Assalamu'alaikum warahmatullah.,
Kembali saya sekali lagi, untuk menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan pengunjung blog saya ini. Mungkin jawapan yang diberi tidak sesempurna mana, tetapi inshaAllah saya cuba jawab seboleh mungkin. Kalau ada yang boleh memperbaik jawapannya nanti, dipersilakan. Berikut adalah soalan yang ditanya, dan jawapannya, inshaAllah.
i) Istilah 'Niat yang baik, tidak menghalalkan cara', dan aplikasi dalam kehidupan seharian?
~ Niat, memang perkara asas dalam setiap perkara. Perlu di'set' sebelum memulakan apa2 pekerjaan lagi. Dan niat mestilah baik, murni, dan kena pada tempatnya agar kelak pekerjaan yang dilakukan, diusahakan tidak sia-sia begitu sahaja. Paling baik, niat apapun kerana Allah. Dari makan, minum, memakai pakaian, memandu, mandi, solat, study, dan macam-macam lagi. Kelak inshaAllah, banyak ganjaran-nya buat kita.
Namun, timbul pula isu, bilamana adakah niat yang baik akan menghalalkan cara pelaksanaannya. Contohnya seperti mencuri untuk menolong orang susah (seperti kisah Robin Hood, dan Botak Chin). Niat memang baik, namun caranya salah. Jangan disebabkan cara/method yang salah dan langgar syariat ini menyebabkan kelak kita dicampak ke dalam api neraka. Na'uzubillah, mohon dijauhkan. Sebaik mana pun niat, mesti diiringi dengan pelaksanaan yang baik juga, Kelak, akan berkat inshaAllah. Misalnya dalam kes ini, nak bantu orang susah, tak semestinya perlu mencuri, merompak, apalagi membunuh orang lain. Banyak lagi cara lain boleh bantu mereka. Antaranya, bayar zakat tika tiba masanya, melazimi derma sedekah (walaupun 50 sen atau seriggit, yang penting ikhlas), memberi modal untuk perniagaan, membantu persekolahan anak-anak mereka (yuran, pakaian sekolah misalnya), dan macam-macam lagi. InshaAllah kalau niat kita baik, Allah kan ilhamkan bermacam cara untuk melaksanakannya. Jangan beralasan hanya cara yang mungkar sahaja yang bisa dilakukan untuk sesuatu perkara, sebaliknya berfikir seteliti mungkin sebelum bertindak, agar kelak mereka yang ditolong dan yang menolong, keduanya mendapat manfaat. Berusaha untuk menjadi tangan 'di atas' sebaik mungkin, dan bukan hanya menunggu 'di bawah'.
Yang disoal, adakah dibenarkan lelaki perempuan bersentuhan, atas urusan pembelajaran. Sebagai seorang pelajar perubatan, saya faham begitu banyak cabaran semacam ini akan datang menerpa. Mahu tak mahu, pasti akan ada. Manakan tidak, pesakit adakala perempuan, sahabat sekuliah ramai yang perempuan, begitu juga doktor-doktor klinikal nya. Asas sebenarnya, memang haram hukumnya bagi sesorang lelaki bersentuhan dengan yang bukan mahramnya, lagi-lagi tanpa ada alas yang membataskannya. Ada hadith yang menggambarkan lebih baik seorang lelaki itu ditusuk besi panas dari menyentuh seorang muslimat yang bukan mahramnya. Asas batasan pergaulan ini memang kita sudah sedia maklum. Memang tidak boleh sama sekali, kecuali atas sebab-sebab tertentu (keadaan DARURAT). Misalnya, dalam bidang perubatan, dan di dalam peperangan. Dibolehkan untuk bersentuhan. Cumanya, bergantung pada diri, dan iman kita sendiri. Bersentuhan hanya bila perlu atau terpaksa dan tiada pilihan lain. Bila bersentuhan, cuba tanya diri sendiri, tanya iman kita, 'Adakah aku menyentuhnya kerna nafsu semata atau sekadar hendak menyelesaikan suatu perkara?'. Kalau merasakan hanya kerna nafsu, bebaskan diri anda dari sentuhan itu dan bertaubatlah. Andai masih didasari iman, bersegeralah dalam melaksanakannya. Misal di klinik, tidak perlu pegang atau sentuh makcik (andai diri anda lelaki) semasa mengambil sejarah penyakitnya. Cuma nanti, bila sampai di peringkat pemeriksaan, barulah dipegang seminimum mungkin, tidak berlebihan. Perlu ada 'chaperon' atau peneman. Walau tiada 'chaperon', ingat Allah ada di 'atas' sana memerhatikan anda. Contoh ketika 'clinical teaching' adakala doktor lelaki terpaksa memegang tangan pelajar perempuan untuk membetulkan teknik pemeriksaannya. Ianya dibolehkan, selagi tidak berlebihan. Orang yang memegang perlu berhati-hati, begitu juga orang yang dipegang. Perlu serius, tidak boleh sengaja atau suka-suka.
