Wednesday, April 13, 2011

Pami, Rindunya!!!.,



Ahmad Fahmi bin Zainudin (a.k.a. Pami), my little photogenic brother. Ya Allah, rindunya nak jumpa Pami. Lama sangat dah tak jumpa. Kali terakhir balik ke Selangor cuma tika menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Dah nak masuk 6 bulan dah. Baru ni, dalam 1-2 bulan lepas sempat jumpa, masa keluarga datang melawat ke Kelantan. Itupun, begitu singkat. Tak sampai 24 jam pun, sebab keluarga terpaksa pulang awal kerana ada urusan lain yang nak diuruskan.

Apapun, alhamdulillah paling kurang terubat sedikit rindu masa tu. Memang bila dapat jumpa mak, ayah, dan adik-beradik yang lain, sangat seronok, sangat gembira, hilang rasanya semua masalah yang ada. Paling seronok dapat jumpa si Pami ni. Memang dah pesan kat mak awal-awal lagi minta dibawakan Pami bila ke Kelantan nanti. Sebenarnya saya tahu, Pami mesti akan ikut kalau mak kata nak jumpa saya, walaupun perjalanan sangat jauh, ambil masa yang lama. Mak cuma risau Pami penat jalan jauh, sebab nanti nak mula sekolah.

Sekarang sedang memerah keringat terakhir untuk exam Pro 3, yang tinggal beberapa hari cuma. Walau di hati tersangat rindu pada keluarga, dan walau ada kala rasa lemah dan tak semangat untuk teruskan, namun bila teringatkan mereka, terutamanya Pami, tanpa diduga terbit kekuatan untuk bangkit, dan terus berjuang. InshaAllah, dengan izin-nya, ada rezeki, ada hayat, akan kembali menemui mereka tak lama lagi. Sangat menanti waktu itu. Moga-moga, Allah permudahkan segala urusan kami semua di sini untuk Pro 3 ini. Moga kesemuanya akan pass, dan dapat jadi good Profesional Muslim kelak. InshaAllah. Ameen.,


(Muka baru bangun tidur, dan bosan sebab tak dapat keluar rumah, cuma dapat main dengan teddy bear dia. Maaflah entry saya kali ini bersifat peribadi sikit, mungkin kerna rasa rindu yang teramat saat ini).


(^________^)v
>>Abang Saaaaaaayaaaaaaang Pami<<
(Pami pun sayang abang jugak)


2 comments:

sayyidah nafisah said...

rabbi sahalik fi el imtihan, all the best!

fasihahhanum said...

lamanya x balik rumah...kalaulah my brother rindu kami adik2nya mcm ni....terharu betul~ btw, gambatte kundasai 4 pro 3=)

Related Posts with Thumbnails