Kata orang, kalau nak gembira, kena gembirakan orang lain dulu.
Kalau nak bahagia, kena bahagiakan orang dulu.
Kalau nak disayangi, kena sayang orang lain dulu.
Kalau nak orang senyum kat kita, kita kena senyum kat orang dulu.
(Nabi Muhammad s.a.w. dah cakap dulu : "Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah satu sedekah" HR at-Tirmizi)
Kalau nak dihormati, kenalah hormat orang lain dulu.
Apapun perkara di dunia ini,
Memang Allah dah jadikan semuanya berpasangan,
Tidak kira yang hidup ataupun bukan,
Kalau mahukan sesuatu, kenalah beri sesuatu dulu,
Bak kata orang yang kulitnya lagi putih dari kita yang sawo matang ni,
We should 'GIVE AND TAKE',
Kalau direnung-renungkan dan difikir-fikirkan,
(termasuklah diri sendiri ni),
Kita nie terlebih MAHU, tetapi terkurang BERI,
Terasa tamak untuk memiliki segalanya,
Tanpa menghiraukan disekeliling kita,
Yang juga punya hasrat untuk MAHUkan sesuatu,
Depa dok bagi, tapi kita dok terima jah,
Kita terima, terima, dan terima,
Tak pernah terfikir nak memberi pada yang selalu memBERI pada kita,
Erti hidup ini pada memBERI,
(mesti ramai yang tahu saya quote dari mana ayat nie kan),
Mungkin bila dilihat secara realitinya,
Sesuatu benda atau perkara bila diberi mestilah berkurang kan?,
Tetapi hakikatnya lagi banyak yang kita BERI, lagi banyak Allah akan balas.
Apa sahaja yang kita miliki di dunia adalah pinjaman semata-mata dari Allah,
Yang hanya bersifat sementara,
Justeru, apa sahaja kurniaan-Nya kita mesti bersyukur dengannya,
Selain mengucapkan Alhamdulillah,
Berkongsi nikmat dengan yang lain juga adalah satu tanda kesyukuran kita padanya.
Allah ada menyebut dalam al-Quran,
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan;"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu,dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku),maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".(Surah Ibrahim : 7)Sabda Rasulullah s.a.w. mafhumnya :"Barangsiapa membelanjakan hartanya di jalan Allah, nescaya Dia akan membalasnya dengan 700 kali lipat"(Hadith Riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasai)
Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
No comments:
Post a Comment