malam tadi ketika menonton Buletin Utama, aku dapat melihat dengan jelas jari-jemari Teh Afifah yang masih bersalut inai merah itu berdoa sambil menitiskan airmata melihat jenazah suaminya
aku yakin akan ada ungkapan…’ Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup ni kena teruskan perjuangan’…tetapi itu adalah kata, kata lebih mudah untuk dilafazkan tetapi tidak semudah untuk diangkat menjadi nyata
sebenarnya aku sangat hiba, ya bukan aku saja, semua orang akan merasa hiba dengan peristiwa tragis ini tetapi aku bukan Teh Afifah, insan yang terpaksa melalui semua ini, insan yang terpaksa memikul semua ini, bersendiri!
betul lah kata orang, kadangkala kita rasa ujian yang Tuhan berikan pada kita sudah terlalu berat, rupanya ada lagi ujian yang lebih berat diturunkan kepada hambanya yang lain
jika pagi tadi Teh Afifah mencium tangan suaminya selepas selesai akad nikah, siapa sangka di sebelah petangnya dia terpaksa menatap wajah suaminya itu dibilik mayat dan disebelah malam pula menabur bunga di pusara kekasih yang sangat dicintainya itu
semoga Allah memberikan kekuatan untuk Teh Afifah menjalani kehidupan yang sungguh mencabar ini…ini harinya, hari kita belum tentu bila
ingatlah, walaupun cuma hanya empat jam bergelar isteri, namun itu bukan bermakna kau hilang segala-galanya
dia tetap suamimu dik walau yang tinggal cuma pusara, dia tetap suamimu dik walau yang ada cuma kenangan, dia tetap suamimu dik walau yang tinggal cuma tangisan
dia akan terus hidup dalam nafasmu, dia akan terus berjaga dalam mimpimu, dia akan terus bernyawa dalam impianmu
malam tadi aku sempat Google nama Teh Afifah, dari sana aku bertemu laman Friendsternya, kata Teh Afifah;
ya Tuhan kami,berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempunakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami…[18:10]
aku terkedu.
SAK: Teh Afifah Shahirah adalah isteri kepada Allahyarham Mohd Ariff Abdul Kadir yang meninggal dunia bersama-sama ibu, bapa dan rakannya dalam satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta dan bas di kilometer 7, Jalan Kangar- Padang Besar. Kejadian berlaku kira-kira empat sejam selepas mereka berdua diijabkabulkan. Al- Fatihah.
credit to http://syahrilkadir.wordpress.com/2009/12/11/tabahkan-hatimu-teh-afifah/
Aizat Zainudin,
>>Semoga Allah tabahkan hati mereka atas dugaan ini, terutamanya Teh Afifah. InsyaAllah<<
2 comments:
Aduhai..sedihnye..
ariff 2 junior kaksol kat mrsm langkawi..terkejut gak dgr..after loss contact ngan budak2 junior..tp perjumpaan yang hiba..harap teh bersabar..
Post a Comment