Saturday, August 22, 2009

Tok Guru dan Isu Syurga Neraka.,



Macam-macam kan kita dengar kebelakangan ini pasal isu syurga neraka yang melibatkan Tok Guru Nik Aziz. Akhbar X kata gini, akhbar Y kata macam itu pula. Majlis Fatwa Kebangsaan keluar fatwa kata Nik Aziz seleweng dari ajaran Islam. Dr XY pula 'kagum' dengan kebolehan Tok Guru yang dikatakan mampu menentukan siapa masuk syurga, siapa masuk neraka. Emm, bila masing-masing mula beri pendapat, macam-macam boleh jadi kan?. Kenyataan yang asal pun diputarbelitkan, jadi yang mendengar bakal menerima pelbagai versi cerita. Ada yang dengar macam ini, ada yang dengar macam itu. Cuma bergantung pada diri masing-masing mahu menerima yang mana. Dulu pernah pihak yang sama memutarbelit kenyataan beliau. Penyelesaian yang pihak terbabit ambil cukup mudah, memohon maaf walau sekerat bicara. Namun, kali ini Tok Guru berhadapan cabaran yang lebih hebat. Kini, sebagai pengakhiran Tok Guru nekad berdiskusi dengan peguam untuk mengenakan saman ke atas pihak yang bertanggungjawab. Saya tahu saya bukanlah seorang yang begitu mengenali beliau, tetapi berdasar atas pengamatan saya setakat ini, saya yakin Tok guru punya niat dan hasrat yang murni atas kenyataan yang dikeluarkan tempoh hari. Cumanya, saya takut jika ianya disalahertikan atas tujuan-tujuan tertentu. Apapun, harapan saya supaya kita tidak terlalu terpengaruh dan juga terlalu cepat menilai tanpa mengetahui hakikat yang sebenarnya. Biar kita nilai dengan MATA HATI, bukan sekadar mengikut hati semata-mata. Selidik dahulu, teliti, kemudian baru menilai. Mudah-mudahan kita tidak membuat nilaian yang salah. Kata sahabat saya, betul atau tidak cerita itu belakang kira. Cumanya jangan kita terlalu cepat mempertikaikannya mahupun mempercayainya. Baik di pihak yang benar ataupun tidak, kita cuma manusia biasa. Bukan maksum. Masih tidak terlepas dari berbuat dosa. Mudah-mudahan Allah permudahkan kita dalam mencari kebenaran. Sama-sama kita berlapang dada untuk itu. Soal syurga neraka, pahala dosa, jodoh, rezeki, semuanya berbalik jua pada Tuhan kita, ALLAH yang MAHA ESA. Kita sebagai manusia tidak berhak apatahlagi mempunyai kuasa dalam membuat keputusan tersebut. Apa yang kita mampu buat sebagai hamba-Nya tidak lain hanyalah berusaha sedaya upaya meningkatkan ibadah, beramal dengan yang MAKRUF, berjauhan dengan yang MUNGKAR, disamping berDOA pada-Nya agar kita tergolong dalam golongan umat manusia yang MENANG, dan mempunya PENGAKHIRAN yang BAIK di hari akhir kelak. Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. bersama kita tingkatkan amal serta cuba memperbaiki diri yang serba kekurangan untuk manfaat di hari akhir kelak. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Ramadhan Kareem.,


Aizat Zainudin,
1534, Petang yang hening,
22 Ogos 09 (1 Ramadhan 1430H),
>>Sampaikan walau satu ayat<<



1 comment:

Ismi Ijmi said...

Salam Ramadhan..
Bila dengar pasal TGNA nak guna peguam utk selesaikan kes ni,teringat psl sorg ustazah yg famous slalu kuar TV psl motivasi..

Bila ustazah ni saman jirannnya,macam2 desas-desus org ckp,..(cth: apa la,org motivasi pun xleh maafkan org ke??)

mungkin kita perlu lebih teliti,kembali kpd sejarah,cane S.Ali pun masuk mahkamah pasal baj besi. dan riwayat ni bukan utk melemah2 kan S.Ali,sbaliknya sbg cth umat terkemudian...(atas prinsip keadilan sejagat.. :-)

Related Posts with Thumbnails