Thursday, July 16, 2009

"Segalanya Tentang Wanita".,



"Segalanya Tentang Wanita" , satu program yang hampir 100% dijayakan dengan himpunan tenaga kerja mahasiswi-mahasiswi USM Kampus Kesihatan dari pelbagai bidang dan tahun pengajian.
Membawa 5 objektif utama iaitu :
i) Kearah membentuk jati diri mahasiswi kampus kesihatan ke arah berjiwa besar dan berketerampilan,
ii) Melahirkan mahasiswi yang berani, berkaliber dan berkepimpinan,
iii) Melatih para mahasiwi dalam pelbagai aspek kepakaran terutama komunikasi dan pengurusan,
iv) Mendedahkan mahasiswi terhadap cabaran globalisasi yang kian mencabar serta persiapan untuk menghadapinya,
v) Mengajak mahasiswi mengenali seterusnya mencontohi tokoh2 wanita terdahulu dan masa kini yang berjaya melakar nama ke persada dunia.


Program ringkas ini mempunyai dua elemen utama iaitu dimulakan dengan pameran tokoh-tokoh wanita dari pelbagai agama,
bangsa dan aspek kejayaan baik dalam aspek keagamaan, kesihatan, politik mahupun sukan.Pameran berlangsung selama dua hari ini (22-23 Julai 2009) menghimpunan NGO-NGO serta persatuan-persatuan seperti persatuan Islam, Buddhist dan India dalam memperkenalkan tokoh yang boleh sama-sama kita contohi dan dan kita kenali.Seterusnya, 23 Julai merupakan kemuncak program, forum "Wanita; Permata Pemangkin Pembanggunan Ummah"
bakal diolah oleh 3 ahli panel hebat iaitu YB Mumtaz (memang hebat, betul), Dr Nor Hafidzah dan Saudara Dzulkhairi. Pihak penganjur amat mengharapkan program ini walaupun hanya mengambil masa yang cukup singkat, bakal memberi impak yang besar dalam diri bukan sahaja mahasiswi malah seluruh kaum wanita, juga mahasiswa kampus..

Akhir kata, jom ramai-ramai kita meriahkan majlis ilmu ini. InsyaAllah, untuk manfaat bersama kelak. Ajak kawan-kawan sekali.,


p/s : "Bila la nak ada program 'Segalanya Tentang Lelaki'
pula kan.Ish3..."Onion Icons



No comments:

Related Posts with Thumbnails