Khalil Ismail al-Haya, Ketua Whip HAMAS berkata :
“ Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan JIWA, NYAWA, HARTA, ANAK-ANAK kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan MASJID AL-AQSA. Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Isam diseluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, KIBLAT PERTAMA umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan MATI SYAHID sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih dari 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh, dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan LAILAHAILLALLAH, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus DIAM MEMBISU, dan hanya MENYAKSIKAN sahaja, nantikan HARI PEMBALASAN. Kami akan TUNTUT dari ALLAH atas KEALPAAN anda semua. Kami TIDAK AKAN REDHA terhadap KELESUAN dan KEBISUAN anda semua.”
Cuba renungi apa yang beliau sampaikan dan kemudian cuba muhasabah diri kita akan apa yang telah kita korbankan buat saudara-saudara seaqidah kita di Palestin sana setakat ini. Renung-renungkan.,
Aizat Zainudin,
>>Sampaikan Walau Satu Ayat<<
~Free PALESTINE!!!~
No comments:
Post a Comment