Sunday, June 20, 2010

Sabtu Yang Tidak Dapat Dilupakan.,




Assalamu'alaikum.,

Kali ini cuma mahu berkongsi sedikit dari pengalaman hidup, yang mungkin boleh dikategorikan dalam topik 'Pengalaman Yang Tak Dapat Dilupakan Seumur Hidup'. Begini ceritanya, saya ada adik perempuan yang menuntut di MRSM Pengkalan Chepa, tak jauh dari USM Kubang Kerian ini. Jadi kebetulan saya pun baru habis exam, dan adik saya ini pula sudah habis cuti 2 minggu nya, jadi saya dipertanggungjawabkan oleh ibu dan abah saya untuk menjemputnya di bengkel bas Transnasional, sebelum menghantarnya ke maktab. Disebabkan basnya ditangguhkan perjalanan selama sejam, akhirnya adik saya tiba di Kubang Kerian dalam jam 8 pagi. Kemudian, seperti kebiasaannya saya akan membawa adik saya masuk ke USM untuk berehat sebentar sebelum memulakan perjalanan untuk pergi makan, membeli barang keperluan adik, dan terus menghantarnya pulang ke maktabnya.


Hendak dijadikan cerita, kebetulan elektif remedial selama sebulan baru sahaja habis. Jadi kurang ada sahabat muslimat yang dapat saya minta tolong untuk menumpangkan adik saya buat sementara waktu di bilik mereka sebelum bertolak pulang. Disebabkan agak kepenatan, jadi memutuskan untuk membawa adik saya untuk duduk sahaja di bilik saya di asrama lelaki. Saya kira tiada masalah, lagipun dia adik saya, dan lagipun asrama lelaki sekarang cuma dihuni kurang dari 10 orang. Setelah dibawa naik ke bilik asrama, saya menyuruh adik saya untuk duduk berehat sementara saya melenakan mata saya yang kepenatan. Lebih kurang jam 9 pagi, tiba-tiba pintu bilik saya diketuk orang. Saya tersedar dari tidur, dan adik saya kelihatan kaget. Jadi saya minta dia bertenang dan mendiamkan diri sahaja, sementara menunggu orang yang mengetuk pintu mengundur diri. Namun, jangkaan saya meleset, kerana selepas sahaja ketukan ketiga di pintu bilik saya, tiba-tiba insan terbabit secara mengejutnya membuka pintu bilik. Yang diluar bilik dalam keadaan terkejut, juga sama keadaan seperti orang yang di dalam bilik. Speechless, shock, tergamam, pantas sahaja adrenalin menderu di dalam badan. Semua tiba-tiba jadi cuak, gelabah, dan kaget terutama adik perempuan saya ini.


Nak tahu siapa yang menyergah kami? Sebenarnya mereka adalah pak guard USM. Tiga orang pulak tue, termasuk seorang di antara mereka yang digelar antara Ketua Bahagian Jenayah, Unit Keselamatan USMKK. Kami yang di dalam bilik terkejut yang teramat. Terlihat salah seorang pak guard dengan muka yang hendak marah sangat, saya cepat-cepat memintasnya, bagi mengelakkan berlaku salah faham, dengan menerangkan bahawa yang perempuan ini adalah adik saya. Pak guard yang kedua sudah nampak termalu, dan tergelak pun ada. Pak Guard yang ketiga cuma diam sahaja. Namun disebabkan agak tidak berpuas hati, Pak Guard yang pertama menyuruh kami berdua menunjukkan pengenalan diri masing-masing. Alhamdulillah, setelah masing-masing memberi penjelasan, dan saya mengaku kesilapan saya, kesemuanya selesai secara spontan. Apapun, maaf ye Pak Guard semua, sebab menyusahkan kamu semua. Saya janji tak akan buat lagi. Taubat dah nak buat. Pagi tu saya dapat merasa gimana perasaan mereka yang ditangkap basah/khalwat oleh pegawai jabatan agama. Memang shock, speechless, gelabah, dan macam-macam lagi yang saya sendiri susah nak menghuraikan perasaan tu. hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami berdua.


Ingat pesan Allah s.w.t. yang mafhumnya :

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

(Surah Al-Israa' 17 : Ayat 32)


Dan juga sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya :

"Tidak boleh sekalli-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya."

(Hadith Shahih)


Airin, maafkan abang ya? Kerna membuatkan kamu terkejut dan kaget degan insiden pagi semalam. Betul-betul tak sengaja. Maaf ya airin. Lain kali kena tumpang kawan jugak lah.,

(^_______________^)v



Kemudian, dalam jam 11 pagi saya menerima kunjungan sahabat baik saya. Jauh datangnya, semata-mata hendak memenuhi hajat adik-adiknya untuk berjalan-jalan. Sampai di Kelantan, sesudah jauh memandu sempat beliau singgah di USM. Ada hajat rupanya, alhamdulillah dapat hadiah daripadanya. Kebetulan, sesuatu yang saya amat minat. Lagi pula dapat berkenal-kenal dengan adik-beradiknya. Seronok, kenal dengan orang yang baru. Walaupun sedikit kekok dan segan, alhamdulillah perkenalan kami berjalan lancar. Terutama dengan 2 orang adiknya yang bernama unik itu. Makasih banyak ya sahabatku.,

