Friday, February 5, 2010

Antara Aurat dan Hijab : A War Of Freedom.,




Firman Allah s.w.t. yang mafhumnya :
"Tell the believing men to lower their gaze and be modest. That is purer for them! Allah is Aware of what they do. And tell the believing women to lower their gaze and guard their modesty; that they should not display their beauty and and their adornment only that which is apparent, and to draw their veils over their bosoms, and not to reveal their adornment save to their own husbands or fathers or husbands fathers, or their sons or their husbands’ sons, or their brothers or their brothers’ sons or sisters sons, or their women, or their slaves, or male attendants who lack vigor, or children who know naught of women’s nakedness. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And turn unto Allah together, O believers, in order that ye may succeed."
(Surah An-Nur : Ayat 30-31)

Dewasa ini, sering kita dengar pelbagai usaha yang dijalankan pihak-pihak tertentu untuk memboikot Islam. Boikot Islam, Hijab Ban, Islamophobia, agenda Christianity, murtad, dan bermacam-macam lagi. Semuanya dilakukan untuk menjatuhkan Islam. Sebelum itu, saya cuma setiap dari kita muhasabah diri masing-masing, "Do we AWARE about all these?" and "What have you been trying to do to save Islam?". Jika betul kita mengaku memeluk agama Islam, dan kita ini orang Mukmin, pasti positifla jawapan kepada soalan saya sebelum ini. Jika tidak, masih ada masa untuk memperbaikinya. Saya mahu ulas lebih lanjut mengenai perihal Hijab / Head Scarves / Tudung di dalam entri saya kali ini.

Seperti yang kita tahu, Perancis adalah salah satu negara yang 'kuat' dalam memerangi Islam. Sehinggakan Presiden Perancis, Jacques Chirac meminta Parlimennya untuk meluluskan pelbagai undang-undang untuk menghukum sesiapa yang mengamalkan Islam di Perancis, dan dalam konteks kali ini adalah hijab.



Di atas adalah gambar Alma dan Lila Levy, masing-masing berumur 18 dan 16 tahun yang dibuang dari sekolah, kerana didapati 'bersalah' mengenakan tudung semasa menghadiri sesi persekolahan. Gambar sebelumnya adalah gambar mereka bersama ayah mereka yang berbangsa Yahudi, tetapi tetap menyokong pendirian anak-anaknya. (Bagusnya kan ayah yang macam ini. Alhamdulillah.)

Ini gambar seorang wanita Perancis yang ditahan kerana mengenakan hijab di tempat awam.

Ini Zainab, umurnya cuma 10 tahun. Dia dihalang dari menyertai pertandingan judo, hanya kerana memakai hijab.





Ini gambar-gambar muslimat-muslimat di Perancis yang bangkit menentang dasar kerajaan mereka. Menuntut hak mereka, hijab bukan paksaan, tetapi kebebasan.

Banyak lagi tekanan yang dihadapi muslimat-muslimat di Perancis. Antaranya, dibuang dari sekolah, dinafikan hak untuk membuat kad pengenalan dan mengambil lesen, dibuang dan dihalang bekerja, dihafikan hak untuk mendapatkan rawatan di hospital, dan dihalang berkahwin jika memakai hijab di majlis perkahwinan. Begitu banyak kes-kes yang dilaporkan, terhadap isu penafian ini.

Pernah sekali, kerajaan Perancis ingin meluluskan undang-undung untuk menuntut cukai tahunan kepada mereka yang berhijab. Cuba bayangkan dalam satu tahun, dipaksa membayar lebih kurang RM5,000, hanya disebabkan mahu memakai hijab. Begitu hebat dan dahsyat tekanan yang diberi kerajaan mereka. Moga-moga Allah beri mereka kekuatan untuk terus thabat dan istiqamah dalam pendirian mereka Moga Islam kan terus menang. InsyaAllah.

Semua yang dilakukan kerajaan mereka, adalah jelas untuk menghalang penyebaran Islam yang begitu meluas menular di kalangan masyarakat dunia. Inilah dia Islamophobia. Dugaan demi dugaan, cabaran demi cabaran.

