Wednesday, July 7, 2010

Berjaya Bukan Mulia, Gagal Bukan Hina.,



Kejayaan kegagalan, susah senang, jatuh bangun, miskin kaya, nikmat dugaan, semua itu tertulis sebagai taqdir buat hamba-hamba Allah s.w.t. di atas muka bumi ini. Manusia gak bisa merobah taqdir (ingat dengan berdo'a bisa membaikya), namun manusia berkeupayaan dalam merancang tadbir. Lemah kuat tadbir kita (juga kebergantungan kita pada Allah) sedikit sebanyak menjadi kayu ukur kenajuan dan kemunduran kita di masa yang terkedepan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'."
(Surah Ibrahim 14 : Ayat 7)


"Jatuh Sekali Bukan Bermakna Jatuh Untuk Selama-lamanya. Anda Punya Potensi Untuk Bangun Kembali Asal Punya Tekad Dan Azam Dari Dalam Diri."

Ingatlah, kegagalan mahupun kejayaan di penghujung destinasi kita kelak, sesungguhnya itulah yang Allah s.w.t. rasakan yang terbaik buat diri kita. Banyak cara Allah tunaikan hajat hamba-hamba-Nya. Ada yang diminta, lantas Dia tunaikan. Ada yang memohon, Dia menangguhkan sehingga betul-betul sampai saat dia bersedia untuk memperolehnya. Dan ada juga yang tidak putus-putus berdo'a, namun Dia tidak tunaikan. Bukan mahu menzalimi hamba-Nya, tetapi Dia lebih arif tentang apa yang Dia aturkan jauh lebih baik, jauh lebih bermakna dari yang dipinta. Allah tahu apa yang kita PERLU, sedangkan kita cuma terbatas mengetahui apa yang kita MAHU sahaja.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi KEBAIKAN baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi MUKMIN. Jika ia memperolehi keGEMBIRAan dia berterima kasih bererti keBAIKan baginya , dan jika ia ditimpa keSULITan dia bersabar bererti keBAIKan baginya."
( Hadith Riwayat Muslim )


"Kejayaan Bukan Suatu Kemuliaan, Kegagalan Juga Bukan Suatu Kehinaan"

Bila kita berjaya, bukan bermakna kitayang terbaik, dan juga bukan bermakna kita jauh lebih mulia dari mereka yang kurang bernasib baik. Begitu juga halnya bila kita ditimpa kegagalan. Itu tidak bermaksud kita tidak cerdik, tidak pandai mengurus tadbir, dan kita ini hina di pandangan yang lain. Cuma mungkin ini belum masa kita. InsyaAllah akan sampai suatu masa kita akan betul-betul bersedia untuk menerima kejayaan itu dan menghargainya sebaik mungkin. Ujian Allah bermacam bentuk, senang itu ujian, susah itu juga ujian. Allah hendak lihat adakah bila kita diberi nikmat atau ditimpa kesusahan, kita kan selalu mensyukuri-Nya, dan makin dekat dengan-Nya, ataupun buruk kata menjadi terus lalai dan jauh dari-Nya. Nauzubillahi min zaliq, mohon dijauhkan dari sifat-sifat sebegini. Istidraj adalah suatu ungkapan bilamana seorang hamba-Nya yang jauh dari seruan 'Amal Makruf, Nahi Mungkar' yang diperintahkan-Nya, lalu dikurniankan dengan lebih nikmat, dengan tujuan untuk menyebabkan semakin lalai, semakin sombong. Berhati-hatilah.

"Insan Yang Berjaya Adalah Insan Yang Memaksa Dirinya Untuk Berubah, Insan Yang Gagal Pula Adalah Insan Yang Terpaksa Mengubah Dirinya, Manakala Orang Yang Lebih Gagal Adalah Mereka Yang Terus Menyalahkan Keadaan Tanpa Berusaha Merobah Keadaan Dirinya."


Bersambung. Cari Idea.,




3 comments:

mardhiyyah said...

thanks aizat..

for this post.

CahayaBulan said...

teruskan berkarya..semoga sambungannya nanti penuh dgn input2 yg boleh m'buka minda lg :)

...azam yg padu+tekad yg jitu=satu kejayaan....dgn izinNya

Nadhirah said...

salam,
apa plak pesanan utk yg dah berkali-kali jatuh?
org yg xpernah jatuh tiba2 jatuh baru pertama kali mungkin rasa apa yg dirasai oleh org yg dah berkali-kali jatuh dan berkali-kali cuba bangkit kembali dengan semangat yang lain setiap kali bangun.dan org yg berkali-kali jatuh selalunya ditinggalkan oleh yg lain tanpa sokongan.hanya berpaksikan sokongan dari-Nya saja.
bila mintak tolong kebanyakannya acuh xacuh.jarang2 ada yang membantu.

Related Posts with Thumbnails