Thursday, March 25, 2010

Jom Heboh di Kelantan : Ada Kelainan.,



KOTA BHARU, 19 Mac: Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas. Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan. Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini. Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Mereka bersetuju untuk mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri ini. “Datuk Takiyuddin Hassan sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab memberi penekanan mengenai perkara itu pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini,” katanya.

Karnival Jom Heboh TV3 sebelum ini lebih dikenali sebagai Sure Heboh diadakan di seluruh negara kecuali Kelantan. Bagaimanapun, TV9 pernah menganjurkan program Sua Rasa dan Perkampungan Hadhari di Kota Bharu sebelum ini tanpa melibatkan percanggahan dengan dasar kerajaan negeri.

Program Jom Heboh akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dengan menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti jabatan-jabatan kerajaan negeri dan agensinya. Nasruddin juga berkata, sebuah khemah besar yang dinamakan sebgai Kota Ilmu disediakan pihak penganjur untuk dijadikan tempat solat dan pameran program Jejak Rasul. “Dijangka Pemangku Raja akan hadir pada program al Kuliyyah yang akan disiarkan secara langsung pada petang 26 Mac yang bakal diadakan di khemah tersebut. “Selain itu Menteri Besar dan anggota-anggota Exco dijemput untuk mengisi program Talk Show,” katanya. Program dua itu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 malam.

Beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan terbabit dalam pameran dan aktiviti interaktif iaitu Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusetia Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan. Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Pusat Penerangan Pelancongan.


Friday, March 12, 2010

Emm.,



Hari ini,
Sekali lagi aku merasa suatu episod kehidupan,
Yang seringkali aku takuti,
Aku takut untuk berdepan,
Kerna hati risau dek tidak termampu menanganinya,
Iaitu kegagalan.

Ujian demi ujian,
Kau uji ku ya Allah,
Kadangkala hatiku kurang mengerti,
Mengapa aku yang Engkau uji,
Kenapa tidak orang lain,
Kenapa aku diuji dengan ujian yang sebegini rupa,
Sedangkan aku sendiri kurang pasti apakah aku mampu menyelesaikannya,
Kenapa kadangkala aku berasa,
Seakan Engkau tidak berlaku adil pada diriku,
Sedangkan orang lain begitu senang, begitu lena dalam nikmat-Mu,
Apa kurang aku berbanding yang lain,
Aku juga berusaha,
Aku juga berdoa,
Aku juga bertawakkal pada-Mu diakhirnya,
Tetapi perkara yang sama masih terjadi.

Aku cuba memperbaiki diriku,
Setelah kusedari kekurangan ku ketika diuji dahulu,
Aku letakkan sepenuh hatiku untuknya,
Belajar dan berusaha sehabis baik,
Meletakkan usahaku sejujurnya,
Walau ku tahu masih ada diantara kawan-kawanku,
Yang tidak jujur dalam tugasan-tugasan yang diberi,
Namun, di akhirnya,
Aku juga yang Engkau uji,
Kenapa tidak mereka yang Engkau uji ya Allah.

Mungkin tatkala lewat orang ramai,
Aku masih mampu mengukir sebuah senyuman buat mereka,
Namun bila keseorangan,
Hati ini sedih, menangisi musibah yang melanda diri,
Dan aku tahu ya Allah,
Betapa Engkau lebih mengetahui keadaan ku tatkala ini.

Pada siapa lagi ya Allah,
Perlu aku pergi mengadu,
Pada siapa lagi ya Allah,
Perlu aku luah semua yang terbeban di hati ini,
Agar terasa sedikit lega dan ringan jiwa yang resah ini,
Aku tak sanggup memberi perkhabaran sebegini pada kedua orang tuaku,
Kerna aku tidak mahu mereka bersusah hati lagi keranaku,
Cukuplah dengan segala masalah yang aku bawa pada mereka.
Aku juga tidak mahu membuatkan sahabat-sahabatku bersusah hati kerana ku,
Kerna ku tahu mereka juga punya masalah masing-masing.

Jika dahulu,
Tika sahabat-sahabat lain ditimpa musibah sebegini,
Begitu mudah aku memberi semangat,
Memberi dorongan,
Namun pabila diri sendiri ditimpa musibah,
Engkau menyedarkanku,
Betapa berbeda hakikat dan realiti.

