'an 94:6)



(^____________^)v

Aizat Zainudin,
~Hasbuna Allah wa Ni'mal Wakeel~
>>Allah is enough for us, and He is a Great Guardian<<
..Ali Imran.verse 173..


* Tambahan : Malam esok, sesudah tamat exam MCQ, saya akan pulang ke Selangor selama dua hari kerna ada sedikit urusan peting yang hendak diselesaikan di rumah. Saya akan sampai semual ke USMKK pada pagi Rabu ini, 27hb. Cuma maklumkan, kalau-kalau ada yang mahu berurusan dengan saya nanti. Do'akan saya selamat pergi dan kembali.


Saturday, April 16, 2011

All The Best Sahabat!!!.,





Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera buat sahabat semua,

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf dari anda semua, andai sebelum ini ada terbuat salah, tersilap kata, terjelik perangai, samada sengaja mahupun yang tidak disengajakan, mohon dimaafkan ye. Minta dihalalkan segala ilmu, segala hutang kalau ada, moga semuanya selesai. Maaf kalau ada yang terkurang dari saya.

ALL THE BEST saya ucapkan buat semua, moga kita semuanya, tanpa terkecuali seorang pun, akan pass Profesional 3 exam ini, dan dapat menjadi seorang doktor yang baik in the future. Study hard, and pray even harder. Make use every single second yang tinggal before our Pro.

For the moment, put aside your problems, your stress, and be more focus for our exam. Just hold on, and keep moving forward. Do your best then, God will take care of the rest. Best of luck from me, hope our friendship will stay forever. With God blessings.,

Allahu'alam.,

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Cukuplah Allah bagi kami, Dia sebaik-baik Pelindung"
(Ali 'Imran : ayat 173)


Aizat bin Zainudin,
013-9789678,
Perubatan Tahun 5 USMKK,
~Salimun Qalbun, Hasbuna Allah wa Ni'mal Wakeel~

Wednesday, April 13, 2011

Pami, Rindunya!!!.,



Ahmad Fahmi bin Zainudin (a.k.a. Pami), my little photogenic brother. Ya Allah, rindunya nak jumpa Pami. Lama sangat dah tak jumpa. Kali terakhir balik ke Selangor cuma tika menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Dah nak masuk 6 bulan dah. Baru ni, dalam 1-2 bulan lepas sempat jumpa, masa keluarga datang melawat ke Kelantan. Itupun, begitu singkat. Tak sampai 24 jam pun, sebab keluarga terpaksa pulang awal kerana ada urusan lain yang nak diuruskan.

Apapun, alhamdulillah paling kurang terubat sedikit rindu masa tu. Memang bila dapat jumpa mak, ayah, dan adik-beradik yang lain, sangat seronok, sangat gembira, hilang rasanya semua masalah yang ada. Paling seronok dapat jumpa si Pami ni. Memang dah pesan kat mak awal-awal lagi minta dibawakan Pami bila ke Kelantan nanti. Sebenarnya saya tahu, Pami mesti akan ikut kalau mak kata nak jumpa saya, walaupun perjalanan sangat jauh, ambil masa yang lama. Mak cuma risau Pami penat jalan jauh, sebab nanti nak mula sekolah.

Sekarang sedang memerah keringat terakhir untuk exam Pro 3, yang tinggal beberapa hari cuma. Walau di hati tersangat rindu pada keluarga, dan walau ada kala rasa lemah dan tak semangat untuk teruskan, namun bila teringatkan mereka, terutamanya Pami, tanpa diduga terbit kekuatan untuk bangkit, dan terus berjuang. InshaAllah, dengan izin-nya, ada rezeki, ada hayat, akan kembali menemui mereka tak lama lagi. Sangat menanti waktu itu. Moga-moga, Allah permudahkan segala urusan kami semua di sini untuk Pro 3 ini. Moga kesemuanya akan pass, dan dapat jadi good Profesional Muslim kelak. InshaAllah. Ameen.,


(Muka baru bangun tidur, dan bosan sebab tak dapat keluar rumah, cuma dapat main dengan teddy bear dia. Maaflah entry saya kali ini bersifat peribadi sikit, mungkin kerna rasa rindu yang teramat saat ini).


(^________^)v
>>Abang Saaaaaaayaaaaaaang Pami<<
(Pami pun sayang abang jugak)


Saturday, April 2, 2011

Salimun Qalbun.,




I know you do care
About me
Really care

I am not deny or defying it
Thanks
I do appreciate it
For your care
Your advices
Your moral supports
And for being around me

I am just trying
To be calm
Be positive
A lots of things happened
And some still happening
Also
A lots of things awaits me ahead

And
I am not sure
How well
I will be able to cope and handle
All these matters

Forgive me
For my attitude
For my ego
If it does hurt you
Worries you

For the time being
Just give me the moment of peace
I do really need this
My Lord


"Allahumma La Sahla Illa Ma Ja'altah Sahlan, wa Anta Taj'alulhuzna Iza Shikta Sahlan"
(Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki)


Ameen.,


Related Posts with Thumbnails