Namun, sedih bila melihat situasi yang melanda di negara sendiri. Saya rasa semua boleh faham mengapa saya berkata begini. Lihat sahaja di mana-mana, terutamanya di bandar-bandar besar, wanitanya kadangkala tidak ubah seperti lelaki. Ada juga yang lebih dahsyat dari lelaki. Jika berjalan-jalan lewat pasaraya seperti Mid Valley, Sungai Wang Plaza begitu payah melihat muslimat yang memakai hijab. Kebanyakan, tiada seurat benang pun di kepala mereka. Pakaian lagi usah nak cerita, macam-macam. Semua hendak ikut 'trend' fashion terkini. Bagi mereka, kalau tidak ikut trend, semua out-dated. Emm, sedih kan. Terbuka sana, terbuka sini, terketat sana, terketat sini, terjarang sana, terjarang sini. Kadang ada yang bertudung, namun pakaiannya tidak mencerminkan dirinya seorang Muslim.Bukan diri ini mahu melihat, cuma mahu sekadar berkongsi realiti sebenar masyarakat muda sekarang.
Di Kelantan ini, alhamdulillah bagus sikit. Sejuk mata melihat begitu ramai muslimat-muslimat yang mengenakan hijab, bertepatan dengan syariat Islam. Tidak singkat, tidak jarang, tidak ketat. Moga Allah beri hidayah kepada kita semua, untuk terus kekal berada di atas jalan Iman dan Islam yang lurus. InsyaAllah.,

Monkey Winks Yoyo
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<



4 comments:

Anonymous said...

assalammualaykum, saudara.
sy tgh meng"google" tentang hijab n tbabas ke blog saudara. Sy nk tumpang tanya..bagaimana sbnrnya hukum tudung yg biasa tu?? mksud sy bkn tudung labuh, bkn jgk tudung arini ke ape ke..tp tudung yang segiempat tu(tudung bawal/manjalara/etc..).
mcm2 pendapat sy jmpa. ada yg kata bleh pakai. ada yg kata xboleh. ada yg kata ikut cara pakai/warna (xbleh meriah sgt)/ketebalan/etc..
harap saudara boleh bg pandangan.
wallahu'alam

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Wa'alaikumussalam.,
Begini saudari, saya cuba perjelaskan semampu saya. Hukum menutup aurat itu wajib. Seperti yg kita sedia maklum, aurat seorang muslimah itu lebih rumit dan kompleks dari kami yg muslimin. Ada sebab, mengapa Allah s.w.t. memerintahkn yg sedemikian. Jawapannya mudah, ini kerna muslimah itu adalah bagaikan mutiara. Seluruh tubuhnya punya perhiasan, yg sebaiknya dipelihara sebaiknya. Seperti mutiara, jika dipelihara seeloknya, lebih tinggi nilai dan kualitinya. Begitu juga bagi muslimah. Allah jadikan setiap sudut, setiap aspek diri muslimah itu indah, yang perlu dijaga dengan rapi. Dewasa ini pelbagai tudung diperkenalkan. Jawaban saya mudah, jika saudari betul-betul mahu penjelasan mengenai perkara ini, ini respon saya. Bertudung, pada hakikatnya bukan untuk menunjuk-nunjuk mahupun menarik perhatian awam, tetapi lebih kepada menjaga kehormatan dan memberi kebebasan seseorg muslimah itu dari menjadi mangsa jelingan dan nafsu kaum yg berlawanan. Dengan bertudung juga, seseorg itu menunjukkn betapa tinggi maruahnya, dijaga syariat Islam. Allah sendiri perintah bila bertudung, pertama mesti dilabuhkan menutupi dada. Warnanya, mesti yang sederhana shj, bukan yg meriah sgt, kerna sbb berhijab itu bkn utk menarik perhatian lelaki. Lain, bila mahu menutup, biar ditutup sebetulnya. Jadi, eloklah kiranya dipakai hijab yang tidak jarang, dan tidak terlalu ketat. Disamping tudung, pakaian yg lain juga perlu bersesuaian. Bukanlah semestinya tudung labuh cara hijab yang betul, tetapi itu adalah cara terbaik dalam permasalahan ini. Jika terasa sukar melakukan perubahan drastik, boleh dilatih perlahan-lahan. InsyaAllah, satu hari nanti Allah beri hidayah pada saudari utk mengenakan tudung labuh. Pada saya, saya begitu senang melihat muslimah yg bertudung labuh. Moga saudari terus thabat (teguh pendirian) dan istiqamah. Sama-sama cuba perbaiki diri kita, agar hari ini lebih baik dr semalam, dan hari esok lebih baik dr hari ini. Wallahu'alam.,

Anonymous said...

insyaAllah..terima kasih atas penjelasan

Related Posts with Thumbnails