Friday, April 16, 2010

Tak Tahu Masak? Ish3.,



Memasak? Sesuatu yang amat sinonim dengan wanita. Ada yang pandai memasak, dan ada yang tidak. Ada yang semulajadi pandai memasak, ada juga yang tekun belajar dari guru terhebat iaitu ibu mereka. Mesti juga kita pernah dengar cerita bilamana seorang lelaki ingin mencari pasangan hidupnya, kriteria pandai memasak ini menjadi salah satu pilihan mereka. Kata mereka, lebih beruntung dapat isteri yang sebegini. Emm, cerewet juga lelaki ni kan? Dalam diri perempuan itu, mereka mahu macam ini lah, macam itu lah. Apa salahnya, kalau seorang perempuan itu tak pandai memasak. Betul tak. Saya cuma mahu bangkitkan kesedaran di sini, terutama buat kaum muslimin, ada perkara yang lebih penting dari itu iaitu diri kita sendiri. Kita mahukan yang cantik, yang baik, yang baik agamanya, tetapi bagaimana dengan diri kita sendiri. Adakah cukup kriterianya jika mahu dipilih sang muslimah. Cuba fikir-fikirkan?.

Dalam mencari bakal pasangan hidup, muslimin contohnya, kaedah mencari itu bukan sekadar 'mencari' sahaja. Ada lagi satu kaedah lagi, yang mungkin tidak ramai dari kita terfikir. Kaedah itu ialah mencari dengan 'dicari'. Macam mana mahu 'dicari', senang sahaja iaitu pupuk diri dengan ciri-ciri seorang MUKMIN SEJATI, seorang MUSLIM yang SOLEH.

Berikut saya senaraikan antara ciri-ciri lelaki SOLEH yang dimaksudkan di dalam al-Quran dan al-Hadith :
i) Sentiasa TAAT kepada ALLAH dan RASUL-Nya
ii) JIHAD FISABILLAH adalah matlamat hidupnya
iii) Mati SYAHID adalah cita-cita hidup yang tertinggi
iv) SABAR dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah s.w.t.
v) IKHLAS dalam beramal dan beribadah
vi) Kampung AKHIRAT menjadi tujuan utama hidupnya
vii) Sangat TAKUT kepada Allah dan ancamannya
viii) Selalu memohon AMPUN atas segala dosa-dosanya
ix) ZUHUD dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya
x) SOLAT MALAM (tahajjud/qiamullail) menjadi kebiasaannya
xi) TAWAKKAL kepada Allah Taala dan tidak berkeluh-kesah kecuali kepada Allah semata-mata
xii) Selalu berINFAK (menderma) samada dalam keadaan lapang mahupun sempit
xiii) Menerapkan nilai KASIH SAYANG sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka
xiv) Sangat kuat AMAR MA'RUF dan NAHI MUNGKAR
xv) Sangat kuat memegang AMANAH, JANJI, dan RAHSIA
xvi) Seorang peMAAF dan berLAPANG DADA dalam menghadapi kejahilan manusia
xvii) Sentiasa salng mengINGATI antara sesama saudara
xviii) Sentiasa TAWADDHU' (merendah diri, tidak sombong) kepada Allah s.w.t.
xix) Memberi KASIH SAYANG pada keluarga
xx) Sentiasa dahagakan UJIAN dari Allah, menghadapi dengan hati yang tabah dan tetap teguh serta TIDAK MUDAH MENYERAH KALAH

Dari kita sibuk pertikai kan orang itu boleh ini, orang itu tak boleh ini. Apa kata kita cuba buat sedikit refleksi ke dalam diri kita sendiri. Sukakah kita jika orang lain suka mengadili kita, tanpa tahu hakikat yang sebenarnya dan diri mereka sendiri tidak tentu lagi mahu berbuat yang serupa. Lebih baik kiranya saya fikir jika kita 'sibuk'kan diri untuk menyempurnakan diri sendiri. Terutama kita yang muslimin, peranan dan tanggungjawab nanti perlu kita pelajari. Yang paling utama, adalah menerapkan ciri-ciri pemimpin dalam diri kita. Suami kan PEMIMPIN dalam sebuah keluarga. Jadi untuk memimpin ke arah yang betul, dan ke arah jalan yang mendapat redha-Nya, kita perlu belajar. Berikut beberapa perkara yang dapat kita praktikkan untuk ke arah muslimin sempurna :

