Merdeka? Bukankah sudah 57 tahun kita mengecap kemerdekaan? Namun apa yang kelihatan pada zahirnya seakan-akan sudah 'merdeka', namun hakikatnya kita masih dijajah. Bukan sahaja luaran, malahan dalaman juga. Pelbagai aspek bermula dari sifat diri, komunikasi, pemakaian, makanan, media massa, politik, malahan agama juga tidak terkecuali.
Untuk entry kali ini saya akan lebih fokuskan pada aspek media massa. Di negara kita yang tercinta ini, sama ada kita sedar, ataupun tidak, malahan yang lebih padah lagi jika kita buat-buat tidak tahu segala yang berlaku di sekeliling kita. Di sini, di Malaysia, tiada kebebasan bersuara. Manakan tidak, semua media massa arus perdana tertakluk pada satu nama, satu kuasa, yang mana tunduk pada satu kuasa. Kuasa yang mana, anda di luar sana lebih maklum siapa yang saya maksudkan. Dari suratkhabar sahaja, dari suratkhabar Berita W, Utus X, News Y, The Z semuanya kalau dibaca hampir sama sahaja beritanya. Seolah-olah dari sumber yang sama. Begitu juga dengan rancangan di televisyen. Dari TV A, TV B, TV C, TV D, TV E, dan TV F pun sama juga halnya. Pernah saya sendiri alami. Saya lihat berita di TV A, dan selepas itu saya tukar ke TV B, sama juga berita nya, dan yang lagi peliknya ayat yang sama. Dan lagi menghairankan TV C, TV D, TV E, dan TV F pun juga sama. Agak-agak dari fikiran kita yang waras, apa yang tersembunyi ya?
Di dada-dada akhbar, dan juga di kaca-kaca televisyen satu negara, sebenarnya kita dihidangkan benda yang sama, didoktrinkan pemahaman yang sama, dari sumber yang sama oleh media-media arus perdana ini. Kenapa kita hanya disempitkan dengan satu sumber, selain dari untuk membentuk pemikiran yang sama dan juga menolak apa-apa sahaja yang bertentangan dari apa yang kita selalu baca, selalu tengok, selalu dengar dari media-media arus perdana. Kenapa media alternatif selalu dipulau, selalu ditindas, selalu ditindas seolah-olah media arus alternatif ini langsung tiada benarnya dan langsung tiada hak untuk bersuara di negara yang selalu dikhabarkan aman, sejahtera, demokrasi.
Jika kita berfikiran secara rasional, sepatutnya pendedahan kita haruslah terbuka dari pelbagai sumber, agar di akhirnya kita dapat menilai yang mana betul, dan yang mana salah. Apa yang merisaukan adalah kebanyakan dari semua isi rumah di seluruh negara, terutama di kawasan pedalaman, kawasan felda, kawasan luar bandar, mahupun sesetengah kawasan di dalam bandar sekalipun hanya dilitupi oleh media arus perdana. Cuma segelintir sahaja terutama dari generasi muda dan belia yang terdedah dengan media alternatif akan menerima berita dari dua sumber yang berbeza dan akan berpeluang untuk membuat penilaian di akhirnya. Bagi yang tidak, boleh dikatakan akan hampir 100% mempercayai apa yang mereka terima dari media arus perdana.
Jika apa berita yang dikhabarkan pada khalayak umum adalah benar, tiada masalah. Namun apa akan terjadi jika berita yang disampaikan ditokok tambah, ataupun yang lebih teruk lagi ditukar sehabisnya sehinggakan ada masanya menjadi fitnah pada sesetengah pihak yang tertentu. Kenapa perkara ini saya khabarkan, kerana ianya berdasarkan pengalaman saya sendiri yang dahulunya hanya mempercayai media arus perdana semata-mata.
Kini, pabila melihat, membaca, atau mendengar apa-apa berita berita, saya akan pastikan saya mendapat perkhabaran dari pihak yag sebelah lagi. Alangkah sedihnya pabila menye 11dari ada sesetengah, kadangkala sebahagian besar dari media arus perdana merupakan fitnah dan isu yang diperbesar dan disensasikan untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.
Manakan tidak, kebajikan dan sumbangan yang dibuat pihak sendiri dihebahkan seluasnya, sehinggakan nampak seolah-olah mereka Tuhan, dan kelemahan orang dihina, kebaikan orang difitnah. Sebak rasanya memikirkan berita sebegini, budaya media seburuk ini menjadi amalan di Malaysia ini dan sebahagian besarnya meracuni pemikiran rakyat sehingga mereka-mereka ini tidak nampak lagi apa yang benar dan apa yang salah.
Misalan saya bagi disini, saya sendiri sekarang menetap dan bekerja di Kelantan. Dan pimpinan Kelantan merupakan pimpinan yag tidak sealiran dengan kerajaan, menyedihkan apabila berita-berita di televisyen dan di akhbar seakan-akan ada 'segmen' atau 'slot-slot' khas untuk memburukkan pimpinan negeri Kelantan dan juga memburukkan negeri Kelantan. Lagi menyedihkan bukan sahaja dari negeri luar Kelantan yang memburukkan Kelantan, malahan rakyat Kelantan sendiri terlibat memburuk dan menghina negeri mereka sendiri. Apa-apa sahaja isu yang melibatkan Kelantan sengaja di'highlight'kan untuk menampakkan negeri ini di bawah pimpinan yang teruk. Saya sendiri sudah hampir 6 tahun menetap di Kelantan. Setakat ini saya berpuas hati dengan cara negeri ini ditadbir, dan saya sangat bersyukur mempunyai kesempatan berada di negeri di mana pemimpin tertinggi dan ulama yang menyanjungi Islam memayungi negeri ini. Alhamdulillah. Moga Allah kan terus memberkati dan melindungi negeri ini dari mereka yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab.
Pesanan saya bagi yang di luar sana, saya menyeru agar kita lebih teliti dan lebih cermat dalam menerima apa-apa berita yang kita terima kelak. Kerna di zaman yang penuh pancaroba ini, apa sahaja kemungkinan boleh terjadi. Masing-masing di luar sana punya ada agenda sendiri. Kita perlu jadi lebih bijak untuk mengelakkan dari menjadi mangsa perbodohan dan pak turut mereka yang tamak, bukan sahaja pada wang ringgit, nama, pangkat, dan juga kuasa. Allahua'alam.,
Aizat Zainudin,
29 Mei 2012 @ 1123
Sampaikan Walau Satu Ayat
2 comments:
as salam..nice entry..teruskan berkongsi okeyh!"))
as salam..nice entry..teruskan berkongsi okeyh!"))
Post a Comment