v(^-^)(Saat berjalan dengan zaujah ke Rantau Panjang)(^-^)v
Lama sudah tak mencoret sesuatu di sini. Tika ini sudah masuk Eidul 'Adha. Tahun ini rezeki ku dengan bekerja di raya pertama, manakala zaujah ku pula akan offday. Raya kedua pula, sebaliknya. Beginilah cabarannya hidup sebagai houseman, apatahlagi keduanya juga houseman, lagi mencabar. Kadangkala, seorang jadi housewife, kadangkala pasangannya pula jadi househusband. Jarang bertemu, masing-masing dengan hal kerja di waktu dan jadual yang berbeza-beza.
Jadi, bilamana ada sedikit masa senggang, akan cuba yang terbaik untuk dimanfaatkan bersama. Salah satu contohnya, seperti gambar di atas. Walaupun masa yang dapat diluang bersama kadanag-kadang cuma singkat, tapi insyaAllah bermakna.
Mungkin ini jalan yang Allah mahu kami berdua jalani. Meskipun nampak payah, insyaAllah kami akan bersama-sama hadapi, bersama-sama harungi, bersama-sama memberi dan mendamba semangat, bersama-sama melepas dan mengurang tekanan, bersama-sama berusaha menjadi profesional Muslim yang terbaik. Ameen, mudah-mudahan.
Kini alhamdulillah, kami ber'tiga' selesa dengan kehidupan kami kini, walau kadangkala ada rungutan dan tekanan, tetapi kami bersyukur dengan apa yang kami ada, dan senantiasa sedar ada lagi di luar sana yang lebih memerlukan, lebih susah kehidupan mereka. Jadi apa jua yang dinikmati masa ini, seharusnya disyukuri sepenuhnya kan?
Semuanya ini juga termasuk dalam pengorbanan kan. Sempena Aidil 'Adha, mari sama-sama kita imarah dengan sebaik-baik amalan, dan buat perngorbanan semampunya. Buat yang ada bahagian dalam korban tahun ini, moga semuanya diberkati Allah, dan mendapat pahala korban seperti yang diidamkan.
InsyaAllah, jika tiada aral melintang akan pulang beraya (balik hari cuma) raya ketiga ini ke Dungun. Harapnya semuanya berjalan lancar.,
Firman Allah;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).”
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).”
(Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
v(^-^l-_-l^-^)v
1 comment:
Assalamualaikim...bila ye next entry akhi ye.,
Rindu nak baca lagi post 2 terbaru.,
Post a Comment