Friday, April 16, 2010

Sekadar Berkongsi Cerita Dari Anak Tok Guru.,



Malam Khamis minggu lalu, slot kuliah Maghrib di Majis Pulau Melaka tidak diisi oleh Tok Guru, tetapi digilirkan kepada anaknya. Namanya saya kurang pasti, barangkali mungkin kerna pertama kali melihatnya. Malam itu Tok Guru ke tempat lain, ada slot pengisian yang dijadualkan untuknya saya kira. Saya cuma sempat mengambil sedikit point, kerna lewat sampai di sana. Sedikit pun tak mengapa kan, saya cuba kongsikan juga di sini :


i) Dikisahkan bagaimana hebatnya Nabi Muhammd s.a.w. dalam memuliakan isterinya. Walaupun sibuk dalam tugasnya sebagai khalifah, pendakwah, panglima tentera, pemimpn ummat, namun tidak sekali Baginda melupakan peranannya sebagai seorang SUAMI. Berikut antara beberapa kisah betapa 'romantik'nya Baginda :


a - Pabila makan, Nabi lebih senang makan bersuap dengan isteri. Lebih mesra.


b - Pabila minum, Nabi tidak minum dari bekas minuman yang berasingan, malah dikongsi bersama isterinya. Lagi pula, Nabi akan minum betul-betul di atas kesan bibir isterinya.


c - Nabi akan melayan isterinya sebegini, walaupun ketika mereka haid. Saya agak hairan pada mulanya kenapa pula Baginda perlu melayan isterinya dengan cara yang lain ketika haid. Kemudian dijelaskan penceramah bahawa ketika zaman Arab Jahiliyyah, taraf wanita adalah sangat rendah. Ketika para wanita haid, mereka dikira hina. Perlu diasingkan. Namun, kedatangan Baginda dengan membawa Islam telah menaikkan taraf wanita sama seperti kaum muslimin. Ini dibuktikan dengan kisah di atas di mana Nabi tidak mengasingkan isterinya walau tika mereka datang haid. Bagusnya Islam kan.


d- Pabila mahu memanggil isterinya, Nabi lebig senang dengan ungkapan kata-kata manis dan manja. Diriwayatkan, Nabi pernah memanggil Aisyah, dengan panggilan Aisy sahaja. Kadangkala juga dipanggil Humairah yang membawa maksud warna putih merah. Barangkali ini cara Nabi memuji mereka.


e- Salah satu sunnah Baginda adalah membawa isteri makan di luar. Diriwayatkan pernah seorang sahabat Nabi mahu mengajak Nabi ke majlis makan di rumahnya. Namun Baginda pada awalnya menolak dan hanya akan bersetuju jika diajak orang yang disebelahnya (isterinya). Sahabat tersebut berulang-alik ke rumah beberapa kali sebelum bersetuju mengajak kedua-duanya ke majlis di rumahnya.


ii) Dijelaskan dalam setiap insan, memang punya suatu fitrah semulajadi yang mana setiap dari kita ingin saling memiliki dan dimiliki. Ingin saling dicintai dan mencintai. Perasaan dan fitrah ini perlu diraikan. Pabila tiba masa yang sesuai, dan masing-masing sudah kenal erti tanggungjawab serta amanah, bolehlah dilanjutkan ke peringkat yang seterusnya, iaitu nikah yang menyatukan hati dua insan serta melengkapkan iman seseorang. Barulah nanti akan terpupuk dan terbina sakinah (tenteram), mawaddah (cinta), wa rahmah (kasih sayang).


iv) Dalam hidup berkeluarga, tidak selamanya akan aman dan harmoni. Pasti dan pasti akan diuji di pertengahanya. Insan semulia Nabi pun tidak terlepas dari dijui. Mesti kita masih ingat kisah Aisyah tika mana dia difitnah membuat hubungan bersama seorang sahabat Nabi usai pulang dari satu peperangan. Disebabkan perkara ini, Nabi bersedi selama hampir 20 hari. Akhirnya, Allah menurunkan ayat yang menerangkan keadaan yang sebenar. Ini menenangkan kembali hati Baginda. Allah punya cara dalam mendidik hamba-Nya gimana untuk menghadapi permasalahn dan pergolakan.


v) Peranan suami sebagai seorang PEMIMPIN (leader) sebuah keluarga dan isteri sebagai PENGURUS (manager). Jika betul seorang pemimpin menerajui keluarganya disampingkan ketelusan si isteri mengurustadbir urusan keluarga, insyaAllah dengan izin-Nya, akan bahagia dunia akhirat.

Itu dulu setakat ini, mahu bersiap ke kuliah Tok Guru. Assalamu'alaikum.,


Firman Allah s.w.t. yang mafhumnya :

"Di antara tanda- tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu pasangan dari jenismu sendiri, sehingga kamu merasa tenteram (sakinah) dengannya, dan dijadikan-Nya diantara kalian rasa cinta dan kasih sayang (mawaddah wa rahmah). Dan di dalam itu semua terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"

(Ar-Ruum:21).


Aizat Zainudin,

>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<



No comments:

Related Posts with Thumbnails