Assalamu'alaikum w.b.t.,
Alhamdulillah, sampai saat dan tika ini masih di dalam dua nikmat terbesar dari Allah Yang Maha Kuasa, iaitu nikmat IMAN, dan nikmat ISLAM. Wajar di sini saya katakan, kita digalakkan untuk bersyukur atas segala limpah kurnia yang Dia berikan buat kita. Dan sangatlah wajar bagi kita untuk memeliharanya selagi hayat kita msih dikandung badan. Moga pengakhiran kita kelak, bersama golongan yang mendapat redha-Nya, dan bukan azab-Nya. Na'uzubillahi min zaliq, mohon dijauhkan. Jika dilihat di sekeliling, masih ramai lagi manusia yang masih belum mendapat Nur dan Hidayah dari-Nya untuk menganut agama Islam, jadi di sini sampai masa di mana tanggungjawab kita sebagai seorang Khalifah (dan juga seorang Hamba Allah), untuk terus berdakwah kepada mereka. (Semoga mereka diberi Hidayah oleh-Nya). Kata Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wa sallam (bila disebut kalimah yang diboldkn ini, sebagai seorang Muslim kita digalakkan untuk menjawabnya, sekadar ingatan) pernah bersabda yang mafhumnya "Sampaikan daripadaku, walaupun satu ayat". Tidak susah sebenarnya nak berdakwah, cuma perlu di dalam tidak ada mindset yang mengatakan dakwah ini payah. Sesiapapun saya percaya mampu berdakwah (mengajak yang bukan Islam, lebih mengenal Islam), dan juga berislah (memperingatkan dan mendekatkan yang Muslim kepada Tuhannya, iaitu Allah). Lebih malang pula mereka yang telah diberi nikmat Islam, tetapi selalu lalai akan nikmat ini. "Islam Is The Way Of Life". Ya, memang benar, tapi harus ada Iman untuk memandu manusia ke jalan lurus menuju Tuhannya. Justeru, sangatlah wajar bagi kita mensyukuri dua nikmat terbesar dari Allah ini.,
No comments:
Post a Comment