Tuesday, March 9, 2010

Isu Palestin : Kita Mengaku Islam, Tapi.....,



Sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya berbunyi :
"Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam, maka ia bukan dari golongan mereka."
(Hadith riwayat al-Baihaqi, at-Tabari, Abu Nua'im, dan al-Hakim)

Sepotong kata-kata dari Nabi kita, saya nukilkan di dalam entry saya kali ini, sebagai tema dan renungan buat kita semua yang mengaku Islam. Ayat di atas menegaskan, betapa penting, betapa utamanya untuk kita yang bergelar Muslim untuk betul-betul sensitif dengan isu semasa umat Islam terutamanya tentang apa yang berlaku di Palestin kini. Banyak dari kita mengaku Islam, tetapi adakah itu hakikatnya? Adakah ianya cuma retorik yang terucap di bibir, di mana hati dan akal masih teragak-agak, masih bersikap acuh tak acuh, masih memandang enteng tentang apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita.

Seringkali manusia bila senang, sering sahaja alpa. Bila susah, baru nama Tuhan disebut-sebut. Sering kita tidak menghargai, tatkala nikmat Tuhan mengaburi mata. Berada dan hidup di Malaysia, memang aman, terlalu aman. Seakan-akan berada di 'comfort zone'. Apa yang diingini, sebolehnya ingin dikecap dan direbut. Pernahkah sekali-sekala kita teringatkan saudara kita yang amat kurang bernasib baik di Palestin. Yang dijajah, dizalimi, dibunuh, di atas tanah air mereka sendiri. Jika betul kita mengaku kita Muslim, kenapa tiada sebarang usaha yang kita buat demi mereka. Di akhirat kelak, Allah tidak akan tanya berapa banyak yang kita perjuang dan korbankan untuk mereka. Yang ditanya adalah, APA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MEMBANTU RAKYAT PALESTIN?

Kalau ada di antara kita sudah ada usaha ke arah itu, alhamdulillah. Moga terus thabat dan istiqamah. Moga segala usaha kamu diberkati Allah dan diganjari sebaiknya. Namun, bagi kita yang masih alpa ini, apakah yang perlu anda lakukan. Ingat jika anda tidak mengambil berat urusan Muslim yang lain, maka anda bukanlah seorang yang tergolong dalam kalangan mereka.


Jika kita di Palestin, mungkin kita boleh sama-sama berjihad bersama mereka. Tapi persoalannya, sanggupkah kita berperang sehingga syahid demi menyelamatkan bumi Palestin? Tak ramai dari kita yang saya rasa punya kekuatan sebegitu. Apapun jawapannya, masih ada banyak cara kita mampu menolong mereka dari jauh. Pertama, DOA yang tidak putus-putus. Kedua, menyebarkan berita kezaliman Zionis Israel bagi meningkatkan kesedaran di kalangan kita. Ketiga, BOIKOT barangan Israel. Cara ketiga ini adalah di antara cara yang paling berkesan dalam memerangi mereka. Masakan tidak, cuba bayangkan berjuta-juta dolar dalam sehari diberi Amerika pada Israel untuk memerangi Palestin. Cuba bayangkan, betapa besar natijahnya apabila bantuan tersebut ditokok-tambah berlipat-lipat ganda oleh umat Islam sendiri, yang merupakan penganut agama yang teramai di dunia. MasyaAllah, sama-sama kita renungkan. Kita kena ingat, bila kita bersatu sememangnya kita cukup kuat, cukup gah untuk menewaskan Israel laknatullah. Apa yang menyedihkan, cuba kita lihat di bilik-bilik, di rumah-rumah, di kedai-kedai umat Islam sekarang, betapa degilnya kita, masih menyokong Israel dalam diam. Cuba lihat, betapa banyak Milo, Nescafe, Nestum, Maggi , telefon Nokia, barangan Johnson n Johnson, Kit Kat, Coca Cola, Pepsi dan sebagainya di tempat-tempat ini. Betapa ramai umat Islam yang masih terkial-kial menjamah ayam-ayam di KFC, burger-burger di McDonald, hidangan-hidangan di Pizza Hut. MasyaAllah. Begitu banyak alasan yang diberi, tanpa menghiraukan natijah yang melanda saudara kita di Palestin sana. Jangan kerana alasan 'Orang lain dah boikot', 'Tak apalah, sekali ini ja', 'Nanti aku berhentilah', 'Nak buat macam mana, orang belanja' ini menghancurkan kita kelak. Sikap acuh tak acuh ini sangat bahaya saudaraku. Berhati-hatilah.


Jangan Hanya Islam Pada Nama. BUKTIKAN!!!

Dibawah ini, saya coretkan kata-kata seorang pemimpin Hamas, yang mana bagi saya ianya merupakan suatu peringatan dan amaran keras kepada kita semua. Moga kita ambil iktibar apa yang disampaikan, kita sedar dari kelalaian dan kealpaan kita, kita bangkit dan bersungguh-sungguh untuk bertindak. Pesanan ini buat diri saya yang lemah ini, serta sahabat-sahabat seaqidah di luar sana. Sambutlah seruan ini!!!!!

Khalil Ismail al-Haya, Ketua Whip HAMAS berkata :

“ Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan JIWA, NYAWA, HARTA, ANAK-ANAK kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan MASJID AL-AQSA. Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Isam diseluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, KIBLAT PERTAMA umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan MATI SYAHID sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih dari 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh, dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan LAILAHAILLALLAH, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus DIAM MEMBISU, dan hanya MENYAKSIKAN sahaja, nantikan HARI PEMBALASAN. Kami akan TUNTUT dari ALLAH atas KEALPAAN anda semua. Kami TIDAK AKAN REDHA terhadap KELESUAN dan KEBISUAN anda semua.”


SILENCE IS NOT AN OPTION!!!

WHAT HAVE YOU DONE TO HELP YOUR BROTHERS AND SISTERS IN AQIDAH???

>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<




No comments:

Related Posts with Thumbnails