Pernah aku dengar kata-kata berikut,
Moga aku tergolong di antara mereka.,

"Bila engkau memandang,
Segalanya dari Allah,
Yang menciptakan segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menyebabkan sakitnya hatimu,
Yang menyebabkan keinginanmu terhalang,
Serta menyusahkan hidupmu,
Akan damailah hatimu,
Kerna,
Masakan Allah sengaja mentadbirkan segalanya,
Untuk sesuatu yang sia-sia,
Bukan kerana Allah tidak tahu deritanya hidupmu,
Betapa pecahnya hatimu,
Tapi,
Mungkin itulah yang Dia mahu,
Kerna Dia tahu,
Hati yang sebegini,
Selalunya lebih lunak,
Lebih mudah untuk dekat,
Dan akrab pada-Nya.,"

Aku tahu segala fikiran, segala tuduhan yang ku lontarkan kepada-Mu sangat tidak benar,
Kerna aku tahu, masakan Engkau sanggup menzalimi hamba-hambaMu,
Sedangkan akulah yang sering menzalimi diriku,
Aku juga tahu,
Bila Engkau menguji diriku,
Pasti ada sesuatu yang Engkau mahu beri padaku,
Itu jugalah tanda sayang Engkau padaku,
Maafkan ku ya Allah,
Di atas kebodohan, kejelikan ku ya Allah,
Kurniakan sedikit kudrat dan iradat-Mu pada ku ya Allah,
Agar aku bisa menelusuri segala ranjau, onak duri kehidupan ini,
Aku butuh kekuatan dari-Mu ya Allah,
Jadikan aku senantiasa KUAT,
Bantuku YA ALLAH.,


Rasulullah s.a.w. bersabda, yang mafhumnya berbunyi :
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan."
(Hadith riwayat Al-Bukhari)





Tuesday, March 9, 2010

Isu Palestin : Kita Mengaku Islam, Tapi.....,



Sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya berbunyi :
"Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam, maka ia bukan dari golongan mereka."
(Hadith riwayat al-Baihaqi, at-Tabari, Abu Nua'im, dan al-Hakim)

Sepotong kata-kata dari Nabi kita, saya nukilkan di dalam entry saya kali ini, sebagai tema dan renungan buat kita semua yang mengaku Islam. Ayat di atas menegaskan, betapa penting, betapa utamanya untuk kita yang bergelar Muslim untuk betul-betul sensitif dengan isu semasa umat Islam terutamanya tentang apa yang berlaku di Palestin kini. Banyak dari kita mengaku Islam, tetapi adakah itu hakikatnya? Adakah ianya cuma retorik yang terucap di bibir, di mana hati dan akal masih teragak-agak, masih bersikap acuh tak acuh, masih memandang enteng tentang apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita.

Seringkali manusia bila senang, sering sahaja alpa. Bila susah, baru nama Tuhan disebut-sebut. Sering kita tidak menghargai, tatkala nikmat Tuhan mengaburi mata. Berada dan hidup di Malaysia, memang aman, terlalu aman. Seakan-akan berada di 'comfort zone'. Apa yang diingini, sebolehnya ingin dikecap dan direbut. Pernahkah sekali-sekala kita teringatkan saudara kita yang amat kurang bernasib baik di Palestin. Yang dijajah, dizalimi, dibunuh, di atas tanah air mereka sendiri. Jika betul kita mengaku kita Muslim, kenapa tiada sebarang usaha yang kita buat demi mereka. Di akhirat kelak, Allah tidak akan tanya berapa banyak yang kita perjuang dan korbankan untuk mereka. Yang ditanya adalah, APA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MEMBANTU RAKYAT PALESTIN?

Kalau ada di antara kita sudah ada usaha ke arah itu, alhamdulillah. Moga terus thabat dan istiqamah. Moga segala usaha kamu diberkati Allah dan diganjari sebaiknya. Namun, bagi kita yang masih alpa ini, apakah yang perlu anda lakukan. Ingat jika anda tidak mengambil berat urusan Muslim yang lain, maka anda bukanlah seorang yang tergolong dalam kalangan mereka.


