Saturday, March 12, 2011

Untuk Jepun.,


TOKYO, 11 Mac 2011 : Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala Richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi empat meter (13 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.

Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.

Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.

Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.

Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.

Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara.

Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.

Sumber : Mstar


* Untuk jepun dan seluruh dunia, semoga Allah memberkati dan melindungi kita semua...
innalillah...
beratus tahun mereka telah biasa, malah dibesarkan dengan gempa bumi. tapi dalam tempoh 300 tahun yang lalu, ini adalah gempa bumi yang terburuk yang melanda negara yang terkenal dengan teknologi canggih dunia... canggih bagaimana sekalipun, kuasa Allah lebih maha canggih dan ini bukti segalanya.



No comments:

Related Posts with Thumbnails