Friday, February 11, 2011

Persoalan? Menjawab? Dijawab? Terjawab?.,



Hidup kita takkan sempurna tanpa perasaan ingin tahu. Bersyukurlah kita kerna dengan wujudnya perasaan ini, banyak perkara kita akan dapat explore, ilmu pun inshaAllah bertambah, dan sedikit sebanyak ianya membantu kita untuk menyempurna dan juga memperbaiki diri. Saya pn bukanlah berilmu mana, tapi insyaAllah saya cuba kongsi setakat yg saya tahu. Untuk entry kali ini, saya akan kongsikan dgn sahabat2 semua dgn 2 persoalan..

"Hukum fesyen dan trend zaman sekarang yang menjadi ikutan ramai, terutama kaum wanita? Bagaimana sebaiknya?"

i - Berkenaan pakaian, sekrg mmg mcm2 fesyen yg keluar, yg jadi trend. mmg naluri seorg perempuan itu suka pada yang cantik. Itu lumrah manusia, yg Allah bg. namun, biarlah lumrah itu disandar pd Iman dan Islam. baju2 skrg warna mcm2, yg striking, yg berkilau, yg berkain licin. Ada pula baju yg ikut bentuk tubuh, ada yang singkat hingga mendedahkan bahagian dada dan punggung. tudung pula ada yg jarang, yang dililit2, dan mcm2 lg. saya sendiri pn pening tgk keadaan sekeliling. Islam dah gariskan gimana seharusnya seorg muslimat itu berpakaian. Biar dilabuhkan, tidak jarang, tidak ketat, dan tidak menarik perhatian kaum yg bkn sejenisnya. Mcm perfume pun tak digalakkan sgt. Yg penting, setiap pg selepas siap kita berpakain, kita renung blk, tengok, adakah apa yang kita pakai hari nie dah betul2 ikut syariat Islam. Niat dalam hati kita berpakaian untuk menutup aurat, dan untuk Allah, supaya sentiasa memberkati hidup kita. Bukan dgn niat utk menunjuk2, riak dan sebagainya. Dulu kawan saya pernah cerita, perempuan nie suka menunjuk, manakala lelaki pula suka menengok. Dalma konteks, ini, gimana nak mengubahnya ke arah yg lebih baik, si lelaki perlu menundukkan pandangannya, manakala si perempuannya, perlu perbetulkan dari aspek pemakaian. Kenapa penting, kita berbusana seperti seorg muslimah. Jawapannya mudah, supaya kita dikenal sebagai wanita yg beriman. insyaAllah, akan terhindar lah dari gangguan syaitan dan manusia2 yang tidak senonoh. Betul apa yg saudari ckp. mmg tak salah nk berpakain dgn apa yang kita suka. Allah pun suka benda2 indah dan cantik nie. tapi dalam masa yg sama, perlu dilihat jika pakaian tersebut ada tendency utk menarik perhatian lelaki (seperti kebaya ketat, jeans ketat, baju tiga suku), lebih elok kiranya dielakkan. sy lihat skrg mmg byk syarikat2 yg mencipta pakaian atas nama busana muslimah dan sebagainya, tapi saya lihat masih byk dari yg dicipta masih melanggar syariat. Bagi saya kalau sudah berbaju kurung, dgn warna yg cantik (tidak striking), beserta tudung yang menutup ke bahu, dan labuh ke dada, itu sudah cukup sopan bg saya. sebenarnya, kalau seorg muslimah betul2 mengambil aspek aurat nya, mmg dia antara org2 yg beruntung. Dia dpt pahala, Allah pun suka, org yg tgk pun tenang ja. Kita berhias biar utk Allah, dan nanti kalau dah nikah, barulah tunjuk yang secantik2nya pd suami kita. Tak apa dah, kalau nk tarik perhatian dia masa tue, sbb mmg dia milik kita.

"Bahagian bawah dagu; aurat ataupun tidak? Perlu diratakan air semasa wudhu'? Perlu ditutup semasa solat?"

ii - Berkenaan kawasan di bawah dagu, ramai alim ulama' yg bahaskan nya. Basically, ada dua pendapat. perkara fiqh nih banyak pandangannya, samada bawah dagu sebahagian dari muka atau tidak turut menjadi perbahasan, kiranya pendapat mengatakan bawah dagu adalah sebahagian dari kawasan muka (bukan aurat) maka dalam wudhu' nya perlu diratakan air dan dalam solatnya ia tidak perlu ditutup. kiranya dia berpandangan yg bwh dagu bukan dari muka (maksudnya termasuk sebagai aurat) maka dalam wudhu' nya tidak perlu diratakan dengan air dan perlu ditutup dalam solatnya. Utk mengambil jalan yg selamat baik ditutup bwh dagunya ini dikatakan 'ihtiyati' (berhati-hati), sptmana juga kita berwudu' kita berlebih menjadi anggota wudhu' spt melebihi paras siku krn kita ihtiyati (berhati-hati) takut2 wudu' tidak sampai ke tempatnya. dalil yg sohih berdasar hadis nabi aurat wanita semua badan kecuali muka dan telapak tangan, jadi dalil yg betul menunjukkan paras muka tidak ada di quran atau hadis makanya pndngn2 ulamak juga dikira nas atau dalil yg diterima. makanya dua2 pendapat diatas boleh diterima. namun, kebanyakan para ulama' mensepakati bahawa batasan kawasan muka, adalah dari tempat tumbuhnya rambut sampai ke hujung dagu, dan lebarnya adalah antara dua telinga. Ada juga yang berpendapat, kawasan muka adalah apa yg kita nmpk ketika berhadapan dgn seseorg. Amalkan apa yang kita yaqin,dan bukan sekadar ikutan dari orang lain sahaja. Allahu'alam bissowab. harap jelas ye.

*Moga sedikit sebanyak apa yg saya kongsikan nie, dpt jd manfaat, bersama. Lain masa, kita cuba bincang persoalan lain pula ye.,


~Kepelbagaian dalam aurat seorang wanita itu. Jom Muhasabah~

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

5. Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)


-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).


-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).


-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).


-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).


-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).


-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


-”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).



5 comments:

Unknown said...

terima kasih ,
for this post..
reminder to us..

Unknown said...

Sama. sekadar share yang mana tahu. untuk kebaikan bersama kan.,

fasihahhanum said...

nak tanya, saya pernah dengar mengenai seorang perempuan ang sudah berumur dan tdak menaikkan nafsu jantina lawannya, x diwajibkan pakai tudung...mcm mna pula tu? dan macam mna nk tau seseorg tu tergolong dlm kategori tu?? ada 1 lagi soalan(banyak tanya ula kan..maaf): bila keadaan yan dikira darurat oleh seseorg muslimah drpd menutp auratnya?

Unknown said...

yes..btul..tu.

Unknown said...

yes..saya stuju..

Related Posts with Thumbnails