ii) Penggunaan 'handsock' atau 'stongan'. Kelebihan dan cabaran?
~Alhamdulillah sekarang makin ramai insan yang lebih teliti, lebih particular mengenai aurat. Walau lelaki, mahupun perempuan. Moga kalian diberi hidayah dan kekuatan untuk terus istiqamah. 'Handsock' antara salah satu aksesori muslimat untuk menyempurnakan hijab auratnya. Bagi muslimat yang memakai busana, jubah, mahupun baju kurung, atupun T-shirt yang mempunyai hujung lengan yang bergetah, atau punya 'klip', mungkin sedikit kurang masalah buat mereka. Samada mahu mengangkat tangan, atau membuat apa-apa aktiviti. Namun bagi mereka yang berlengan tidak bergetah, atau berklip, ataupun bagi mereka yang terpaksa melipat lengan baju (di dalam ICU, bilik bedah, dan wad hospital misalnya), sebahagian memilih untuk ber'handsock'. Alhamdulillah, dengan cara ini sedikit sempurna penutupan aurat mereka. Lagi sopan kelihatan bilamana mereka mengenakan handsock. Aurat perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan (batasnya hingga ke pergelangan tangan). Dan dalam pemakaian 'handsock' ini perlu berhati-hati dalam beberapa perkara. Pilih yang berwarna gelap (yang berwarna sekan warna kulit kalau boleh dijauhkan), tidak jarang (agar tangan tidak kelihatan), hujungnya tidak bercorak atau berenda (sebabnya adakala masih menampakkan kawasan pergelangan tangan), dan pilih corak-corak yang sederhana (tidak terlalu 'striking' atau 'eye-catching', nanti menarik pandangan lelaki untuk melihat), dan tidak mengenakan 'handsock' semata dengan baju berlengan pendek. Jika masih dilakukan, kena ingat pakaian itu dah masuk ke kategori mengikut bentuk tubuh, dan itu tidak boleh. 'Handsock' hanya tambahan, bukan yang utama. Yang perlu ditutup dahulu, dengan sempurna adalah sehingga ke pergelangan tangan. Kena betul-betul faham konsep ini. BETULkan yang BIASA, BIASAkan dengan yang BETUL.
Bagi lelaki pula, aurat kita tahu dari pusat sampai lutut. Yang ditanya, bagaimana dengan mereka yang tuck-in pakaian meraka, sehingga menampakkan bentuk punggung. (Yang perempuan memang ditegah sama sekali, sah-sah menampakkan bentuk tubuh). Untuk yang lelaki, perkara ini tidak salah, dan memang susah nak dihindarkan (melainkan bagi mereka yang memakai jaket atau white coat di luarnya. Cumanya, diri sendiri kena beringat. Janganlah cari seluar yang terlampau kecik, terlalu sempit dan sendat, sehingga jelas-jelas menampakkan bentuk bahagian yang tidak sepatutnya. Muhasabah diri, tanya iman. Perbetulkan yang mana salah. Kalau yang sesama manusia lihat pun jadi 'tidak aman', apatah lagi Allah kan?.,
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan, dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah daripada tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”
(Surah al-A'raaf, ayat 26)
Aizat Zainudin,
1 mac 2011,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
~Jom Sempurnakan Penutupan Aurat Kita~