i) Lazimi membaca buku-buku ilmiah, hadith-hadith, hukum hakam (sekarang sangat mudah didapati, di mana-mana. Jangan berdolak-dalih dalam memenuhi ilmu di dada. Belajar bukan ketika muda sahaja, tetapi bermula keluar dari rahim ibu sehingga kita ke liang lahad)
ii) Rajinkan diri untuk menghadiri majlis-majlis ilmu (lagi di Kelantan ni, tersangat lah banyak peluang itu. Rugi kalau tak rebut peluang ni)
iii) Rebut peluang untuk jadi imam dan mu'azzin (ini yang paling penting. Bila sudah menikah, kita adalah IMAM dalam keluarga. Kalau tak bermula dari sekarang, bila lagi. Betul tak? Dapat peluang, tunai kan sahaja. Kalau tak berlatih, nanti siapa nak imamkan isteri kita? Azan pun kena rebut peluang juga. Besar pahala orang yang melaungkan azan, tentu ramai orang akan berpusu-pusu menjadi mu'azzin)
iv) Bersungguh-sungguh dalam beribadah (tepati waktu solat, jangan melengah-lengahkan, jangan sengaja meninggalkan solat, panjangkan masa berdoa, solat si saff pertama, melazimi bacaan dan tadabbur/terjemah al-Quran, rajin berpuasa sunat)
v) Dan banyak lagi

Sama-samalah kita muhasabah diri dan berazam untuk terus memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Moga Allah membantu kita dalam mujahadah ini. Kalau semua ini menjadi, bukan kita sahaja yang beruntung, si 'dia' dan 'Dia' pun akan suka. InsyaAllah, dengan izin-Nya.

Buat muslimat yang membaca entri saya yang ini, maafkan saya sekiranya tajuk entri dan sebahagian isi entri ini mengguris hati anda. Itu mungkin kebetulan, tetapi percayalah itu bukan niat saya. Samada pandai ataupun tidak, itu boleh dipelajari kan? Life is a learning process. Yang utamanya, saya nak tekankan pada muslimin peranan yang perlu mereka sedar akan disandarkan pada bahu mereka kelak. Tetapi, apa salahnya, nanti kalau sudah pandai memasak, insyaAllah, akan lebih disayangi pasangan masing-masing. Jadi, nanti selepas ini boleh rajin-rajin belajar memasak ya., =)

Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<



5 comments:

zara said...

betul2~!!!! asek2 nak yg perfect je kan? ntah pape ntah..

Mutiara Bernilai said...

salam..
memasak hanya addition tools bg ana..
yang penting,kesamaan fikrah dan keselarian akidah..

nway,selamat mendidik diri untuk 'dicari'

mabruk!

Unknown said...

Betul, setuju sangat. Afwan.,

Lee N. Rufus said...

memasak~~hehe

macam mana pulak yang nak kahwin dengan doktor yang memang jarang2 sempat masak sentiasa bila si suami nak makan?kalau macam tu ktorg ni xlaku la...boleh masak tapi xsempat nak masak.
lelaki kalau nak isteri yang oandai masak,you should be the one who can cook also.isteri pun skali skala nak rasa masakan suami dia jugak...

abg aizat blajar masak ek pasni.

nasihat saya kepada lelaki,kalau nak yang pandai masak,lelaki tersebut pun kena contribute sama dalam cooking process tu.baru la kasih sayang tu bertambah,tahu penat lelah isteri masak.
sometimes kalau masak xsedap,terus xmakan,keluar mkn kat kedai.kesian la isteri tu masak penat2.

senang cakap,kalau kita nak isteri/suami kriteria sekian2,kita pun kena ada kriteria sekian2 yg sama~yg elok dan baik2 je kay~fair and square...

Lee N. Rufus said...

memasak~^_^ hehe

pendapat saya,
si fulan ni kalau nak si fulanah yg lengkap kriteria sekian2,dia pun kena ada kriteria mcm yg dia nak si fulanah ada tu.
ingat laki je boleh pilih nk isteri macam tu macam ni?
kaum hawa pun nak suami yg pandai masak gak...
dan bagi kaum muslimat yg jadi doktor ni nanti,memang jarang2 masak pun.so probability org nk pinang tu rendah la kalo ukur pandai masak je.kesian ktorg...
p/s:nak calon terbaik,pastikan diri sendiri tu setaraf terbaik dgn calon.boleh kan?
insyaAllah kita cuba yg terbaik utk dapatkan yg terbaik.Allahua'lam.

Related Posts with Thumbnails