Saturday, June 12, 2010

Mampukah Aku?.,




Tika ini adalah saat-saat genting yang saya perlu lalui bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang senasib dengan saya. Suatu tempoh yang saya kira sangat-sangat kritikal di sepanjang tempoh pengajian saya di sini. Jika semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah. Namun jika tidak, risiko berdepan dengan kemungkinan mengulang semula tahun 4 ini sangat besar. Minggu depan,bakal ada exam (2 papers) yang menentukannya. Dek kerana kekangan masa yang singkat untuk 2 posting yang major (O&G dan Orthopaedic) ini membuatkan saya merasa amat stress. Ditambah pula dengan kerisauan tidak dapat memenuhi hajat ayah dan bonda yang senantiasa menunggu dengan penuh harapan di rumah. Masa kian singkat, hati makin risau, fikiran pula kurang fokus, walaupun masih banyak topik yang perlu diulangkaji dan banyak lagi latihtubi yang perlu disiapkan. Ya Allah, kuatkan diriku untuk terus kuat, thabat, dan istiqamah di dalam mujahadah ini. Jauhkan sifat putus asa dan mudah mengalah dari diriku. Mohon do'anya.,

Firman Allah S.W.T. yang mafhumnya berbunyi :
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Az-Zumar : 53)

Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
~Kuatkan Kami Ya Allah~


2 comments:

Jacknaim said...

Salam,
aizat sejujurnya kalau aku suruh kau bertenang,nescaya aku juga dalam kekalutan dan bahkan aku yakin kekalutan kau lagi besar dari aku.

kalau aku suruh kau bersabar, nescaya aku juga dalam gelojoh dan aku yakin kau juga begitu

jika aku suruh kau tabah, nescaya aku juga hampir roboh dan kau juga begitu

dugaan kau lg besar dari aku, namun percayalah ada sinar di hujung jalan yang gelita ini.

sinar itu sedang menanti kita

aku juga tgh break, tgh hancur, tgh stress, namun aku yakin berkat dengan izin Allah, kita semua akan naik ke tahun akhir.

kita ambil masa untuk diam sejenak, bertafakur dlm lima minit. pejam mata dan capai minda diluar sedar kita.

"I will pass this remedial exam and i will advance to final year and graduate according to expected time".. InsyaALLAH. we all can do it.. YosH!!

drBOND said...

try your best...

and stay focus!...u can do it!

Related Posts with Thumbnails