Jika kita di Palestin, mungkin kita boleh sama-sama berjihad bersama mereka. Tapi persoalannya, sanggupkah kita berperang sehingga syahid demi menyelamatkan bumi Palestin? Tak ramai dari kita yang saya rasa punya kekuatan sebegitu. Apapun jawapannya, masih ada banyak cara kita mampu menolong mereka dari jauh. Pertama, DOA yang tidak putus-putus. Kedua, menyebarkan berita kezaliman Zionis Israel bagi meningkatkan kesedaran di kalangan kita. Ketiga, BOIKOT barangan Israel. Cara ketiga ini adalah di antara cara yang paling berkesan dalam memerangi mereka. Masakan tidak, cuba bayangkan berjuta-juta dolar dalam sehari diberi Amerika pada Israel untuk memerangi Palestin. Cuba bayangkan, betapa besar natijahnya apabila bantuan tersebut ditokok-tambah berlipat-lipat ganda oleh umat Islam sendiri, yang merupakan penganut agama yang teramai di dunia. MasyaAllah, sama-sama kita renungkan. Kita kena ingat, bila kita bersatu sememangnya kita cukup kuat, cukup gah untuk menewaskan Israel laknatullah. Apa yang menyedihkan, cuba kita lihat di bilik-bilik, di rumah-rumah, di kedai-kedai umat Islam sekarang, betapa degilnya kita, masih menyokong Israel dalam diam. Cuba lihat, betapa banyak Milo, Nescafe, Nestum, Maggi , telefon Nokia, barangan Johnson n Johnson, Kit Kat, Coca Cola, Pepsi dan sebagainya di tempat-tempat ini. Betapa ramai umat Islam yang masih terkial-kial menjamah ayam-ayam di KFC, burger-burger di McDonald, hidangan-hidangan di Pizza Hut. MasyaAllah. Begitu banyak alasan yang diberi, tanpa menghiraukan natijah yang melanda saudara kita di Palestin sana. Jangan kerana alasan 'Orang lain dah boikot', 'Tak apalah, sekali ini ja', 'Nanti aku berhentilah', 'Nak buat macam mana, orang belanja' ini menghancurkan kita kelak. Sikap acuh tak acuh ini sangat bahaya saudaraku. Berhati-hatilah.


Jangan Hanya Islam Pada Nama. BUKTIKAN!!!

Dibawah ini, saya coretkan kata-kata seorang pemimpin Hamas, yang mana bagi saya ianya merupakan suatu peringatan dan amaran keras kepada kita semua. Moga kita ambil iktibar apa yang disampaikan, kita sedar dari kelalaian dan kealpaan kita, kita bangkit dan bersungguh-sungguh untuk bertindak. Pesanan ini buat diri saya yang lemah ini, serta sahabat-sahabat seaqidah di luar sana. Sambutlah seruan ini!!!!!

Khalil Ismail al-Haya, Ketua Whip HAMAS berkata :

“ Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan JIWA, NYAWA, HARTA, ANAK-ANAK kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan MASJID AL-AQSA. Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Isam diseluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, KIBLAT PERTAMA umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan MATI SYAHID sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih dari 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh, dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan LAILAHAILLALLAH, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus DIAM MEMBISU, dan hanya MENYAKSIKAN sahaja, nantikan HARI PEMBALASAN. Kami akan TUNTUT dari ALLAH atas KEALPAAN anda semua. Kami TIDAK AKAN REDHA terhadap KELESUAN dan KEBISUAN anda semua.”


SILENCE IS NOT AN OPTION!!!

WHAT HAVE YOU DONE TO HELP YOUR BROTHERS AND SISTERS IN AQIDAH???

>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<




Friday, March 5, 2010

Program Quranic Generation (QG).,








Jom meramai-ramaikan majlis ilmu ni. Ajak sahabat-sahabat lain sekali.,

>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<



Thursday, March 4, 2010

Aku Ingin Mencintai-Mu.,



Aku Ingin Mencintai-Mu
Edcoustic


Tuhan betapa aku malu

Atas semua yang Kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa

Entah mungkin karna ku terlena

Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali

Agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia

Untuk menghambakanMU

Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU


Reff:

Aku ingin mencintaiMU setulusnya,

Sebenar-benar aku cinta

Dalam do`a

Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Pencipta : Aden
Album : Muhasabah Cinta
Label : Edcoustic

>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<



Related Posts with Thumbnails