Sunday, October 25, 2009

Solusinya adalah SOLUSI !!!.,





Assalamu'alaikum w.b.t.,

Entri kali ini cuma mahu me'recommend' pada sahabat-sahabat semua, terutama pada yang tercari-cari majalah Islami yang serba lengkap, sebuah majalah yang diberi nama SOLUSI. Namanya sudah cukup menggambarkan gimana ianya mampu menjadi solusi pada setiap permasalahan yang berlaku. Apa yang dapat saya katakan mengenai majalah SOLUSI ni, ianya memang BEST. Pada saya, ianya begitu unik jika mahu dibandingkan dengan mana-mana majalah Islami kontemporari yang berada di pasaran sekarang. Buat makluman semua, majalah ini kini sudah sampai ke edisi yang ke-12. Mulai diterbitkan pada Ogos 2008, dan diterbitkan setiap bulan. Saya kini berjaya mengumpul kesemua edisi, kecuali edisi Perdana (edisi 1). Puas dicari, tapi tidak di ketemuin. Sesiapa yang ada terjumpa beritahu ya, saya betul-betul mahu melengkapkan koleksi saya. Sesiapa yang terasa mahu membeli, tapi mahu mencubanya dahulu, saya mengalu-alukan jikalau ada yang mahu meminjam. Demi manfaat bersama. Majalah ini dijual dengan harga RM9.00 (Semenanjung), dan RM11.00 (S&S). Mungkin ada yang merasakan nilai RM9.00 terlalu besar. Tapi saya ingin ingatkan manfaat yang bakal anda dapat dari SOLUSI jauh lebih besar. Kertas yang diguna berkualiti, dipenuhi dengan grafik yang menarik. Walaupun sebuah SOLUSI dijual pada harga RM9.00, sebenarnya kita cuma membelanjakan RM0.30 sahaja sehari untuknya. Betul tak?.,

Majalah SOLUSI ni memang best. Kalau tak percaya, cuba beli dan baca. InsyaAllah, banyak ilmu yang boleh diperoleh dan dimanfaatkan. Banyak penulis-penulis yang mantap menyumbang karya mereka di dalam majalah SOLUSI ni. Antaranya Ustaz Pahrol Mohd Juoi (penulis favourite), Ustaz Hj. Zahazan, Dr. Hj. Mohd Fadzillah Kamsah, Ustazah Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Fatimah Syarha Mohd Noordin, Dr. Abdul Basit Abd. Rahman, Dato' Ismail Kamus, Ustaz Rohidzir Rais, dan banyak lagi. Akhir kata, jom solusikan masalah kita dengan SOLUSI. Jangan lupa hebah-hebahkan pada sahabat-sahabat yang lain. Bagi yang menuntut di USMKK, anda boleh dapatkan majalah ini di Kedai Buku Banggol Mall, SMO dan juga Jafar Rawas.,

Firman Allah s.w.t. yang mafhumnya berbunyi :
"Dan mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkan Kami (Allah) nescaya Kami berikan kepada mereka jalan-jalan Kami."
(Surah al-Ankabut 69 : 29)

Monkey Icons
Aizat Zainudin,
'Lama dah simpan niat nak promote buku ni, tapi asyik tertangguh. Alhamdulillah, hari ini Allah beri kesempatan jua.'
>>SWSA<<


5 comments:

CahayaBulan said...

owh...cm best je mjlah ni...1st time tgok kt ukhwah day ari tu...ntah yg sape punye...wallahualam..tp tgok je la..hehe..x amk bce2 pun...

Mutiara Bernilai said...

salam alaik..
alhamdulillah..
mag tu sgt best.. simple tp sarat dgn ilmu..
:)


fazrena kamal

Naddo said...

salam...
bestny ade byk koleksi dy...
tau tak mne nak dapatkan yg koleksi yg dlu2...sy bru smpt ikut isu 11 n 12..:(

Unknown said...

Wa'alaikumussalam.,

To 'moon' and 'mutiara bernilai' - Majalah SOLUSI nie memang best sgt. xrugi beli, xrugi baca. Memang banyak ilmu yg ingin dikongsi, banyak lg ilmu yang dpt dimanfaatkan. InsyaAllah, moga sedikit sebyk dpt jadi panduan dalam hidup yang serba mencabar nie. Alhamdulillah, utk mutiara bernilai, teruskan istiqamah dengan amalan anda. Utk moon, saya betul2 recommend tuk bace buku nie. Cuba la, banyak faedahnya.,

To 'only me' - bagus la dah mula baca. Koleksi nie mula kumpul sbb kwn saya recommend. Rasa best, tu sampai sekarang kumpul tue. Kalau nak dapat edisi yang lama2, boleh cuba dapatkan di Jafar Rawas (kalau dok Kelantan). Dia bagi diskaun utk buku lama2. Dari RM9 jadi RM8 je. Takpun, boleh terus langgan dari Telaga Biru. Form langganan ada dalam majalah SOLUSI sdr. Nanati try check.,

Naddo said...

okayy...
thanks..:)
bek langgan kan...tiap2 ari jenguk kedai buku kat aini's tuh tp tak muncul2 keluaran da latest..huhu

Related Posts with Thumbnails