(^____________^)




Kemudian setelah selesai menghantar adik pulang ke MRSMnya, saya bersama kawan rapat saya (Aliff Ridzwan, a.k.a. YOB KAJANG) menuju ke satu destinasi yang telah kami rancangkan pada hari sebelumnya. Destinasi kami adalah Radix Fried Chicken (yang bertemakan Fresh, Organic, And Halal). Kami ke RFC di Tingkat 3 Kota Bharu Trade Centre (KBTC), yang terletak berdekatan stesen bas Kota Bharu. Ada satu cawangan RFC terletak betul-betul berhadapan HUSM, tetapi memandangkan ianya masih belum dibuka, kami memutuskan untuk pergi ke cawangan yang lain. Usai solat Zohor, kami meneruskan perjalanan ke KB, dan akhirnya lebih kurang jam 2 petang lebih kami sampai di sana.






Alhamdulillah, azam kami untuk mencari alternatif dari terus menjamu KFC dan secara tidak langsung menyumbang kepada kebiadaban Israel membuahkan hasil. Hari ini kami mampu mencari alternatif buat KFC yang digemari ramai (alternatif kami yang satu lagi adalah Edlee Fried Chicken, EFC). Pandangan kami berdua yang pertama kali menjejakkan kaki di sini serta berpeluang menjamu selera di sini positif belaka. Suasana restorannya bagus, bersih. Pekerjanya berpakaian sopan (yang muslimat berbusana baju labuh. Emm, kagum rasanya). Makanannya terutama ayam gorengnya sedap juga, boleh menandingi KFC. Air nya semsetinya air keluaran Radix, tapi ok juga. Overall semua bagus, ok, kecuali harganya agak mahal sedikit. For beginner like RFC, kami salute mereka. (Kalau lagi murah, kami laaagi salute). (^____^).




Lagi satu, pada awal kami memasuki RFC ni, seakan-akan ada suasana Islamik. Kebanyakan pengunjung, tidak kira yang dewasa ataupun yang masih kecil, berkopiah, berbaju labuh, bertudung labuh. Alhamdulillah, satu suasana yang bagus. Sungguh sukar sekali hendak dijumpa. Juga mungkin ianya sebagai dakwah pada pengunjung yang lain. Pada awalnya kami agak kekok, tapi memandangkan saya sendiri berkopiah, jadi sedikit kurang perasaan itu. All the best RFC, moga kan terus berjaya dan sukses, for the present time and in the future. Lagi satu perasan tak pada gambar ke-3 di atas, yang ada pamhlet "Selamatkan GAZA" pada botol sos RFC. Emm, agak-agak KFC ada tak?.,

(^__________________^)


Aizat Zainudin,

>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<

~Anda Bijak Jauhi Zina, Chocolate-addicted & Love RFC~




7 comments:

Jacknaim said...

Tindakan yang kau buat bwk adik pompuan msk blk bertentangan dengan peraturan asrama. akan tetapi, jika kita tgk dlm islam, tindakan menceroboh peribadi termasuk ketuk pintu utk psgn disyaki berzina juga adalah salah.

sebab dlm islam, kita x de sistem spy2 mcm tu..trostner

Unknown said...

Betul2. Awal tue keberatan nak bawak masuk asrama lelaki, tetapi memandangkan diri sendiri ini abangnya, mungkin cara ini lebih selamat. Lagipun, sekarang bahaya. Macam-macam benda tak elok boleh jadi. Tapi agak kesal juga, bila semalam di'serbu' mcm tue. Silap faham agaknya.,

~ yanna ~ said...

salam..

Aizat..
bile bace entry ni..
macam pengalaman ngeri pn ade..
tapi nak gelak pn ade jugak.. =P
x pasal2 jadi camni...

pencari jalanMu said...

Salam..

Tindakan yg unexpected..
Agak berani jgk la..
Camne pn kagum sebab sudi share pengalaman ni ngn org..
Bley elak fitnah..

cahaya penawarku said...

tentu ada hikmahNYA disebalik setiap kejadian, dan tentu ada yg Allah SWT nak ajar disebaliknya. apa pun, take the positive side...

keredaan allah said...

pengalaman yg pelik tp benar...ehmm...tndkan tu agak xkena cara sebenarnya.dat's a lot of alternative way ntk lakukan...such as tgglkan kat surau blok muslimat pn ok gak...sbb surau dijamin selamat.....tp,ap pun,alhamdulillah,smonya dh selamat.a xbrapa setuju dgn pndgan jack naim...if sst prkara mnimbulkan syak wasangka,xsalah ntk disiasat kebenarannya....wallahua'alam

Jacknaim said...

to keredhaan Allahdalam islam, tidak ada istilah menceroboh kediaman kerana ingin menangkap zina dan sebagainya. hukum zina dijatuhkan atas perbuatan yg dilaksanakan secara terang-terangan.

sekalipun kita syak dirumah @ bilik sseorang mealkukan zina, kita x berhak utk mencerobohnya

insyaALLAH, sya berpegang dengn pendapat ini melainkan saudara/i membawakan hujah yang lebih shahih darinnya

sekian..

Related Posts with Thumbnails