Seorang wanita adalah ibarat sekuntum bunga, kecantikannya hanya sementara sahaja. Tetapi sekiranya wanita itu berakhlak mulia, kecantikan akhlaknya itu tetap menawan sesiapa sahaja meskipun wajahnya tidak secantik mana.
Wanita yang berakhlak mulia, sekiranya dia seorang anak, maka dia akan menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa, sekiranya seorang remaja maka dia akan jadi remaja yang berhemah, JIKA SEORANG ISTERI, maka dia menjadi isteri solehah yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. Sebagai ibu pula, dia menjadi ibu yang mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, DAN SEBAGAI HAMBA ALLAH, dia tunduk dan patuh hanya kepada-Nya.
Wanita berperibadi mulia ialah mereka yang bertakwa kepada Allah. Firman Allah s.w.t. yang mafhumnya :
"Barang siapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita, sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam Syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
(An-Nisa - ayat 24)
Wanita berperibadi mulia ialah wanita yang menepati ciri-ciri yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.
"Harta yang paling berharga di dunia ialah wanita yang solehah."
(Hadis riwayat Muslim)
Wanita begini sentiasa memelihara diri mereka daripada perkara-perkara tidak baik. Nilai diri mereka jauh bertentangan dengan perjuangan wanita Barat. Nilai diri mereka tidak dilihat pada fesyen pakaian yang menonjol, perhiasan yang dipakai, tetapi pada kesopanan, rasa malu dan terbatas dalam pergaulannya. Wanita berperibadi mulia faham peranan mereka. Antaranya sebagai penyenang hati suami, sumber kasih sayang dan kelembutan, melahirkan zuriat dan memberi pendidikan kepada anak-anak. Mereka tahu bahawa syarat untuk masuk Syurga amat mudah.
Seperti hadis yang menyatakan:
"Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk Syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya."
(Hadis Riwayat Abu Nuaim)
Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu Syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
Saidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Tidaklah seorang wanita yang didatangi haid kecuali haidnya itu merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu."
Wanita yang mulia ialah wanita yang apabila dipandang oleh suaminya maka ia menggembirakan, apabila suaminya memerintah maka ia taat dan apabila suaminya tiada, maka ia menjaga harta suami dan menjaga kehormatan dirinya. Mereka tahu bahawa dalam peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w. melihat sebahagian besar daripada penghuni Neraka ialah wanita, oleh itu mereka amat takut kepada Allah.
Wanita yang mulia juga tidak mendedahkan auratnya di hadapan lelaki yang bukan muhrim kerana tahu bahawa Allah melaknat wanita sedemikian, begitu juga dengan perbuatan memakai pakaian jarang dan menarik perhatian lelaki maka tidak akan mencium bau Syurga.
Wanita yang mulia juga sedar bahawa wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat, oleh itu dia menjauhi segala kejahatan.
Wanita yang mulia juga tahu bahawa sekiranya dia membebankan suaminya dengan sesuatu yang tidak mampu dipenuhinya, maka Allah tidak menerima seluruh amalannya.
No comments:
Post a Comment